Monday, June 1, 2015

0
Moshi Moshi

Drama: Isteri Separuh Masa

 photo Salam-1.png

Hello semua. Selamat malam. Korg tahu tak malam ini ada satu lagi drama yang diadaptasikan dari novel. Ala...dekat ASTRO RIA tu. Setiap Isnin pukul 9.00 malam kalau tak silap Azie. Hrmm..Drama tu memang sweeettttt.....tapi Azie selalu saja terlepas pandang. Azie selalu lupa terutama sekali bila Azie busy dengan kerja. Waahhh....hampanya. Kalau dapat tengok pun. tengok ulangan ajer la. Korg nak tahu drama apa. Ala Pelakon EMMA MAEMBONG tu. Comel betul emma dalam drama ini. sweeettt sangat2. Ok lah... Azie beritahu drama apa. " ISTERI SEPARUH MASA". 
karya "SURI RYANA".

Drama ini memang best tapi selalu terlepas. Azie nie jenis pelupa. hihihihihi.. Azie tak mau lah cakap banyak-banyak. Malam nanti korg tengok drama tu. tinggal lagi dua episode last tau. Jangan lupa tau tengok drama ini. 



VIdeo: ISTERI SEPARUH MASA

TAJUK NOVEL: Isteri Separuh Masa

PENULIS NOVEL: Suri Ryana

PELAKON: 

Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, ZIha, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Erwin Dawson, Mahmud Ali Bashah, Normah Damanhuri, Lia Natali, Natasha Elyzza, Nadya Syahera dan Syafiq Kyle

SINOPSIS:

Medina Izwani merupakan anak angkat kepada keluarga Dato' Abdullah dan Datin Aliyah. Kerana terlalu sayangkan Medina Izwani, nenek menjodohkan Nazrin Shah iaitu cucu kandungnya dengan Medina. Mengenangkan terlalu banyak budi yang dicurahkan keluarga Dato' Abdullah, Medina akur pada keputusan nenek. Namun perkara sebaliknya berlaku terhadap Nazrin Shah. nazrin menentang hasrat nenoknya kerana dia menganggap Medina sebagai musuh!

Bagi Nazrin Shah , Medina Izwani punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajaran di luar negara.

Sepanjang berada di luar negara Nazrin tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik dihadapan keluarganya sahaja. Berlain pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama  mereka.


Ini merupakan sinopsis ringkas yang Azie ambil daripada novel. Jadi jangan lupa nant tengok tau drama ini. Mesti korg rasa seronok nanti. Susah nak dapat pelakon yang mempunyai chemistry macam ini. 

Azie nak tunggu depan TV nie. Nak tengok drama ini. nanti terlepas susah lah pulak. 

Annyeong. 

No comments: