Sunday, May 31, 2015

0
Moshi Moshi

Cameron HighLand

 photo Salam-1.png

Selamat malam semua. Apa khabar?? Ada yang dah masuk tidur ker??malam ini, Azie nak update satu entry lagi. Lepas ini, boleh Azie join korg melayari mimpi-mimpi yang indah. Azie baru teringat sebelum ini, Azie banyak update pasal CAMERON HIGHLAND mesti ramai yang nak tahu kenapa bila vacation or holiday mesti pergi CAMERON HIGHLAND. Ok actually, arwah atok Azie memang duduk dekat CAMERON HIGHLAND dan bekerja disitu sejak muda  sampai pencen. Jadi disebabkan rumah arwah atok Pak Su yang duduk Azie pun kerap lah spend time dekat sana. Bila rasa duduk dekat KL and Ipoh nie panas. Apa lagi kita pergi ajer CAMERON HIGHLAND. boleh tengok-tengok kehijauan alam semulajadi. SIhat sikit mata. kalau tak asyik dengan traffic jam all day. dah naik bosan dah.


Ramai yang tanya Azie. Apa tempat yang menarik dekat CAMERON HIGHLAND. Jawapan Azie senang saja. Tak ada apa-apa pun yang menarik. Kenapa Azie beritahu seperti itu???Sebab Azie dah biasa dengan tempat ini, dari kecil sampai sekarang Azie masih berulang-alik pergi ke CAMERON HIGHLAND. Tetapi walaupun dah biasa Azie tak pernah jemu pun. Hari ini, Azie akan share semua tempat-tempat yang menarik dan terdapat di CAMERON HIGHLAND.



Tempat yang pertama ialah "TAMAN LAVENDER". Taman ini baru sahaja dibuka. Azie pun baru dapat tahu pasal taman ini. Untuk memasuki taman ini korg semua perlu membayar dengan harga RM5 untuk org dewasa manakala RM2 untuk kanak-kanak. Kalau nak diikutkan sebelum ini tak kena bayar pun. Masuk FREE ajer. Biasa lah perniaga nak kait untung kan. Jadi sekarang masuk kena bayar. Dekat taman ini memang cantik sangat-sangat terdapat pelbagai keunikkan. Kalau diikutkan rasa macam duduk dalam taman bunga. Kalau siapa-siapa yang minat tengok cerita hindustan ker mesti korg terbayang-bayang berada di sebuah taman dengan buah hati kesayangan jantung korg.. Wahhh bermadah gitu.

Ini Azie belanja korg gambar-gambar Azie semasa berasa di CAMERON HIGHLAND. ini gambar-gambar Azie dengan family semasa kami berada di Taman Lavender.






Ini adalah beberapa keping gambar yang terdapat pada Taman Lavender ini. Korg juga boleh membeli souvenier dekat sini. Ada juga, doll lavender couple bermacam-macam size. Sekarang ada juga Doll yang ada musik . Ada juga pewangi kereta, keychain dan lain-lain lagi

Azie akan belanja lagi beberapa keping gambar untuk tatapan korg semua. Hopefully gambar-gambar ini boleh menarik minat korg untuk bercuti di  CAMERON HIGHLAND.


Perasan tak gambar dekat atas ini, Belakang gambar tu ada warna purple. Ok itu lah dia bunga Lavender. Cantik bukan. Memang rasa heaven la duduk dekat sini. Berangan kejap seperti tengah menari-nari di dalam taman bunga nie.


Selain itu, terdapat juga bunga-bunga yang lain seperti bunga matahari, rose, dan sebagainya. Terdapat juga kinci air. Nampak tak dekat gambar tu. cantik bukan.



Gambar-gambar kami ketika berada di Taman Lavender nie. Memang kami tak lepas peluang. Dah lahh masuk kena bayarkan jadi memang spend time dekat dalamnie ajer ambil masa dalm dua jam lebih kalau tak silap Azie. Padahal taman nie tak adalah besaqq mana pun. Kecil ajer.

 




Selain bunga-bunga terdapat juga ladang strawberry yang terdapat didalam taman ini. Korg boleh petik sendiri tau. tak payah nak pilih-pilih. Kalau petik sendiri lagi best sebab korg boleh pilih buah strawberry yang besar-besar. Kalau beli yang dah siap packing memang korang akan dapat yang kecil. Kalau yang besar pun boleh dikira ajer. Tetapi kena tunggu la musim buah strawberry sebab bukan sentiasa dapa yang besar.



Masa kiteorg sampai tu, buah strawberry tak berapa nak elok sangat. Lagipun tengok lah masih warna hijau lagi. Jadi kami memang tak jadi lah nak petik sendiri. hihihihi.




 Dalam taman ini juga ada disediakan cafe ataupun coffe house untuk korg menikmati suasan taman. sambil minum teh strawberry dengan cake strawberry. Memang best. Ala-ala mak salleh gitu. Sambil minum sambil menikmati suasana nyaman dan sejuk nie.


Jom kita layan gambar-gambar yang terakhir untuk cerita Taman Lavender ini. Ini merupakan tempat yang baru di CAMERON HIGHLAND. Jadi Taman ini menjadi tarikan para pelancong. Selalu asyik duduk dekat ladang teh saja. Kali ini kita lepak pulak dekat TAMAN LAVENDER.













No comments: