Wednesday, June 3, 2015

0
Moshi Moshi

Family: 2014 Kenduri Arwah Gathering Together

 photo Salam-1.png

Hello!!!AnnyeongHaseayo!!!Apa Khabar semua ??Korg semua sihat ker?? Kalau sihat Alhamdulilah. Kalau yang tak berapa nak sihat tu. Jangan lupa pergi klinik untuk buat checkup dan makan ubat supaya cepat sembuh. Maklum la, sekarang ini cuaca dah tak menentu dah. Asyik hujan ajer. Nak keluar pun susah. Kalau dekat KL pulak, masya Allah panas jnagan kata lah. 

Azie hari nie nak update entry pasal apa???oohhh..hari inie Azie nak update entry pasal family gathering. Actually, setiap tahun family belah ayah Azie akan mengadakan kenduri tahlil dan juga kenduri untuk menyambut bulan puasa. Puasa??? Yer la..Bulan puasa kan dah nak dekat kalau tak silap Azie ada lagi seminggu lebih kita nak menyambut bulan ramadhan. Waahhh...so xcited. Kenapa Azie xcited sebab Azie boleh diet hihihihi. Tak lah, sebenarnya bulan puasa la bulan yang paling mulia bagi Azie, Kita boleh memperbanyakkan mempelajari ilmu agama, pergi solat terawih, dan sebagainya. Hari ini, Azie nak update tahun lepas punya kenduri. 



Gambar keluarga besar arwah basharuddin: Anak-anak, Menantu-Menantu dan Cucu-cucunya


Gambar Anak-Anak Basharudin:
Belakang Dari Kiri: Ayah, Pak Dak & Pak Jang
Depan Dari Kiri: Pak Su, Mak Su & Pak Teh
Tidak Hadir: Mak Long, Mak Lang & Sofea
Tahun lepas , family sebelah ayah berbincang untuk mengadakan kenduri tahlil dan menyambut bulan puasa. Sebab kami ingin menerusi tradisi arwah atok Azie. Setiap tahun arwah atok akan membuat kenduri tahlil untuk arwah opah yang telah pun pergi selama 25 tahun. Azie pun tak sempat nak jumpa arwah opah. Tak tahu langsung muka dan raut wajah arwah opah Azie. Jadi adik-beradik sebelah ayah mencadangkan untuk membuat kenduri tahlil dan menyambut bulan puasa setiap tahun. Pada tahun lepas, 2014 merupakan tahun pertama kami "KELUARGA BASHARUDDIN" membuat kenduri tetapi dihadiri hanya lah anak-anak arwah Basharuddin sekeluarga. 

 
 Gambar semasa kami solat berjemaah dan membaca yassin 

Arwah atok mempunyai sembilan orang anak iaitu Watie ( Mak Long), Sabi (Ayah Azie), Linda (Mak Lang) , Lan ( Pak Jang), Nuar ( Pak Dak), Sham (Pak Teh), Nani (Mak Su), Nazri(Pak su) dan Sofea( Mak usu). Arwah atok dengan arwah opah dikurniakan lapan org anak selepas beberapa tahun arwah opah meninggal Arwah atok berkahwin lagi dan dikurniakan seorg anak perempuan iaitu Sofea.  Walaupun masing-masing sibuk berkerja dan menjalan kan tanggungjawab masing-masing tapi setiap tahun kami akan berkumpul bersama dan berborak, bercerita apa-apa saja mengenai antara satu sama lain. Betul lah kata org tua-tua kalau ramai anak lagi meriah. Lagi happening. Ini adalah serba sedikit mengenai family sebelah ayah. 


Gambar: Cucu-cucu Arwah Basharuddin 

Kenduri pada tahun lepas, kami solat berjemaah maghrib bersama-sama dan diimamkan oleh Pak Su Azie. Pak Su Azie merupakan ustaz di Cameron Highland tetapi berkerja  di Majlis Daerah Cameron Highland. Setiap kali bulan puasa Pak Su akan mengantikan imam yang bercuti untuk solat maghrib, isyak dan terawih. Selepas kami, solat maghrib, kami pun memulakan dengan bacaan tahlil untuk arwah moyang, arwah tok dan arwah opah. 




Gambar: Menantu-menantu perempuan arwah Basharuddin

Selepas membaca tahlil dan yasin, kami pun terus membuat solat isyak secara berjemaah dan di imamkan oleh nenek (Atok sebelah mama) Azie pulak. Selepas semuanya selesai baru lah kami adik beradik makan bersama-sama dengan catering yang telah mama tempah. 

 Gambar: Family Pak Jang

 Gambar Family: Pak Teh

 Gambar Family: Pak Su

 Gambar Family: Pak Dak

Gambar Family: Azie

Alhamdulilah, selesai sudah semua niat dan tradisi yang di amalkan oelh arwah atok Azie sebelum ini. Kami memang tak ajak orang lain. Adik -beradik sebelah ayah pun sudah cukup  untuk membuat kenduri ini. Bagaikan lah cucu sebelah arwah atok ada dalam 28 org cucu. Itu tak termasuk lagi yang tengah pregnant and comin soon tu. Ramai adik beradik, rasa lagi seronok dan happy.

  Gambar: Family sebelah mama

Gambar: Adik mama yang bongsu (ACU)

Selepas selesai jamuan makan, Apa lagi kami semua tak lepas peluang untuk bergambar  untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan. Insha Allah, pada tahun 2015 ini pun kami akan menerusi tradisi ini, Semoga 06 Jun 2015 ini, segala urusan dieprmudahkan. Harap sangat semua adik-beradik sebelah ayah datang untuk memeriahkan lagi kenduri pada hari sabtu ini. Ini bukan nak dikatakan tradisi tetapi untuk mengingati apa yang telah arwah atok buat pada setiap tahun untuk ister tersayang.

Azie nak belanja beberapa gambar semasa kami mengadakan kenduri tahlil dan menyambut bulan puasa pada tahun 2014. Sorry If lambat update entry ini. Tetapi Azie tetap nak update something yang happy. Walaupun sedih tapi kami bersyukur kerana kami masih ingat segala apa yang arwah atok lakukan untuk keluarga dia. 

                       Al-Fatihah untuk arwah atok, arwah opah dan arwah moyang. 

Ok lah sampai disini saja entry utk kali ini. Insha Allah next time Azie akan update lagi. 

Annyeong



No comments: