Tuesday, June 16, 2015

1
Moshi Moshi

ETUDE HOUSE: Promotion June 2015

 photo Salam-1.png


Hello!!!Anyyonghasaeyo!!Hari ini korg buat apa??Entry kali ini, bukan entry pasal drama ataupun movies. Azie just nak share and buat some review pasal skincare product. Ramai rakan-rakan Azie selalu cakap product korean ini mahal sangat. Padahal Azie nie masih student lagi. Macam mana Azie beli??Macam mana Azie dapat pitis??Macam mana Azie boleh shopping product korean every month??Sekali shopping berapam ratus habis??? Wahhh...so banyak sangat soalan. Hari ini, Azie akan cuba jawab segala pertanyaan rakan-rakan Azie. 

Actually, Azie tak pernah shopping setiap bulan hanya untuk product beauty skincare ataupun make up. Azie buat kerja part time, sebelum ini Azie pernah kerja sebagai cashier di Popular Bookstore selama tiga bulan. Selepas itu, Azie kerja dekat Occubite selama dua bulan, dan akhir sekali Azie kerja dekat rotiboy selama 5 bulan. Dari situ lah, Azie dapat pitis untuk menyara hidup Azie. Walaupun setiap bulan elaun biasiswa Azie masuk tapi masih tak cukup. Tahu-tahu lah kalau duduk dekat KL.  Azie akan beli product skincare dan makeup bila tiba waktu promotion ataupun sale. Masa itu, memang Azie akan beli lebih sebab setiap promotion bukan semua barang ada potongan harga. Pada mulanya, Azie beli dari Korea menggunakan website global product tersebut. Tetapi disebabkan Malaysia sudah pun membuka beberapa branch dari Korea jadi Azie memang beli dekat Malaysia sahaja. Antara branch yang ada ialah Etude House, Nature Republic, Holika Hoika, Tony Moly, SKin Food, The Face Shop dan Innisfree.

Contoh seperti product favourite Azie ialah Etude House. Etude House selalu membuat promotion setiap bulan antaranya seperti buy 1 free 1 ataupun ada selected product yang dapat potongan harga sampao 70%. Sebab itu, bila ada promotion memang Azie akan beli double keran product yang Azie pakai bukan selalunya ada promotion kecuali menjadi member card "Etude House" yang dipanggil Sweeties Club.  

Pada bulan Jun ini, Etude House ada membuat promotion kepada product yang telah ditetapkan sahaja dari harga RM50-RM5. Murah bukan???Jadi bila ada promotion macam ini memang Azie akan grab product-product keperluan Azie.  Bila Azie beli double kalau salah satu dari skincare Azie dah habis atleast Azie ada spare lagi satu. Bukan dah jimat ker dari situ. 

Hari ini Azie nak share barang-barang terpilih daripada Etude House yang mendapat potongan harga sampai 50%. 





Ini merupakan promotion untuk bulan June 2015 di Etude House. Tengok banyak bukan selected item yang dapat diskaun sampai 70%. 

Untuk bulan ini, Azie nak senaraikan barang-barang yang Azie perlu beli. lagipun dah banyak barang-barang Azie dah habis. hihihihihi

LIST ITEM

1. Baby Pudding Pact
2. CC Cream

3. Skin Malgeum:- ( I have to choose two only)

-Oil Control (Fresh): Oily Skin
- Exfoliation ( Smoother): Trouble Prone
-Moist Care ( Moist):Dry Skin
- Oil and Moisture Balance ( Essential): Combination Skin
- Moisture Retention (Deep moist): Dry/Sensitive Skin

4. Every Month : ( My Favourite Cleansing )

  -  (3) Tomato and Apple (Tone Clarifying)
- (1) Avocado and Butter(Deep Moisturizing)
- (8) Blueberry(Revitalizinga)
-(9) Rice (Richly Moist)
- (4) Lemon and Garlic (Purifying)

5: Color Lip-Fit: ( I have to choose with one)

-RD301
-OR202
-PK001
-PK002
-PK003
-OR201
-BE101
-WH901

6. Mist Perfume: ( I want to collect all)

- Take Me
- Love Me Forever
- Before you go
- No More
- Bite Me
- Fresh Me Up
- Why not Me

Sebelum end of this month boleh la pergi serbu Etude House. Harap-harap tak busy. Kalau busy memang tak dapat la nak shopping. Ini sekadar list sahaja bukan nak beli semua pun. Kalau list pun sampai kedai mesti Azie akan beli lain. Haishhh...sampai bila la Azie nie nak berpendirian tetap. Just follow the list . Hrmmm,  Nanti Azie boleh la share dekat korg semu product-product yang Azie dah guna.

Azie hanya dapat beli cleanser foam sahaja tetapi masih belum dibuka lagi.Pencuci muka yang Azie beli ini, dipanggil Every Month. Ia bermaksud pencuci muka mengikut bulan dari bulan 1 sampai bulan 12.  Sekarang ini, Azie pernah pakai bulan 5 dan 7 iaitu bulan 5 adalah Green Tea dan bulan 7 adalah Aloe Vera. Pencuci muka bulan 7 Azie dah lama habis. Alhamdulilah memang berkesan, memang kulit muka jadi soft macam kulit baby. Sekarang ini, Azie pakai every month 5 iaitu Green Tea, belum habis lagi. Kelebihan Green Tea ini adalah untuk mengurangkan minyak pada kulit muka. Setakat ini, Azie pakai masih ok tidak ada lagi mengalami masalah kulit seperti gatal-gatal ataupun kemerah-merahan. Masa promotion hari tu, Azie beli dua satu no 5 dan satu lagi no 2. Bulan 2 itu adalah untuk mengecilkan liang-liang roma pada kulit dan juga mengecilkan pore yang terdapat pada kulit muka. Tetapi Azie belum mencubanya lagi. Azie kena habiskan No 5 dahulu . Selepas itu baru Azie pakai cleanser foam every month no 2. Bulan 2 ini adalah pomegranate dan Berry.




Azie suka dengan packaging product mereka bukan sahaja comel tetapi mereka amat mementingkan kebersihan pada product mereka. Tengok packaging Every Month Cleansing 2 : Pomegranate and Berry ini, ada penutup kedap aluminium lagi untuk mengelakkan daripada hygience. 

Lupa pulak, kalau korg jadi member Etude House, korang akan mendapat 40% off tetapi hanya product-product yang tak ada promotion sahaja. Macam mana nak jadi member??Senang saja. Kalau tak silap Azie, kena beli barang-barang Etude House sebanyak RM80++ untuk menjadi member. Senang saja kan??

Azie rasa sampai disini saja entry Azie untuk kali ini. Insha Allah nanti ada rezeki kita jumpa lagi. Kalau ada masa nanti Azie nak buat satu review lagi iaitu product SKIN FOOD. Stay tuned Ok.

Annyong.