Thursday, June 11, 2015

0
Moshi Moshi

Drama: Asam Pedas untuk Dia

 photo Salam-1.png


Hye. Tengah buat apa tu??Entry untuk hari ini adalah pasal review drama melayu pulak. Mesti korg bosan dengan Azie. Isshhh....asyik-asyik drama korean..drama melayu tak ada ker??Ok hari ini, Azie nak tukar cita rasa sikit. Hari ini nak update pasal drama melayu pulak. Drama ini merupadakan adaptasi dari novel. Haishh...tak ada ker drama lain semua dalam novel kan???Ok nak buat macam mana dah pengarah nak guna jalan cerita dalam novel tu. Drama kali ini bertajuk "ASAM PEDAS UNTUK DIA". Amboi...asam pedas...Azie pun tak pandai nak buat asam pedas. tahu makan ajer. 

Entry kali ini, Azie tak mau lah taip panjang berjela-jela. Entry kali ini nak ringkas saja. Takut nanti ada yang cepat sangat boring. Jom kita tengok jalan cerita drama ini, lepas tu baru Azie bagi comment.


Video Trailer:  ASAM PEDAS UNTUK DIA

SINOPSIS:

Ainin Sofiya merupakan seorang pembantu rumah separuh masa dirumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian

Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya keran ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan!. Dia hanya bekerja dirumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.

Malah, Ainin SOfiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya??Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal disisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan  permainannya sehingga takdir menentukan Ainin SOfiya hamil anaknya.

PELAKON:

Dayana Roza, Shukri Yahaya, Adella Aryana, Juli Farhana Main, Fazlina Ahmad Daud, Manan Sulaiman.

ARAHAN:

Feroz Kader.

Sekarang nak bagi comment pulak. Drama ini memang sama dengan yang ada didalam novel. Daripada mula Azie tengok sampai lah episode yang terakhir so far so good. Tak ada apa-apa yang mengecewakan Azie. Cuma disebabkan drama ini ditayangkan pada hari ahad. Azie selalu saja terlepas. Iyer lah, hari ahad kadang-kadang keluar spend time dengan member and family. Bila balik rumah, mesti tengok dah nak habis. So disappointed me. it so ok nasib baik ada tontont.my. Boleh tengok sampai lebam. 4.5/5 rating Azie bagi untuk drama ini. Kalau korg tak dapat nak tengok, korg boleh saja download ataupun tengok dekat tonton yer. 

Ok lah sampai disini saja entry untuk kali ini, Nanri ada masa Azie update lagi. Annyong.







No comments: