Wednesday, June 3, 2015

0
Moshi Moshi

Drama: Suami Sebelah Rumah

 photo Salam-1.png

Hye semua. Apa khabar??Korg semua sihat ker???Dah makan??Azie??Buat masa sekarang nie, Alhamdulilah, Azie sihat-sihat sahaja. Tapi biasa lah kita nie kan manusia ada masa sihat dan ada masa kita sakit. Sakit in bila-bila boleh datang walaupun kita jaga macam mana pun tetap akan sakit juga. 

Hari ini Azie nak shara satu lagi drama yang diadaptasi kan dari novel. Waahhh...Sekarang nie semua drama semua ambil dari novel. Kadang-kadang terfikir jugak, dah malas ker nak karang or buat drama sendiri. Kenapa perlu ambil dekat novel???Itu pandangan Azie la....Sorry if ada yang terguris bukan apa kenapa sekarang ini, Azie tengok ramai betul director2 di luar sana mengambil jalan cerita melalui nove. Lepas saja habis drama "HATI PEREMPUAN". Terus ada drama terbaru iaitu. "ISTERI LUAR BIASA". Lepas ini, apa pulak lah drama yang keluar kan. Tetapi semua novel-novel yang diadaptasikan semuanya Azie dah baca. Siapa cakap Azie tak minat novel melayu. Bagi Azie novel melayu adalah fav. pertama Azie. Selepas itu, baru lah novel english and korea. Walaupun Azie memang addicted with korea tapi Azie still suka baca novel melayu. 



Nampak sangat dah lari dari simpang nie. Mari kita teruskan dengan review drama seterusnya. Drama ini memang terbaik dan telah dilakonkan oleh artis yang pernah memenang award dari ERA.fm iaitu Ayda Jebat dan heronya tak lain dan tidak bukan Izzue Islam gitu . Waahhh dorg ni memang tabit springgg la. Sama-sama comel dan padan dalam drama ini. So excitedddd... Malas la nak cerita panjang-panjang. Jom kita terjah sinopsis jalan cerita " SUAMIKU SEBELAH RUMAH" karya "ANA SOFIYA". jom...jomm...



Ini merupakan video dalam drama "SUAMI SEBELAH RUMAH" yang Azie ambil dari youtube. Sekadar nak bagi review ajer pun hihihi. Jom kita terjah sinopsis yer.



SINOPSIS:

Drama ini mengisahkan Eryna mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan yang sah. Mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masing ingin memilik cinta Amar. 

Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir setelah segala persiapan telah dibuat. Amar nekad untuk mencuri hati Eryna sebelum Azlan kembali menagih kasih. Disebabkan itu, Amar memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Kononnya mudah untuk dia mengurat Eryna. Malangnya bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya.

Amar memang pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikat Eryna. Jadi sebelum Amar disambar Anis yang dah terpikat sepenuhnya terhadap Amar, Eryna perlu buat keputusan. Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan lagi huru-hara. Dalam kemelut ini, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat onar menyatakan mereka melakukan maksit. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yan gDoktor Amar tu dia yang punya.  Apalahhhh yang jaddiii????


hihihihi...mesti benggang kan kenapa tergantung. Ok kalau nak tahu dengan lebih lanjut apa kata korg tengok drama ini. Drama ini memang kelakar. seronok bila lihat suami isteri ini sentiasa bergaduh manja. Love it. Azie dah baca novel drama ni, jadi sebelum drama ini keluar memang dah tahu ending dia macam mana. Jadi kalau nak tahu apa kata korg tengok drama ini balik. Tak silap Azie masih ada lagi dekat tonton.my.

Ok lah. Sampai sini saja dulu. Insha Allah ada rezeki nanti Azie update lagi. Jangan nak gaduh-gaduh ye. jangan nak merajuk sangat nanti Azie belanja lagi entry terbaru. 

Annyeong.


No comments: