Saturday, May 30, 2015

0
Moshi Moshi

Part 15: NAMI ISLAND

 photo Salam-1.png

 Hello Guy and Girl. How are you today???hihiihi. Apa khabar semua blogger2 sekalian. Azie minta maaf sebab sudah sekian lama azie tidak update apa-apa entry . Sebelum ini, Azie ada janji satu entry mengenai korean. Ia merupakan entry terakhir Azie semasa azie berada di Korea. Itu merupakan tempat yang terakhir bagi Azie. Kalau diikutkan banyak lagi tempat-tempat yang Azie tak sempat pergi. Insha Allah, ada rezeki Azie akan pergi lagi. Let continue with my last story vacation at KOREA. Sorry Azie lambat update untuk last vacation Azie .


Annyeong Namiseom

My first impression about NAMI ISLAND is a WINTER SONATA. Sebenarnya Azie tak pernah menyangka yang Azie dapat pergi ke KOREA. Bila difikirkan balik nak pergi KOREA memerlukan bajet yang begitu besar. Walaupun harga tiketnya murah tapi kos perbelanjaan dekat sana memang tinggi. Alhamdulilah akhirnya Azie dapat juga menjejakkan kaki Azie ke KOREA.  


GAPYEONG STATION 

Kami menaiki keretapi untuk menuju ke NAMI ISLAND pada pukul 9.30 pagi. Sesampai sahaja kami di STATION GAPYEONG. Kami diminta untuk menaiki teksi pula untuk menuju ke NAMI ISLAND ( Namiseom). Perjalanan dari Itaewon ke Namiseom lebih kurang dalam sejam tetapi kita boleh membuat pilihan sama ada mahu menaiki van pelancong, KTX Train ataupun Subway. Azie dengan rakan-rakan yang lain menaiki KTX Train. Harga tiket KTX Train dalm 7000won. Dari STATION GAPYEONG ke NAMI ISLAND kami perlu menaiki teksi. Harga teksi lebih kurang 5000won. 




BOAT To NAMI ISLAND

Apabila kami sampai sahaja di IMIGRESEN NAMI ISLAND, kami perlu membeli tiket untuk menaiki bot . Harga tiket bot 10000 won seorang tetapi boleh jugak menaiki skyfly untuk menuju ke NAMI ISLAND. Harga skyfly 45000 won memang mahal sangat-sangat jadi kalau nak murah naik ajer la bot yer. Murah pun murah. tetapi kalau yang nak rasai adventure boleh lah naik SKY FLY tu. Masa Azie pergi ke NAMI ISLAND ini, musim WINTER. OMG, it remember me the love stoy in drama WINTER SONATA. I love that drama. That was my first korean drama i watching. 

Sampai sahaja kami di NAMI ISLAND, wahhh so beautiful. Azie rasa begitu teruja sangat-sangat. Azie rasa bersyukur, ALhamdulilah  kerana Azie dapat menjejakkan kaki di bumi NAMI ISLAND ini. Banyak jugak tempat yang Azie pergi tetapi sayang sangat-sangat Azie tak dapat nak merasa naik basikal sebab salji menebal dan jalan pun licin. Jadi Azie sekadar berjalan-jalan sahaja di kawasan NAMI ISLAND ini. 

Azie tak mahu lah nak cerita panjang-panjang nanti ada yang bosan. Azie nak belanja korang semua gambar-gambar semasa kami semua di PULAU NAMI.













 





 





Mesti ramai yang teruja dengan keindahan suasana NAMI ISLAND ini. Serius Azie cakap memang cantik. Memang best tempat untuk HONEYMOON. Suasananya pun sunyi dan romantik gitu. hihihihi. Insha Allah mungkin akan jadi tempat untuk honeymoon Azie nanti. Insha Allah, kena letak dalam list nie. Musim yang paling best adalah musim bunga dengan musim luruh memang paling cantik sebab masa itu, kita boleh tengok pokok-pokok dan juga bunga-bunga ynag sedang kembang mekar. Kalau musim luruh pulak, boleh tengok pokok bertukar warna. hihihii. 

Azie rasa, hutang Azie sudah pun langsai. Alhamdulilah. Ini lah vacation Azie yang terakhir semasa Azie berada di KOREA. Insha Allah nanti ada masa Azie akan update entry lagi. Selamat membaca. 

No comments: