Friday, June 5, 2015

0
Moshi Moshi

Healthy: 25 Senaman Perut

 photo Salam-1.png

Hello semua!!!Apa khabar??pagi ini tiba-tiba saja Azie nak update sesuatu yang berguna. Kenapa awal Azie update entry???Sebenarnya Azie tidur lepas tu dibuai mimpi yang enak gitu. Tiba-tiba saja Azie terkejut. Haii..jam tak bunyi lagi tapi Azie dah pun berjaga. Tak apa lah. Jom kita teruskan dengan entry terbaru Azie. 

Tengok saja title mesti masing-masing pernah mengalami masalah perut buncit. Betul tak??Bukan korg saja, Azie yang perempuan nie pun ada masalah dengan perut buncit bukan disebabkan Azie pregnant mungkin disebabkan Azie kurang exercise ataupun mungkin cara pemakanan yang tidak sihat yang membuatkan perut kita kedepan tu. 

Azie nak share satu exercise untuk kempiskan perut. Tak payah lah korg susah-susah nak pergi gym bagai. Kalau pergi gym memang mahalkan lepas tu kena masuk jadi ahli lagi. Azie banyak membuat exercise dirumah. Masa time belajar dulu, setiap hujung minggu Azie akan pergi berjogging dengan housemate ataupun dengan Mr. Muchuk tapi sekarang dah tak ada dah nak buat semua tu. Jadi Azie ambil masa untuk membuat senaman ringan dirumah saja.

Jangan ingat dekat rumah tak boleh nak exercise. Actually, dekat rumah pun kita boleh membuat senaman ringan. Tidak semestinya kena pergi Gym. Azie sudah buat senaman ringan untuk kempiskan perut nie dalam sebulan macam tu. Memang akan nampak sedikit perubahan perut Azie sebelum dan selepas melakukan senaman untuk kempiskan perut ataupun untuk menampakkan shape body yang menarik.

Azie dapat senaman perut ini , melalui youtube iaitu daripada "Kevin Zahri". Kenal tak??Mesti lah kenal bukan seorg penasihat kesihatan dan juga coach penasihat exercise ini. Azie buka video yang dikongsikan dan terdapat 25 jenis senaman untuk perut. Waahhhh ....banyaknya... Jadi Azie nak story sedikit hari pertama Azie buat exercise ini. Kalau korg nak melakukan senaman ini, korg kena memakai pakaian yang sesuai termasuk memakai sport shoes. 

First time, Azie buat senaman ini memang Azie rasa nk giveup dah. Yer la, macam mana tak giveup. baru buat satu exercise tak sampai pun 10 saat dah pancit. Nampak sangat dari situ, Azie nie tak pernah nak buat exercise. Hari pertama tu, selepas selesai buat 25 jenis senaman perut, memang terasa tegang dikawasan perut Azie. Rasanya memang sakit. Lepas tu, masa Azie melakukan senaman tersebut, Azie dapat rasa kan kawasan perut Azie nie gatal-gatal sedikit. Mengikut  cakap orang kalau rasa gatal-gatal atau miang tu maknanya  dalam proses pemecahan lemak didalam perut kita. Miangnya jangan cakap la. Tangan nie asyik nak mengaru ajer. Selepas seminggu Azie melakukan senaman ini, Azie sudah mula tidak merasa tegang dan sakit di kawasan perut. Malahan Azie rasa selesa dan badan pun terasa ringan sedikit dari sebelum ini. Jadi setiap hari Azie akan melakukan senaman ini untuk tujuan kesihatan Azie. 

Walaupun didalam video ini ada 25 jenis senaman untuk perut tetapi bukan semua senaman itu Azie dapat buat. Ada juga beberapa senaman yang Azie skip sebab bagi pendapat Azie mungkin akan membahayakan diri Azie. Jadi dalam 25 jenis tu, hanya 18 jenis senaman sahaja yang dapat Azie buat. Setiap satu senaman Azie buat dalm 15 saat untuk permulaan.Dibawah ini, Azie lampirkan satu video dari"KEVIN ZAHRI" 25 jenis senaman untuk perut. Tetapi kalau anda mengalami masalah jangan teruskan senaman ini. Nanti boleh membahayakan diri korg pulak. 


Video: 25 jenis senaman perut

Azie akan senaraikan senaman-senaman yang Azie buat dirumah dari 25 jenis senaman untuk perut ini.
1. Crunches
2. Planks
3. Single Arm Planks
4. Planks Rotations
5. Leg Raises
6. Bicycle Crunches
7. In-Outs
8. Heels Touch
9. Alternate Heels Touch
10. Mountain Climber Twist
11. Criss Cross
12. Bridges
13. Single Leg Bridge
14. Side Crunches
15. Russian twist with Ball
16. Russian twist
17. Side Planks
18. V-Up
19. Lungs with a twist

Ini merupakan senarai senaman yang Azie buat dan ikut didalam video tersebut. Seperti Azie beritahu bukan semua senaman itu, Azie boleh buat. Sebelum ini, Azie ada cuba buat tetapi Azie mengalam kecederaan. Selepas itu, Azie hanya melakukan senaman-senaman tertentu sahaja. Lagi satu, sebelum nak buat senaman kena warm up dulu takut nanti ada pulak yang terkehel nanti hihihihii..

Nanti ada masa korg try la. Cuba senaman ini, mesti korg akan dapat balik shape body korg tu nanti. kalau korg rajin buat tak pernah miss, Insha Allah akan berjaya. 

Selamat mencuba.  Annyeong

No comments: