Monday, June 1, 2015

1
Moshi Moshi

Drama: Adam dan Hawa

 photo Salam-1.png

Hai kawan-kawan. Azie nak tanya nie. Siapa dekat sini memang suka baca novel melayu???Please raise your hand???Actually Azie pun minat juga membaca novel-novel melayu nie. Now. ini merupakan buku novel yang pertam akali di adaptasi dalam drama bersiri iaitu my favourite ever nove"ADAM DAN HAWA". Waaahhh..Masa mula-mula dram aini keluar memang Azie xcited terlebih sampai sanggup download drama ini semata-mata nak tahu apa akan jadi. Watak yang dorg bawa nie menjadi ker??Best ker??Ada tak sama macam dalam novel ker?? Azie memang minat semua karya AISYA SOFEA. Penulisan dia memang cukup power la.


Mula-mula Azie risau jugak sebab drama ini mempunyai sebanyak 80 episode kalau tak silap Azie.Azie takut jalan cerita drama ini mungkin diubah suai ataupun banyak scene-scene yang akan dipotong. Tetapi bila Azie tengok dari episode 1 sampai episode 80 semua jalan cerita drama ini sama seperti yang Azie baca didalam novel. Memang Azie lagi excited la. 

Azie nak perkenalkan para pelakon yang menjayakan drama ini iaitu Aaron Azie, Nadiya Nisa, Anzalna, Norman Hakin, Amyza Adnan, Fazilah Mansor, Aznah Hamid, Putri Sara, Rozie Rashid dan ramai lagi. 



Video Trailer: ADAM & HAWA

Sekarang mari kita tengok pulak sinopsis drama ini. Lepas itu, baru Azie bagi pendapat mengenai drama ini pula. 

SINOPSIS:

Drama Adam dan Hawa ini mengisahkan seorg remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantkan guru yang bersalin. Ain Hawani hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi 

Semasa Ain bekerja di tadika tu, Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam. Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala-ala playboy.

CIta-cita Ain bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa kahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.

Timbul perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan meraka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain. AKhirnya mereka berkahwin, tetapi tisak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.

Ain kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi AIn. Akhirnya mereka bertemu kembali didepan pintu Masjidilihram di Mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tidak mahu terima Adam. Akhirnyaa mereka bersatu juga dan hidup dengan bahagia disamping anak dan keluarga tercinta.


Azie nak letakkan sinopsis drama ini, Mesti ramai yang tertanya kenapa Azie lambat update pasal drama in. Seperti sebelum ini, Ini merupakan segmen terbaru Azie. Azie rasa blog dan entry Azie perlu diperbaharui dengan perkara yang baru. Jadi Azie akan share semua drama-drama yang pernah Azie tonton sebelum ini dan Azie akan share dengan korg semua. 

Pendapat Azie dalam drama ini, mempunyai banyak moral of the story. Boleh diambil sebagai iktibar dan juga kebaikan kepada diri kita. Sekarang ini manusia diluar sana bukan semuanya baik dan bukan semuanya jahat. Jadi kita perlu berhati-hati untuk memilih dimana baik dan dimana lawan. Manusia ini mempunyai sifat yang dengki dan suka menjatuh kan org lain terutama sekali fitnah. Bagi Azie drama ini merupakan drama favourite Azie.  Drama yang best, penuh dengan ikatan kasih sayang dan kesabaran yang kuat untuk menghadapi sesuatu masalah.


Azie memang syorkan korg semua tengok drama ini, Drama ini memang terbaik. Azie rasa Azie bagi dalam 4.5/5 rating untuk drama ini. 


ok lah Azie nak mintak diri dulu. Insha Allah ada rezeki nanti Azie akan updat drama or movies yang lain pulak. 

Annyeong.