Tuesday, August 18, 2015

0
Moshi Moshi

ETUDE HOUSE:Review Precious Mineral BB Cream Bright Fit & Percious Mineral BB Cream Cotton fit

 photo Salam-1.png

Hari ini Azie nak update entry baru. Entry kali ini bukan pasal drama korea, Movies, ataupun Kpop. Azie rasa sudah lama Azie tak update entry mengenai beauty produk. Hari ini Azie rasa nak update satu review untuk korg semua. Actually, review kali ini dari pengalaman Azie sendiri. Azie sudah memakai produk ini selama tiga tahun dan sekarang produk ini menjadi fav Azie sampai bila-bila. Kalau nak diikutkan Azie bukan  seorang beauty consultant yang expert tetapi ini sekadar untuk share pengalaman Azie semasa memakai produk ini.


Korg pernah tak dengar Beauty Produk dari ETUDE HOUSE. Tak pernah????Baik korg pergi tanya Mr. Google akan jawab semua soklan korg mengenai ETUDE HOUSE. Etude House merupakan sebuah beauty shop dari hujung rambut sampai hujung kaki. Brand ini berasal dari Korea. Firstly, kenapa Azie gemar dengan Etude House, Sebabnya satu saja pun iaitu Packaging yang begitu comel, cute, simple, girly, pink white and so on. Thay why Azie memang suka pakai Brand ini. Hari ini, Azie nak share dua jenis BBCream yang Azie pernah pakai sampai sekarang iaitu :

PRECIOUS MINERAL BB CREAM BRIGHT FIT


PRECIOUS MINERAL BB CREAM COTTON FIT



Pertama sekali, mari kita cerita sedikit pasal packaging BB Cream ini. Untuk BB Ceam Bright Fit berwarna Pink dan BB Cream Cotton Fit berwarna Putih. Kedua-dua BB Cream ini mempunyai pump untuk mengeluarkan BB Cream tersebut. Bagi pendapat Azie menggunakan pump lebih sesuai daripada mengunakan seperti stick BB Cream ataupun spatula. Sebab ia memudahkan kita untuk control kuantiti BB Cream yang diperlukan dan selain itu boleh mengelakkan pembaziran ataupun tertumpah. 

Kedua-dua BB Cream ini mempunyai:

-SPF 30/PA++
-Whitening, Anti-Wrinkle and Anti-Darkening

Etude House BB Cream Bright Fit ini mempunyai 4 Shades iaitu:

- No2 Light Beige
-W13 Natural Beige
-W15 Sand Beige
-W24 Honey Beige


Shades BB Cream Bright Fit

Etude House BB Cream Cotton Fit ini mempunyai 3 Shades iaitu:

-No2 Light Beige
-W13 Natural Beige
-W24 Honey Beige


Shades BB Cream Cotton Fit

Untuk BB Cream Bright Fit Azie memilah W13 Natural Beige sebab kulit muka Azie putih pucat dan tidak sesuai menggunakan No2 Light Beige. Kerana shades mereka berbeza dan terlalu putih dan menyebabkan kulit muka Azie akan menjadi tidak sekata. Kalau nak buat filem or drama hantu boleh la Azie pakai shades yang lagi putih dari kulit Azie hehehehehe. Manakala untuk BB Cream Cotton Fit Azie memilih shades yang sama juga. Tetapi kedua-dua BB Cream ini mempunyai perbezaannya apabila dipakai.

BB Cream Bright Fit lebih kepada dewy tone. Kalau korg tengok drama-drama Korea. Korg akan nampak kulit mereka yang mempunyai dewy tone. Untuk BB Cream Cotton Fit pula, ia lebih kepada matte tone. 

Bagi pendapat Azie BB Cream bright Fit hanya sesuai pada cuaca yang sejuk atupun pada waktu malam  kerana ia lebih tahan lama dan tidak mudah melekit atau berminyak. Untuk BB Cream Cotton Fit sesuai dipakai pada cuaca yang panas ataupun sejuk sebab ia mempunya matte finish dan membuat kulit muka kita tidak melekit dan berminyak. Contoh seperti di Malaysia cuaca yang sentiasa panas dan menyebabkan kulit muka tidak selesa.

Selepas itu, korg akan dapat merasai kulit korg seperti artis-artis Korea gitu. Glowing dan flawless. Tapi depend juga kepada masalah kulit korg. Kulit Azie mempunyai masalah sensitif dan oily. Azie harap dengan entry kali ini dapat membantu korg untuk memilih BB Cream mana yang sesuai dengan kulit korg. Sorry korg Azie tak dapat nak share gambar BB Cream semuaya Azie ambil dari Internet. Malu nak share. Kena bersihkan terlebih dahulu. Hopefully korg enjoy dengan entry kali ini.

Ok have to go now. 

Annyong,






No comments: