0
Moshi Moshi

About Axieana Yumi


Assalamuailaikum.
Hye. Apa khabar???Hopefully, korang semua sihat-sihat walafiat. Mula-mula sekali aku nak perkenalkan diri aku. Disebabkan nama aku ini panjang jadi korang semua boleh panggil aku "AZIE" Jangan korang salah anggap pulak, aku bukannya penyanyi "AZIE" yang menyanyi lagu "PELAMIN ANGANKU MUSNAH". hehehehe. 


 Aku mula berblog pada tahun 2009. Pada mulanya blog aku ini memang di "PRIVATE" kan kerana aku tidak suka orang lain membaca blog aku. Aku juga tidak suka mengambil simpati atau belas kasihan dari orang lain. Didalam blog ini, banyak entry yang telah aku "MUSNAH"kan. WHY??? Sebab aku tidak mahu mengingati atau mengambil tahu kisah-kisah yang lepas. Sekarang aku  mahu jadi seorang yang kuat dan menuju ke hadapan. Aku tidak mahu toleh ke belakang lagi kerana nanti aku juga yang merana. Let move forward and make a new story.

Aku merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Adik-beradik aku semuanya "GIRL" tak ada "BOY". Walaupun adik beradik aku semuanya perempuan tapi kami kerap bergaduh. Sampai mama dan ayah aku cakap dah besar panjnag pun perangai tak habis-habis macam budak-budak. Hehehee. biasa lah kan kalau dengan adik beradik kalau tak gaduh tak best hidup ini. Bila kami bertiga tiada di rumah , mula mama dan ayah aku mencari kami. Mula meluahhkan rasa rindu kepada anak-anak daranya tu. hehehe. Bila kami ada dekat rumah, mama dengan ayah aku bising . Bila tak ada mula lah mencari hehehe. Apa yang aku cakapkan nie??? Whatever, Harap korang paham yer. 

Kalau korang baca blog aku ini, korang akan tahu siapa diri aku sebenarnya dan character diri aku.  Aku jenis hati batu. Aku tidak  kisah apa yang orang cakapkan pasal diri aku, sama ada perkara baik atau buruk. Aku boleh menerima segala teguran dan pendapatan dengan cara yang betul. Kalau datang-datang terus nak maki hamun . Sorry....Aku tak akan layan. Aku tidak suka menipu diri aku ataupun boleh dikatakan tak suka hipokrit. Aku lebih selesa jadi diri aku sendiri.


Aku tidak mempunyai BFF or Friend. Aku hanya berkawan di dalam kelas sahaja. Kenapa??Mesti korang akan tanya kenapa. Pengalaman yang mengajar aku kenapa aku sudah tidak mempercayai kawan dan pengalaman jugak yang menguatkan diri aku sampai sekarang. Jatuh bangun aku, aku sendiri yang tanggung. Aku tidak memerlukan sesiapa kecuali Mama dan Ayah aku. Bagi aku Mama adalah BFF aku didunia dan diakhirat. kawan terbaik yang aku ada. I LOVE YOU MAMA. 



Selepas aku habis SPM , aku mendapat tawaran dari KPTM dalam bidang  "DIPLOMA IN MULTIMEDIA" . Selepas tamat belajar, aku bekerja sebagai Pegawai Media di BTPN. Selepas enam bulan, aku menyambung pelajaran di peringkat "DEGREE" dalam bidang yang sama. Sekarang aku  berada di  SEMYUNG UNIVERSITY, KOREA aku mendapat peluang untuk training di sini selama empat bulan di bawah anjuran UNIKL MIIT.  




































Aku rasa sampai sini saja cerita pasal diri aku. Insha Allah, maybe ada masa aku akan update lagi pasal diri aku. Hopefully Korang enjoy dengan entry aku dan boleh terima diri aku ini. Aku akan cuba memperbaiki diri untuk update something yang interesting lagi.


~BYE~


No comments: