Sunday, June 7, 2015

0
Moshi Moshi

Family: 2015 Kenduri Arwah Gathering Together

 photo Salam-1.png

Selamat tengah hari semua. Apa khabar??Azie??Alhamdulilah semakin sihat buat masa sekarang ini. Hari ini, Azie nak update entry baru. Sepatutnya entry ini, diupdate semalam tetap disebabkan Azie terlalu letih dengan kenduri tahlil , Jadi Azie nak update pada hari ini. Sebelum ini, Azie ada mention kan kepada korg semua mengenai keluarga Azie belah  ayah yang selalu membuat kenduri tahlil dan kenduri menyambut bulan Ramadan pada setiap tahun. Kalau korg nak tahu kenduri tahun lepas, Azie link kan di sini. "FAMILY: 2014 KENDURI ARWAH GATHERING TOGETHER". Jadi semalam merupakan Majlis kenduri tahlil yang telah diadakan. 

Seperti biasa hanya adik beradik sahaja yang datang. Kenapa???Tujuan kenduri ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silatul rahim antara adik-beradik. Maklum lah, zaman sekarang ini, masing-masing sibuk dengan kerja, keluarga dan anak-anak sampai tak ada masa untuk spend time dengan adik beradik. Kalau nak berjumpa masa raya aidilfirti pun susah sebab tu  adik-beradik sebelah ayah membuat kenduri tahlil ini, adalah untuk berkumpul bersama adik beradik. Sepatutnya adik beradik ayah ada sembilan org iaitu tiga perempuan dan enam lelaki. Tetapi semalam agak sedih sedikit yang datang hanya lah enam org sahaja. Yang lagi tiga tidak dapat datang. 


Anak-anak arwah Basharuddin
Belakang Dari Kiri: Ayah (Azie), Pak Dak, Pak Su, dan Pak Teh
Depan: Sofea

Bukan nak kata apa, walaupun ibu bapa sudah tiada tetapi kita kena ingat adik-beradik kita masih ada dan masih memerlukan kita. Jadi apa salahnya kalau diluangkan masa bersama adik-beradik pulak. Walaupun kita sudah mendirikan rumah tangga kena lah bersikap adil. Jangan lah kita berat sebelah dengan hanya mementinkan adik-beradik dan mentua sebelah suami ataupun isteri. Walaupun sebelah suami ataupun ister yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka tetapi ikatan adik -beradik itu, tidak akan putus walaupun ibu bapa sudah tiada. Lagi satu, kita juga perlu ingat, suatu hari nanti anak-anak kita pun akan mendirikan rumah tangga juga. Takkan kita nak putuskan silatulrahim antara adik beradik. Anak-anak kita, zurita-zurita kita yang akan datang kita tidak tahu lagi . Jadi baik kita pupuk cara sebegini dulu supaya generasi-generasi akan datang dapat mengikuti jejak kita suatu hari nanti. 

Disebabkan itu lah, family Azie membuat kenduri tahlil ini adalah cara untuk berkumpul dengan adik beradik. Tetapi walaupun tak dapat berkumpul semua. Alhamdulilah niat sebenar keluarga besar kami telah pun terlaksana dengan membuat kenduri tahlil secara kecil-kecilan. Sudah lama tidak berjumpa, bermacam-macam cerita diutarakan. bergelak ketawa bersama-sama, usik -mengusik dan sebagainya. Dengan cara ini, dapat juga, mengenali sepupu-sepapat masing-masing. 


Anak-Anak Arwah Basharuddin

Seperti biasa, kami akan membuat solat maghrib dan isyak secara berjemaah. Walaupun kawasan tempat solat kami itu kecil tapi kami semua rasa betul-betul teruja kerana dapat solat bersama-sama dengan adik-beradik, sepupu -sepapat, anak-anak sedara, mak-mak sedara dan juga pak sedara. hihihih...terasa seronok sangat. Selepas solat maghrib, kami teruskan pula dengan bacaan yassin dan tahlil bersama-sama. Semasa bacaan dimulakan, terasa sebak bercampur gembira kerana Azie dapat sedekahkan surah yassin kepada arwah atok dan opah. Iyer lah, tahun lepas Azie tak dapat nak join, biasa lah nama pun perempuan. Setiap bulan ada ajer bendera JEPUN datang. HIHIHIHI...Tahun nie memang excited terlebih,  


Semasa menunaikan solat dan bacaan yassin & Tahlil

Selepas kami, membaca yassin dan tahlil, Kami menunggu untuk solat isyak pula. Dalam beberapa minit kemudian, Azan isyak pun bergema. Selepas itu, kami menunaikan solat Isyak secara berjemaah dan diimamkan oleh USTAZ iaitu Pak Su Azie. Solat Maghrib tadi pun Pak Su Azie juga yang imamkan. Selepasa semuanya selesai baru lah kami mengisi perut dengan juadah-juadah yang datang dari jauh. Tahun lepas, semua juada-juadah itu, diuruskan oleh mama Azie dengan masakan air tangan org RAWA. tapi tahun ini, masakan ini datang dari jauh., Iaitu dari Jalan Kebun, Klang yang diuruskan oleh Pak Dak dan Mak Dak Azie. 


 
 



Suasana semasa kenduri.

Alhamdulilah banyak jugak lawuk-pauk yang ada, Siap ada dissert lagi. Lauk-pauknya ialah Kari Ayam, Udang masak sambal, Sayur campur, sambal belacan dan kacang botol. Dessertnya pula ialah bubur kacang. Kebetulan rumah pak dak Azie ada kebun nenas Yankee, Jadi kami dapat satu sorg nenas tu. Kalau korg nak tahu nenas Yankee tu apa, pergi lah dekat Klang, Betul-betul macam Yankee. hihihiihihi





Suasana kenduri dan kerenah anak-anak sedara dan sepupu

Sambil kami semua menjamu selera sambil itu kami berbual-bual kosong. Biasa lah kalau dah jumpa dengan adik-beradik anak-anak diketepikan ...Waahhhh....sedeyyyy...Itu tak apa lagi, Azie tak kisah pun sebab dah lama kan tidak berjumpa. Sambil itu, siap plan untuk raya lagi tau. Puasa pun belum lagi dah nak plan untuk raya. So excited. Lepas ini banyak lagi lah entry terbaru Azie. 


Selepas itu, masing-masing pun beransur untuk pulan ke rumah dan berehat. Sebelum balik itu, seperti biasa kita bergambar dahulu. Walaupun kali ini, kurang meriah tetapi Azie rasa dua kali ganda meriahnya suasana semalam. Kami bergambar satu family kecuali Mak Lang sahaja yang tak ada sebab kena gerak awal ada kenduri lagi katanya. 

Itu lah dia, cerita keluarga besar Azie sebelah Ayah. Keluarga kami memang besar tetapi kalau dah terlalu ramai sangat sampai tak ingat dah. Kalau buat kenduri tu, tak payah panggil org lain. Adik-beradik ayah pun dah mencukupi dah satu dewan tu pun dah penuh. 


Ini Azie nak share gambar-gambar yang Azie ambil semalam. Hopefully korg enjy dengan entry kali ini, jangan korg nangis pulak baca. Cuma satu saja nak pesan walau jauh macam mana walau benci macam mana walau busuk macam mana pertaliana adik beradik tidak akan terputus. Jahat macam mana pun ingat darah yang mengalir dalam tubuh itu sama dengan darah yang mengalir dalm tubuh kita. 

Azie rasa sampai disini saja lah dulu untuk entry kali ii. Insha Allah,Ada masa nanti Azie akan update lagi. 

Annyong


No comments: