Friday, August 14, 2015

1
Moshi Moshi

Kpop Idol: Born To Beat (BTOB)

 photo Salam-1.png

AnnyeomgHasaeyo!!!Selamat Malam semua. Malam ini, Azie nk share satu group Kpop. Dalam Malaysia ini, Azie tahu ramai giler-giler yang minat dengan artis-artis Kpop especially group boy. Memang terliur gadis-gadis Malaysia ini. Sampai ada yang sanggup biar diri tu dipeluk dan dicium-cium. Amboii...Gatai-gatai betul gadis-gadis melayu zaman sekarang ini. Azie pun minat jugak , pernah jugak pergi konsert-konsert dorg tapi tak adalah sampai nak peluk bagai. Kita ini perempuan kena jaga tatatertib diri sebagai seorang wanita melayu dan beragama islam. Sebelum Azie nak share group Kpop ini, Azie nak cerita pengalaman Azie sedikit. Semasa Azie dekat korea memang selalu pergi konsert Kpop , Tapi dekat sana kalau kita beritahu apa yang dilarang dan apa yang tak boleh, mereka boleh menerimanya. Azie dekat sana pun siap pergi mintak autograph lagi tapi bila nak shake hand, Azie explain dekat group tu, bahawa dalam islam memang tak boleh bersentuhan diantara perempuan dengan lelaki.  Simple bukan, just explain perkara yang betul. Insha Allah dorg akan memahaminya. 


Jom kita teruskan kepada entry yang sebenarnya dah tersasar ke arah yang lain pulak tadi. hihihihi. Malam ini, Azie nak share salah satu group yang Azie anggap baru dan berdedikasi. Siapa kenal group Kpop"BTOB" atau nama group penuh dorg ialah "Born To Beat".  Group ini kalau tak silap Azie debut pada tahun 2012 di bawah agensi "CUBE ENTERTAINMENT". Didalam group ini mempunyai tujuh orang ahli kumpulan iaitu: 


1. Seo Eunkwang
2. Lee Minyhuk
3. Lee Changsub
4. Lim Hyun-sik
5. Peniel
6. Jung II-hoon
7. Yook Sungjae

Sabar. Kejap lagi Azie perkenalkan satu persatu ahli kumpulan dalam group ini. Jangan nak kalut-kalut yer. Mereka mempunyai tujuh orang ahli dan mereka juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jom Azie cerita background dorg satu persatu yer. 

SEO EUNKWANG


Name: Seo Eunkwang
Stage Name: Eunkwang
Birthday:  22 November 1990 
Age: 25 year old
Position: Main Vocalist & Leader
Specialties: Vocal & Piano

LEE MINHYUK


Name: Lee Minhyuk
Stage Name: Minhyuk
Birthday: 29 November 1990
Age: 25 Year Old
Position: Rapper, Vocalist & Face of Group
Specialties: Writing Lyric, Composing Music, Rap Making, Exercise & Acrobatic

LEE CHANGSUB


Name: Lee Chang Seob
Stage Name: Changsub
Birthday: 26 February 1991
Age: 24 Year Old
Position: Vocalist
Specialties: Piano & Drum

LIM HYUN SIK


Name: Lim Hyun Sik
Stage Name: Hyunsik
Birthday: 07 March 1992
Age: 23 Year Old
Position: Vocalist & Dancer
Specialties: Vocal, Composition, Lyric, Guitar & Piano

PENIEL


Name: Shin Dong Geun
Stage Name: Peniel
Birthday: 10 March 1993
Age: 22 Year Old
Position: Vocalist & Dancer
Specialties: Acting & Guitar

JUNG II HOON


Name: Jung II Hoon
Stage Name: Ilhoon
Birthday: 04 October 1994
Age: 21 Year Old
Position: Vocalist & Rapper
Specialties: Rap, Writing Lyric & Composition

SUNGJAE


Name: Yook Sungjae
Stage Name: Sungjae
Birthday: 02 May 1995
Age: 20 Year Old
Position: Rapper, Vocalist & Maknae
Specialties: Vocal & Snowboarding

Ini semua merupakan profile member bagi group BTOB ini. Nampak semuanya berumur dalam 20-an. Paling muda pun baru berumur 20 tahun. Kenapa Azie suka group ini???Actually, Azie bukan minat dengan paras rupa dorg tapi Azie suka dengan vocal dorg, music dorg dan paling Azie suka dorg punya video clip memang best. Itu hanya pendapat Azie. Pendapat korg semua Azie tak tahu la. Kalau tak suka jangan baca entry Azie nie. 


Sekarang Azie nak share lagu-lagu dan video clip dari group mereka ini. Azie tak adalah nak letak semua , Ini just lagu yang Azie suka dengar dan tidak pernah jemu. 

Title: Irresistible Lip 

video

Title: Insane

video

Ketiga-tiga video clip ini merupakan lagu favourite Azie bagi group ini. Sebab Azie suka video clip dorg dan cara production dorg menyiapkan hasil video tersebut. 

Ok lah sampai disini sahaja lah yer. Mata pun dah kuyu masa untuk masuk tidur. Insha Allah ada masa nanti Azie share lagi apa-apa video, drama, movies dan sebagainya. Kalau korg ada apa-apa nak request boleh saja tinggalkan comment dibawah entry ini. Insha Allah, Azie akan cuba sedaya upaya kongsi apa yang korg minta. 

Annyong.....


Belanja satu gambaq sat . hihihihi