Tuesday, August 4, 2015

0
Moshi Moshi

AIDILFITRI 2015

 photo Salam-1.png

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
(^_^) MAAF ZAHIR DAN BATIN (^_^)


Family Azie

AnnyeonHasaeyo YooRuubung!!!Apa Khabar?? Pertama sekali Azie nak minta maaf sebab dah sebulan Azie tidak update apa-apa entry sepanjang bulan puasa hari tu. Disebabkan modem wifi Azie mengalami masalah teknikal. Jadi kalau nak update mnggunakan share from handphone pun tak tahu bila boleh lepas update satu entry. Sebelum itu, Azie ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  MAAF ZAHIR dan BATIN, jika selama Azie didlm duni blogger ini ada yang terguris hati, terlepas cakap, buat korg terasa ataupun tidak membalas comment2 korg Azie ingin memohon ampun dan maaf di bulan yang mulia ini.  Kepada yang mengenali diri Azie, tidak kira lah zaman persekolahan, kolej , universiti dan juga di office Azie minta ampun dan maaf jika selama ini Azie ada buat korg marah ataupun terguris perasaan. KOSONG-KOSONG yer. Sebelum Azie nak masuk tidur Azie nak kemeriahan keluarga Azie menyambut bulan syawal baru-baru ini. Azie juga n ak share gambar-gambar raya Azie bersama dengan sanak saudara, sepupu sepapat, dan bersama rakan2. 


Family sebelah mama


2 Org anak Pak Wahab- 6 org Cucu- 2 Org Menantu.

Pada hari raya pertama, seperti raya-raya tahun yang lalu , keluarga Azie akan beraya dirumah sebelum balik ke kampung. Raya pertama , kami akan bersalam-salaman dengan mama dan ayah untuk memohon maaf sepanjang kedegilan, kejahatan kami adik beradik selama ini. Selepas itu, Azie akan mengadakan photography tidak berbayar bersama ahli keluarga Azie. Actually tahun ini merupakan tahun yang ke: 7 , Azie dan keluarga beraya tanpa kehadiran arwah atok belah ayah. Tahun terakhir kami beraya bersama pada tahun 2008, semasa itu , Azie masih belajar di kolej . Masa itu, Azie semester 3. Al-Fatihah untuk arwah atok. Walaupun tiada disamping kami, tapi kami tahu arwah atok memerhatikan kami dari jauh. Sayang Atok. 

Selepas sahaja sesi photography diruamh bersama ahli keluarga , Azie terus bertolak untuk pulang ke kampung. Ramai rakan-rakan Azie cakap " You tak balik Kg ker??", "Kenapa you tak ambil cuti mlm raya?", macam2 soalan yang dorg tanya. Sebab dorg rasa pelik dgn kehidupan Azie. Dari kerja part time sampai dapat kerja tetap kenapa Azie tak balik Kampung. Sebenarnya, kampung Azie tak jauh mana pun. Kalau keluar pukul 8.00 malam sampai kampung pukul 8.30 malam. Dari rumah Azie nak balik kampung memang dekat sangat2 sebab itu, Azie suka balik pagi raya hehehehe...Azie duduk dekat kampar, Kampung Azie pula dekat Gopeng. Bukan jauh mana pun.






Setiap tahum Azie tak pernah pergi ke kubur, Tapi pada tahun ini, Ayah bawa kami semua pergi ziarah kubur arwah moyang kami iaitu arwah Tan jalil dan Kiah. Azie memang kenal arwah moyang kami, cuma ayah tak pernah bawa kami pergi menziarahi kubur arwah moyang. Selalunya mama dengan ayah sahaja yang pergi. Azie dengan adik-adik tak pernah pergi pun. Azie dengan adik Azie yg kedua sahaja yang merasa hidup bersama arwah moyang kami. Adik Azie yang bongsu memang tak merasa sebab masa dorg meninggal mama mengandung kan adik dalam tiga bulan macam tu. 




Seperti biasa la, kalau balik kampung rumah yang wajib Azie pergi tiap-tiap tahun ialah rumah Uci Alang. Actually Uci Alang ini kakak Nenek (lelaki) Azie. Ramai yang mengatakan nenek ini untuk perempuan. Sebenarnya Azie nie org Rao atau lebih dikenali sebagai org Gopeng. Kalau org Gopeng, Opah dipanggil Uci, Kalau Atok dipanggil Nenek. Kami beraya dirumah Uci Alang dan Azie pun dapat berjumpa dengan sepupu sepapat Azie. Maklum la dorg kan semuanya pandai-pandai. Belajar dan kerja pun dekat oversea. hehehehe..


Selepas pergi ke rumah Uci Alang, Kami balik ke rumah opah untuk beraya yang buat sesi photography bersama keluarga besaq Pak Wahab. Adik beradik sebelah mama memang tak ramai pun. Jauh beza dengan Keluarga besar Arwah Basharuddin. Tapi bagi Azie memang happy kerana dapat menyambut hari raya dengan meriah walaupun pada tahun ini, Azie menyambut dengan sederhana sahaja. 


Family Acu

Hari raya kerdua, memang Azie dengan family tak pergi kemana-mana pun. Hanya duduk rumah kerana pada hari raya ketiga dan keempat kami akan pergi beraya keluarga sebelah ayah pula.

Hari raya ketiga, family sebelah ayah Azie pergi beraya di Teluk Intan. Kami pergi ke rumah arwah adik atok kami. Biasa lah kalau org dulu-dulu suka kahwin byk. Kadang-kadang Azie sampai confius dibuatnya. Di Teluk Intan kami beraya di rumah Tok chu. Tok Chu merupakan adik bongsu arwah atok. Disebabkan kami tiada atok jadi kami pun tumpang lah kasih sayang bersama dengan Tok chu. Memang meriah sekali, Tok Chu sanggup masak kan untuk kami makan. Memang sedap la. heheheheh

Selepas itu, kami terus gerak ke Ipoh untuk berjumpa dengan adik beradik belah ayah iaitu Mak Lang dan Mak long. Sampai sahaja di rumah Mak Lang, kami dapat berjumpa dengan anak Mak Lang yg sulung. Baru sahaja habis belajar di Australia. Kami pun dapat la ole-ole daripada Australia. hihihiih Thank you syafiqah. Mak Lang kami masak, soto ayam memang terangkat la dikatakan hihihi. Selepas itu, kami terus terbang pergi ke rumah Mak long pulak. Rumah Mak long memang kami makan nasi, lemang, bihun grg, kuah durian, buah durian...dan banyak lagi. Memang kenyang sampai esok pagi dibuatnya.



Family Sebelah Ayah 
Keluarga Basharuddin

Hadir: 4 Orang Anak- 4 Orang menantu-15 Orang Cucu
Tak Dpt Hadir: 5 Orang Anak- 4 Orang Menantu- 9 Orang Cucu

Selepas itu, kami semua pun pulang ke rumah masing-masing untuk berehat. Raya pada tahun ini, Azie rasa tak banyak rumah yang Azie pergi beraya. Ada dua tiga buah rumah sahaja. Maklum lah sejak berlakunya GST dan sebagainya menyebabkan Azie kurang sikit beraya. hrmmm...

Ok lah sampai sini sahaja entry kali ini. Mungkin agak bosan sedikit sebab tak banyak yang Azie boleh kongsikan. Sorry Azie lambat update entry. Soo bzzz....

Wasalam

Annyong.

No comments: