Saturday, June 20, 2015

0
Moshi Moshi

SKIN FOOD: Black Sugar Wash Off


 photo Salam-1.png

Hye!!!Annyonghasaeyo!!!Apa khabar??? Azie, Alhamdulilah sihat sentiasa. Sebelum itu, Azie nak ucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslim dan muslimah seluruh dunia. Macam puasa korg pada hari ini??Hari ini merupakan hari ke-3 kita berpuasa. Ada tak yang rasa letih atau mengeluh. terutama sekali kalau lapar. Wahhh dugaan tu. Azie puasa kali ini, biasa-biasa sahaja tak ada lah mewah mana pun. Azie memang tak sabar nak tunggu bulan puasa sebab pertama sekali boleh pergi terawih bersama-sama. Boleh menambahkan lagi amal ibadat Azie. Insha Allah. Sorry sangat-sangat dua tiga hari ini, Azie sibuk sedikit. Banyak urusan yang perlu Azie selesaikan. Hari ini Azie nak bayar hutang dekat korang. Ingat tak Entry yang lalu , Azie ada beritahu nak update satu review skincare yang paling Azie suka and memang best pakai. Hari ini, Azie nak review pasal "SKINFOOD: BLACK SUGAR WASH OFF".

By the way, Skin Food juga merupakan salah satu product dari korea. Product Skin Food ini, banyak menggunakan bahan-bahan natural dan juga makanan. Contoh seperti honey, gula, carrot, cucumber, egg dan sebagainya. Yang penting, mereka tidak menggunakan bahan kimia yang boleh merosakkan kulit kita. Semuanya natural. Jadi hari ini, Azie nk cerita sedikit pasal "SKIN FOOD: BLACK SUGAR WASH OFF". Sebelum ini, Azie hanya baca daripada blogger-blogger yang lain mengenai kelebihan Black Sugar ini. Pada mulanya, Azie memang tak berapa yakin . Bila Azie dah cuba memang nampak perbezaan antara kulit Azie sebelum dan selepas memakai black sugar ini. 


Lagi satu product "SKIN FOOD : BLACK SUGAR" ini memang famous dan boleh dikatakan best seller di korea. Kelebihan "SKIN FOOD : BLACK SUGAR WASH OFF" ini bertindak sebagai mask untuk menanggalkan kotoran, menanggalkan sel-sel kulit yang mati dan juga mengecilkan pore yang terdapat pada kulit. Kadang-kadang pencuci muka sahaja tidak mencukupi untuk membersih kan kulit muka kita terutama kalau seharian bekerja di outdoor environment menyebabkan kulit muka sentiasa kena kepada cahaya matahari, asap dan sebagainya. 


Azie baru sahaj memakain black sugar ini selama sebulan. Memang nampak ketaranya pada kulit muka Azie. Sebelum Azie pakai black sugar . Azie akan mencuci muka terlebih dahulu. Selepas itu, baru Azie mengambil black sugar dan sapukan kdekat kulit muka. Tetapi kalau korg mempunyai masalah kulit sensitif korg boleh campurkan sedikit dengan toner. Knp??Sebab texture black sugar ini agak kasar, seperti gula biasa. Jadi untuk mengelakkan kulit menjadi pedih , boleh dicampurkan dengan toner.  Selepas itu, korg biarkan selama 15 minit atau lebih lama pun tidak mengapa. boleh juga. Last sekali korg boleh basuh kan muka dengan air suam untuk menanggalkan black sugar tu tadi. Selepas itu, korg akan dapat rasa kulit muka korg memang lembut seperti baby yang baru lahir.  Kulit muka menjadi lembut, gebu dan semakin bersih.

Azie menggunakan black sugar ini seminggu dua kali sahaja Tapi ikutkan lah kehendak korg nak pakai berapa kali. Azie memang tidak menyesal mencuba black sugar sebab ramai review-review yang lain banyak memberikan pendapat yang positif kepada product ini. Ini merupakan product yang terbaik. Walaupun dah pakai dalam sebulan kulit muka Azie semakin sihat dan bersih. Jadi memang Azie syorkan kepada korg untuk mencuba product ini.


Harga black sugar ini dalam RM45 . Product ini mempunyai 100 gram. Packaging product ini berbentu jar yang comel . Ini boleh  Product ini memang dah ada dekat Malaysia dah. Jadi tak payah lah nak pergi fly sampai ke Korea nak beli product ini. Lagi Satu kalau korg pakai tetapi terdapat alahan pada kulit atau mengalami kemerahan baik korg stop pakai yer. Takut nanti jadi melarat-larat pulak. Sebab bukan semua kulit muka boleh menerima product yang baru.  Selain daripada black Sugar Wash Off terdapat juga Black Sugar serum. Kalau pakai kedua-dua product ini kulit lagi menjadi flawless and very smooth like a baby. 

Ini merupakan pendapat Azie mengenai product ini, bukan tujuan untuk promote ataupun sponsor. Ini adalah pengalaman Azie memakai product tersebut. Harap korg semua mengerti yer. 

Ok lah. Azie nak kena bersiap. Nak keluar sekejap. Insha Allah nanti ada masa lagi Azie update entry  baru yer. 

Annyong,.

No comments: