Sunday, June 14, 2015

0
Moshi Moshi

Dip N Dip


 photo Salam-1.png

Hye semua. Apa khabar??Sekarang pukul 12.35am. Kenapa Azie tak tidur lagi???Azie baru sahaja balik dari Kuala Lumpur. Ada urusan sedikit dekat KL. Jadi Azie nak share something dengan korg pada malam ini. Azie tak kisah walaupun semua org dah tahu pasal kelazatan coklat di cafe "Dip N Dip", Azie tetap nak post something. Jom kita straight to the point. 

Actually, Hari ini, Azie temankan adik Azie yang Si mulut murai itu, pergi ke Kajang untuk mengambil thesis dan juga buku intra untuk si murai. Disebabkan kasihan melihat si murai itu, Azie pun bersetuju untuk bawa dia pergi Kajang dan balik hari. What???Tak penat ker??Ok sebenarnya memang penat dan letih. Sebab Azie drive seorg dan si mulut murai asyik tidur. Ok Fine. I jadi driver setia u. Siapa Si mulut murai???Kenapa panggil murai?? Sebenarnya ini merupakan adik Azie yang bongsu. Kenapa panggil murai???Mulut dia asyik nak bercakap non-stop sampai nak mencelah pun dah tak boleh dah. kalau nak potong line pun. No way.

Mari kita continue dengan "Cafe Dip N Dip". Kami sampai sahaja di IOI City Mall, Putrajay dalam pukul 12.30 tengahari. Memang time waktu lunch tapi masa Azie sampai itu, tak ramai orang pun. Jadi first sekali kena cari board information. Maklum la, IOI City Mall tu besar gedabak sampai tak tahu tang mana pulak cafe tersebut. Bila dah jumpa, Azie mencari level mana cafe itu. Cafe tu berada di Level G tetapi bukan didalam Mall. Dekat mana???Cafe itu, terletak diluar Mall. Haishh....Azie pun berpusing cari. Nasib baik jumpa, kalau tak memang terus pergi makan Magnum Cafe ajer.


Bila kami masuk, pelayan cafe tersebut bagi Azie menu . Masya Allah, bila buka saja menu tu, Azie rasa semuanya nak makan biasa la nafsu makan sudah menguasai diri Azie hahahaha....tetapi disebabkan Azie fikir satu sahaja. Coklat ini, kalau makan banyak-banyak cepat muak dan cepat kenyang. Jadi untuk mengelakkan pembaziran Azie pun order dua jenis coklat iaitu"BROWNIE CRISPY CHOCO" and "CHOCOLATE CRISPY". Harga untuk "BROWNIE CRISPY CHOCO" ialah RM28.90 dan "CHOCOLATE CRISPY" pula RM13.90. Memang sedap sangat-sangat tapi sayang sebab Azie memang tak boleh makan banyak nanti akan keluar balik lagi laa...sayang. Azie nak belanja gambar chocolate tu. hihihihihi..Mesti ramai yang terliur.


BROWNIE CRISPY CHOCO
RM28.90
(Kalau tak silap larh)


CHOCOLATE CRISPY
RM13.90

Hihihihihi...tengok dekat gambar pun dah sedap bukan. Rasa nak grab saje coklat-coklat tu semua. Actually Azie pergi KL hari tu dengan Adik and Mama Azie. Sambil nak tunggu orang balik dari sembahyang jumaat dan nak tunggu selepas waktu lunch tu yang Azie dengan mama dan Adik Azie lepak dekat IOI Mall kejap. Saja nak cuci-cuci mata. 

Hehehehe...Ok lah Azie rasa sampai sini saja lah dulu, Nak pergi masak kejap nanti bising mama Azie. Mama Azie tu dah lah kuat meleter tetapi hatinya tetap baik. Azie nak belanja lagi beberapa keping gambar. 






Anyyong,




No comments: