Sunday, May 31, 2015

0
Moshi Moshi

DRAMA: Hati Perempuan

 photo Salam-1.png


Hye semua. Apa Khabar?? Hari ini Azie free sedikit. Nak share one of the drama Melayu yang diadaptasikan dari novel iaitu "HATI PEREMPUAN". Sebelum ini, Azie memang kurang minat dengan dram and Movies Melayu. Jadi Azie nak share drama ini didalam entry kali ini. Azie memang minat baca novel tetapi azie kurang menonton drama yang diaddaptasikan dari novel. Sebab apa Azie tak suka??? Kadang-kadang jalan cerita didalam novel berlainan bila diadaptasikan menjadi sebuah drama atau movies. Ada juga kadang-kadang para pelakon pula tidak dapat membawa watak dengan betul atau pebih kurang tidak dapat menguasai jiwa didalam drama tersebut.  Nanti Azie share kekurangan dan juga kelebihan drama ini. Sebelum itu, mari kita review sinopsis dan juga para pelakon yang telah menjayakan drama ini. 



SINOPSIS:

Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis, seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala Tengku Zarif, jejaka kacak dan juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja berselisih faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus. namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebh-lebih lagi apabila ibunya turut menerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam dan Daniel, bekas kekasihnya.

Bakal bersatukah dua jiwa ini. Jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

PELAKON:
Mia Ahmad, Syarul Ridwan, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadmi Adhwa, Aidil Aziz dan ramai lagi.


Kelebihan Drama Hati Perempaun

Azie ada beritahu tadi nak ceritakan apa kelebihan yang terdapa t pada dram Hati perempuan ini. Dari segi moral value, jalan cerita ini banyak mengisahkan seorang suami yang penyabar dengan kerenah dan ragam isterinya. Sentiasa tenang walaupun terdpaat beberap gosip yang boleh meruntuhkan rumah tangga seseorg. Sentiasa bersikap positif. Ini sepatutnya diambil oelh semua kawum Adam kerana sifat-sifat sebegini memang patut dipupuk . Kita tidak boleh menuduh dan sentiasa putus asa dengan sesuatu masalah yang kita hadapi. 

Kekurangan Drama Hati Perempuan

Now, kita continue dengan kekurangan pula. Ini dari sudut mta dan pandangan Azie mengenai drama ini. Apa yang kurang. Ada beberapa perkara kita tidak boleh tonjolkan kepada khalayak ramai. Contoh seperti isteri meninggi dakn suara kepada suami, bergaduh dengan hal yang remeh-temeh. Kalau boleh kita harus kurang kan gejala seperti ini. Ini akan menjadi habit dan akan menjadi ikutan org2 di luar sana. Lagi satu bagi azie watak Yuhanis dalam drama ini kurang menarik minat Azie. tetapi tidak mengapa. boleh diperbaiki lagi. 

Ini merupakan ulasan dan pendapat Azie sepanjang Azie menonton drama ini. Hrmm...Berapa yer nak bagi rating drama ini. Ok lah Azie bagi 4/5 rating. Sebab watak yang di tonjolkan oleh Tengku Zarif memang puas hati.

Azie berhenti sampai disini saja. InshaAllah entry movies and drama yang akan datang nant Azie akan update lagi .

Bye2



No comments: