Saturday, May 30, 2015

0
Moshi Moshi

Part 16: Come Back Home

 photo Salam-1.png

Hello semua. hihihih..mesti korang pelik kan???Entry sebelum ini beritahu dah habis dah about KOREA. tetapi ada lagi lah pulak. Hisshhh...mana satu yang betul nie. Actually entry kali ini merupakan entry kami orang semua kena balik ke Malaysia. Lepas ini, no more KOREA. Ini merupakan entry yang betul-betul last forever about KOREAN. 

Kami bertolak dari ITAEWON pada pukul 10.00 pagi dengan menaiki van airport. Van airport ini mengenakan harga sebanyak 80 000 won untuk 6 org penumpang sahaja. Azie dan rakan-rakan yang lain memang dah rancang untuk bertolak awal kerana kami tidak mahu ada masalah-masalah yang lain. Expecially, ketinggalan flight walaupun flight kitaorg pada pukul 4.30ptg.

Selepas itu, kami menunggu empat org rakan kami dari University EHWA and University HANYANG pula. Selepas semuanya ada, kami decide untuk pergi makan untuk lunch terlebih dahulu. Seperti yang Azie jangka memang kami ada masalah. Disebabkan dua org rakan kami mempunyai masalah dari segi IC KOREA mereka tidak siap. Jadi selama empat bulan kami di KOREA kami menggunakan IC KOREA kerana ia memudahkan kami untuk pergi kemana-mana tanpa perlu membawa passport. Maklum la, passport kan besar susah untuk dibawa ke hulu hilir. Jadi sebagai student international kami perlu ada IC KOREAN.

Alhamdulilah, nasib baik pihak imigresen memahami kami, kerana rakan Azie itu mempunyai surat dari imigresen KOREA. Selesai urusan ticket, luggage dan check-in. Ada lagi masalah yang timbul semasa melakukan pemeriksaan beg. Ada dalam 30 minit juga Azie menunggu. Sebab terdapat barang-barang besi atau pun tajam didalam beg rakan Azie tersebut. kalau nak diikutkan tak adalah bahaya mana pun. Tetapi biasa lah, nama pun imigresen. 


Sebelum kami check In. ini merupakan gambar terakhir kami semasa di KOREA.


Selesai check-in, luggage, and imigresen. 

Gambar kami semasa di pintu perlepasan. Tengok Jacket Kami mesti semua tahu kami dari SEMYUNG UNIVERSITY

Gambar semasa kami menunggu di pintu perlepasan. disebabkan terlalu ramai. jadi kami mengambil gambar buat kali terakhir di INCHEON AIRPORT

Gambar Azie dgn MR.Muchuk kita. 



Gambar kami semasa berada didalam flight. Alhamdulilah selamat sampai di Malaysia

     Gambar Azie selfie sorg2. I will remember my lovely memories. THANK YOU

Akhirnya, kami semua sampai di Malaysia dengan selamat. Kami sampai di Malaysia pada pukul 10.30 malam waktu tempatan. Ini adalah pengalaman Azie semasa berada di KOREA. Ini semua memang pengalaman Azie yang sebenar. Alhamdulilah, akhirnya Azie sudah berjaya menjadi Student di University International. 

Insha Allah, COming soon will be a better day for me. Selamat membaca. 

No comments: