Tuesday, August 4, 2015

0
Moshi Moshi

Reunion SRK GPG JLN ILMU II

 photo Salam-1.png

Annyeonghasaeyo!!!Apa khabar??Petang ini, Azie nak curi sedikit masa untuk update entry baru. Sekarang kan masih lagi didalam musim raya. Jadi Azie nak share moment terindah Azie bersama dengan rakan-rakan sekolah rendah. Actually, Azie memang ramai kawan semasa di sekolah rendah tetapi kami terpisah hampir 11 atau 12 tahun macam tu. Lama bukan. Pada bulan yang mulia ini, di bulan Syawal ini, kami semua dipertemukan semula. Nak tahu macam mana kami berjumpa. hehehehe...Kita buat jejak kasih sekejap yer.

Actually lepas sahaja Azie habis UPSR, Azie berpindah dari Kg Pulai, Gopeng dan berhijrah ke Kampar selama 12 tahun. Dalam masa 12 tahun tu, Azie kerap jugak balik ke Gopeng untuk mencari rakan-rakan yang begitu baik dengan Azie. Susah senang kami sentiasa bersama. Kami selalu bergaduh, bermasam muka, tuduh menuduh , dan sebagainya. Walaupun kami kerap bergaduh kami tetap bertegur siapa. Itu lah kelebihan kami. 

Semasa Azie berada di secondary school, koleh dn universiti, Azie rasa rakan yang terbaik bagi Azie adalah semasa sekolah rendah. Dorg merupakan rakan yang terbaik. Azie dapat rasa ada perbezaan antara rakan-rakan yang sekarang ini. Kalau rakan-rakan semasa sekolah rendah, sampai sekarang walupun bergurau boleh menguriskan hati seseorg tetapi kami tetap sempoii...Tidak pernah nak ambil perkara itu dengan serius. Tetapi rakan-rakan Azie yang sekarang mudah sangat tersinggung, tarik muka dan ada masanya tak bercakap antara satu sama lain. 

Sebab itu, Azie bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan seperti mereka ini. Semuanya relinga tebal dan mulut memang boleh tahan. Alhamdulilah, walaupun kami terpisah begitu lama tetapi kami tidak pernah merasa kurang selesa antara satu sama lain. Terima kasih sangat-sangat kerana telah menenukan kami semua pada bulan syawal ini. 

Macam mana Azie jumpa mereka???Sekarang semuanya sudah modern. Semuanya hanya dihujung jari sahaja. Azie mencari rakan-rakan Azie ini melalui Facebook. Dari situ, Azie dah mula berhubung dengan mereka sampai , salah seorang rakan Azie membuat satu group whatsapp supaya kami tidak terpisah buat kali kedua lagi.  Raya tahun ini, memang the best moment bagi Azie. Kami banyak bercerita dan mengenang kembali zaman-zaman kanak-kanak hingusan dulu. hehehehehe....

Azie nak share beberapa gambar semasa kami beraya dan berjumpa di rumah Syahida dan Ezzaty.




Ramai yang dah pun berumah tangga. Sorry kawan-kawan Azie tak tahu dan tak dapat datang wedding korg. Nanti kalau majlis kahwin Azie korg datang yer. Rindu korg. Kawan dunia dan akhirat. Love you all..

Ok lah sampai di sini sahaja entry untuk kali ini. Next entry nanti adalah review dari drama korean 2015 yang Azie dah pun tengok. Insha Allah esok atau lusa Azie update yer. hehehehe...Lepas ini korg baca sampai lebam biji mata hhihihihi

Annyongg...

Smile make me Happy

No comments: