Sunday, May 31, 2015

1
Moshi Moshi

Harry Potter and the Sorcerer's Stone

 photo Salam-1.png

Hello Girl and Guy. Korg semua dah lunch???Mesti best kan lunch bersama family, rakan-rakan ataupun dengan boyfriend or girlfriend korg. Ok . Hari nie merupakaan hari ahad. Jadi Azie tak ada apa-apa pun yang special today. Just spend time with family ajer. Tiba-tiba saja tadi tengah decorate buku list Azie dengan washi tape, sticker and etc. Buat list pasal my favourie movies. Terus teringat pasal movie kanak-kanak fantasy "HARRY POTTER AND THE SORCERER SONE". Azie masih ingat lagi semasa Azie mula-mula tengok movies nie, Azie masa dalam form 1. kalau tak silap lah yer. hihihihi. Especially Azie memang suka cerita fantasy or dongeng. Sometime Azie macam terikut-ikut dalam cerita sperti itu. Nama pun fantasy. Mesti ramai juga yang suka berfantasy seperti berada di bulan, mempunyai rumah coklat, berkahwin dengan putera bintang or so on. 

Jadi hari ini, Azie nak share one of my favourite movies. Actually, Daripada Harry Potter satu sampai ke tujuh memang Azie minat. Ada sekali tu tengok balik movies nie daripada satu samapi tujuh. Bayangkan tak lebam mata Azie nak tengok movies nie. Movies nie memang tak boring. Azie suka tengok movies fantasy disebabkan penggunaan CGI dan effect yang mereka letakkan didalam movies tersebut. Disebabkan itu, Azie jadi macam teruja dan berfikir bagaimana dorang meletakkan effect yang begitu sesuai dan tidak mempunyai cacat celanya di dalam sesebuah filem tersebut. Azie selalu compare kan diantara filem International dengan Filem Malaysia dari segi penggunaan CGI, Effect dan juga 3D modelling yang mereka terapkan didalam movies tersebut. 


Poster: HARRY POTTER AND THE SORCERER STONE

Azie memang mengambil bidang dalam Mulltimedia tetapi bukan semua elemen-elemen multimedia Azie boleh guna dan Azie boleh buat. Jadi bila Azie lihat atau tengok sesuatu filem yang menggunakan CGI, 3D and Effect membuatkan Azie rasa teruja dan ingin mempelajari teknik-teknik tersebut. Di Malaysia penggunaan CGI, Effect dan juga 3D yang paling Azie rasa teruja adalah dari Company KRU. Contoh seperti Cicakman dan Magika. Dari segi Effect memang the BOOOMMM la, Cuma perlu diperbaiki lagi untuk menjadi lebih perfect dan membolehkan filem Malaysia menjadi setanding dengan International.

Ok nampaknya macam dah lari dari tajuk nampak. hihihi. Sebelum itu, Azie akan selitkan sinopsis dalam movie ini. Movies ini tak ad apun part-part yang sedih. Semuanya happy saja and funny. Let check out with the starring and sinopsi of this movies..



Video Trailer: HARRY POTTER AND THE SORCERER STONE

GENRE: Fantasy

DATE RELEASE:  4 November 2001 ( LONDON)/ 16 November 2001(UK&US)

STARRING: Daniel Radcliffe, Emma Watson & Rupert Grint

SYNOPSIS: 

Harry Potter and the Sorcerer's Stone is the first film in the Harry Potter series based on the novels by J.K Rowling. It is the tale of Harry Potter, an ordinary 11-year old boy serving as a sort of slave for his aunt and uncle who learns that actually a wizard and has been nvited to attend the Hogwarts School for Witchcraft and Wizardry. Harry is snatched away from his mundane existence by Hagrid, the grounds keeper for Hogwarts, and quickly thrown into a world completely foreign to both him and the viewer. Famous for an incident that happened at his birth, Harry make friends easily at the new school. He soon finds, however, that the wizarding world is far more dangerous for him than he would have imagined, and he quickly learns that not all wizards are one to be trusted. 

DIRECTED: Chris Columbus


Left: Daniel RadCliffe (HARRY POTTER) , Rupert Grint ( RON WEASLY) & Emma Watson (HERMIONE GRANGER)


Masa ini dorg masih dalam teenager lagi. Umur Azie dengan Daniel Radcliffe nie sama tau hihihih. Nak jugak mention dalam blog .

Azie akan bagi 5/5 rating untuk movies ini. Movies ini memang bagus dan terbaik. Tak jemu pun tengok banyak kali sebab cerita ini funny and enjoy. Suka tengok masa dorg main magic-magic tu. Waahhh..kalau lah dalam dunia reality ini wujudnya magic . Rasanya semua manusia tidak perlu bekerja. Just wish apa saja yang mereka mahukan. 

Ok lah time for me untuk bersiap-siap keluar dengan family. Nanti ada masa Azie update entry lagi. 
bye2. Annyeong
2
Moshi Moshi

Etude House: Stay Up Foundation

 photo Salam-1.png

Hello semua. Rindu dekat Azie tak. Waahhh,,,sekarang Azie dah semakin rajin update entry. Ok mulai hari ini, Azie akan update dua entry untuk satu hari. Kenapa dua entry??Before this, Azie banyak entry yang azie tertinggal. Banyak benda yang Azie nak share dengan korg semua. Azie telah pun menemui minat baru. jadi Azie akan share dengan korg apa yang Azie suka, minat dan sebagainya. Tidak kira la dari segi movies, travel, food, shopping ataupub beauty product. 

Apa entry untuk hari ini???Hari ini, Azie nak share salah satu product kegemaran Azie. Azie start pakai product korea sudah hampir 3 tahun. Jadi sampai sekarang Alhamdulilah, Azie tidak mempunyai sebarang alahan daripada product tersebut. Azie telah pun memakai beberapai BB CREAM dan FOUNDATION daripada product ETUDE HOUSE. Hari ini, Azie nak share salah satu product dari mereka iaitu "STAY UP FOUNDATION". First impression Azie pasal ETUDE HOUSE ialah packaging. ETUDE HOUSE selalu mengeluarkan poduct baru mengikuti 4 musim di Korea dan juga memperbaharui packaging yang baru. Packaging dorg super super adorable and cute. Kalau sapa-sapa  nak buat hadiah hantaran memang Azie syorkan . Di mengunakan tema ala princess and warn soft pink gitu. 

Actually , Azie dah pakai foundation ini dalam 5 month. Alhamdulilah tidak mengalami sebarang alahan. Foundation ini mempunyai SPF 30/PA++ and BEIGE color. Foundation ini mempunyai dalam 5 color iaitu PURE, ROSY,IVORY, BEIGE and SAND. Dari segi pengalaman Azie, foundation nie lain daripada buatan tempatan keran tonar warna foundation nie lain sedikit. Mesti lah korg tahu kan, org-org Korea semuanya putih melepak. Jadi kita kulit org Malaysia nie kena ambil lebih gelap sedikit. Jikalau tak memang korg jadi kulit vampire larhhh.. Muka putih tangan gelap. hihihihihi.

kelebihan yang tercatat pada kotak foundation ini adalah untuk memberikan kulit kita  MOIST UP, SMOOTH,COVER UP and HEALTHY. Setiap kali Azie nak keluar pergi kerja, hangout dengan kawan-kawan ataupun pergi kenduri kendara Azie akan memakai foundation ini dengan mencampurkan "NATURE REPUBLIC ALOE VERA".  Kenapa???Tujuan Azie campur adalah untuk menjadikan makeup kita tahan lama dan tidak berminyak. Bila kita blend pada kulit muka kita, kita akan dapat rasa makeup muka kita tidak terlalu heavy.


Packaging foundation nie memang cute miut gitu. Nak tahu kenapa???Ok, Etude House selalu mengeluarkan size packaging yang kecil sedikit berbanding dengan brand product yang lain. Jadi Ia mudah untuk dibawa kemana-mana. Sebab Azie pernah compare kan size foundation etude house dan foundation maybeline. Memang jauh beza size product tersebut. Tetapi Etude House juga, ada packaging size besar tetapi hanya certain product sahaja.


Dari Segi harga, by the way foundation ini, Azie dapat free because Azie masuk contest Etude House pada bulan January 2015 hari itu. Jadi Azie just estimate harga "STAY UP FOUNDATION" dlm anggaran rm89.90 -RM90 harga dekat Malaysia memang 2 kali ganda mahalnya tetapi kalau beli dekat Korea dalam anggaran 15 000won -17 000 won. Kalau di convert dalam RM52-RM60.


Ini merupakan pengalaman Azie memakai foundation etude house ini. Azie sekadar nak share semua pasal diri Azie kecuali my personal thing. Azie akan share seberapa yang boleh untuk korg semua. Supaya entry ini, dapat membantu korg mengenai Etude House. Sebab Azie memang addicted with Etude House. Hopefully, ianya dapat membantu korg semua. Ok lah, Azie minta diri dulu. Ada rezeki adalah update terbaru dari Azie. Annyeong.







0
Moshi Moshi

DRAMA: Hati Perempuan

 photo Salam-1.png


Hye semua. Apa Khabar?? Hari ini Azie free sedikit. Nak share one of the drama Melayu yang diadaptasikan dari novel iaitu "HATI PEREMPUAN". Sebelum ini, Azie memang kurang minat dengan dram and Movies Melayu. Jadi Azie nak share drama ini didalam entry kali ini. Azie memang minat baca novel tetapi azie kurang menonton drama yang diaddaptasikan dari novel. Sebab apa Azie tak suka??? Kadang-kadang jalan cerita didalam novel berlainan bila diadaptasikan menjadi sebuah drama atau movies. Ada juga kadang-kadang para pelakon pula tidak dapat membawa watak dengan betul atau pebih kurang tidak dapat menguasai jiwa didalam drama tersebut.  Nanti Azie share kekurangan dan juga kelebihan drama ini. Sebelum itu, mari kita review sinopsis dan juga para pelakon yang telah menjayakan drama ini. 



SINOPSIS:

Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis, seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala Tengku Zarif, jejaka kacak dan juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja berselisih faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus. namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebh-lebih lagi apabila ibunya turut menerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam dan Daniel, bekas kekasihnya.

Bakal bersatukah dua jiwa ini. Jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

PELAKON:
Mia Ahmad, Syarul Ridwan, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadmi Adhwa, Aidil Aziz dan ramai lagi.


Kelebihan Drama Hati Perempaun

Azie ada beritahu tadi nak ceritakan apa kelebihan yang terdapa t pada dram Hati perempuan ini. Dari segi moral value, jalan cerita ini banyak mengisahkan seorang suami yang penyabar dengan kerenah dan ragam isterinya. Sentiasa tenang walaupun terdpaat beberap gosip yang boleh meruntuhkan rumah tangga seseorg. Sentiasa bersikap positif. Ini sepatutnya diambil oelh semua kawum Adam kerana sifat-sifat sebegini memang patut dipupuk . Kita tidak boleh menuduh dan sentiasa putus asa dengan sesuatu masalah yang kita hadapi. 

Kekurangan Drama Hati Perempuan

Now, kita continue dengan kekurangan pula. Ini dari sudut mta dan pandangan Azie mengenai drama ini. Apa yang kurang. Ada beberapa perkara kita tidak boleh tonjolkan kepada khalayak ramai. Contoh seperti isteri meninggi dakn suara kepada suami, bergaduh dengan hal yang remeh-temeh. Kalau boleh kita harus kurang kan gejala seperti ini. Ini akan menjadi habit dan akan menjadi ikutan org2 di luar sana. Lagi satu bagi azie watak Yuhanis dalam drama ini kurang menarik minat Azie. tetapi tidak mengapa. boleh diperbaiki lagi. 

Ini merupakan ulasan dan pendapat Azie sepanjang Azie menonton drama ini. Hrmm...Berapa yer nak bagi rating drama ini. Ok lah Azie bagi 4/5 rating. Sebab watak yang di tonjolkan oleh Tengku Zarif memang puas hati.

Azie berhenti sampai disini saja. InshaAllah entry movies and drama yang akan datang nant Azie akan update lagi .

Bye2



0
Moshi Moshi

Cameron HighLand

 photo Salam-1.png

Selamat malam semua. Apa khabar?? Ada yang dah masuk tidur ker??malam ini, Azie nak update satu entry lagi. Lepas ini, boleh Azie join korg melayari mimpi-mimpi yang indah. Azie baru teringat sebelum ini, Azie banyak update pasal CAMERON HIGHLAND mesti ramai yang nak tahu kenapa bila vacation or holiday mesti pergi CAMERON HIGHLAND. Ok actually, arwah atok Azie memang duduk dekat CAMERON HIGHLAND dan bekerja disitu sejak muda  sampai pencen. Jadi disebabkan rumah arwah atok Pak Su yang duduk Azie pun kerap lah spend time dekat sana. Bila rasa duduk dekat KL and Ipoh nie panas. Apa lagi kita pergi ajer CAMERON HIGHLAND. boleh tengok-tengok kehijauan alam semulajadi. SIhat sikit mata. kalau tak asyik dengan traffic jam all day. dah naik bosan dah.


Ramai yang tanya Azie. Apa tempat yang menarik dekat CAMERON HIGHLAND. Jawapan Azie senang saja. Tak ada apa-apa pun yang menarik. Kenapa Azie beritahu seperti itu???Sebab Azie dah biasa dengan tempat ini, dari kecil sampai sekarang Azie masih berulang-alik pergi ke CAMERON HIGHLAND. Tetapi walaupun dah biasa Azie tak pernah jemu pun. Hari ini, Azie akan share semua tempat-tempat yang menarik dan terdapat di CAMERON HIGHLAND.



Tempat yang pertama ialah "TAMAN LAVENDER". Taman ini baru sahaja dibuka. Azie pun baru dapat tahu pasal taman ini. Untuk memasuki taman ini korg semua perlu membayar dengan harga RM5 untuk org dewasa manakala RM2 untuk kanak-kanak. Kalau nak diikutkan sebelum ini tak kena bayar pun. Masuk FREE ajer. Biasa lah perniaga nak kait untung kan. Jadi sekarang masuk kena bayar. Dekat taman ini memang cantik sangat-sangat terdapat pelbagai keunikkan. Kalau diikutkan rasa macam duduk dalam taman bunga. Kalau siapa-siapa yang minat tengok cerita hindustan ker mesti korg terbayang-bayang berada di sebuah taman dengan buah hati kesayangan jantung korg.. Wahhh bermadah gitu.

Ini Azie belanja korg gambar-gambar Azie semasa berasa di CAMERON HIGHLAND. ini gambar-gambar Azie dengan family semasa kami berada di Taman Lavender.






Ini adalah beberapa keping gambar yang terdapat pada Taman Lavender ini. Korg juga boleh membeli souvenier dekat sini. Ada juga, doll lavender couple bermacam-macam size. Sekarang ada juga Doll yang ada musik . Ada juga pewangi kereta, keychain dan lain-lain lagi

Azie akan belanja lagi beberapa keping gambar untuk tatapan korg semua. Hopefully gambar-gambar ini boleh menarik minat korg untuk bercuti di  CAMERON HIGHLAND.


Perasan tak gambar dekat atas ini, Belakang gambar tu ada warna purple. Ok itu lah dia bunga Lavender. Cantik bukan. Memang rasa heaven la duduk dekat sini. Berangan kejap seperti tengah menari-nari di dalam taman bunga nie.


Selain itu, terdapat juga bunga-bunga yang lain seperti bunga matahari, rose, dan sebagainya. Terdapat juga kinci air. Nampak tak dekat gambar tu. cantik bukan.



Gambar-gambar kami ketika berada di Taman Lavender nie. Memang kami tak lepas peluang. Dah lahh masuk kena bayarkan jadi memang spend time dekat dalamnie ajer ambil masa dalm dua jam lebih kalau tak silap Azie. Padahal taman nie tak adalah besaqq mana pun. Kecil ajer.

 




Selain bunga-bunga terdapat juga ladang strawberry yang terdapat didalam taman ini. Korg boleh petik sendiri tau. tak payah nak pilih-pilih. Kalau petik sendiri lagi best sebab korg boleh pilih buah strawberry yang besar-besar. Kalau beli yang dah siap packing memang korang akan dapat yang kecil. Kalau yang besar pun boleh dikira ajer. Tetapi kena tunggu la musim buah strawberry sebab bukan sentiasa dapa yang besar.



Masa kiteorg sampai tu, buah strawberry tak berapa nak elok sangat. Lagipun tengok lah masih warna hijau lagi. Jadi kami memang tak jadi lah nak petik sendiri. hihihihi.




 Dalam taman ini juga ada disediakan cafe ataupun coffe house untuk korg menikmati suasan taman. sambil minum teh strawberry dengan cake strawberry. Memang best. Ala-ala mak salleh gitu. Sambil minum sambil menikmati suasana nyaman dan sejuk nie.


Jom kita layan gambar-gambar yang terakhir untuk cerita Taman Lavender ini. Ini merupakan tempat yang baru di CAMERON HIGHLAND. Jadi Taman ini menjadi tarikan para pelancong. Selalu asyik duduk dekat ladang teh saja. Kali ini kita lepak pulak dekat TAMAN LAVENDER.













Saturday, May 30, 2015

0
Moshi Moshi

KOREAN DRAMA: My girlfriend is a Nine-Tailed Fox

 photo Salam-1.png



Hello guy and girl. Apa khabar?? Alhamdulilah, Azie sentiasa sihat walafiat. Kalau tak sihat macam mna nak update entry terbaru betul tak???hehehe. Semasa Azie dekat Korea macam-macam drama dan movies korean Azie layan. Maklum la, buka saja TV semua drama Korean. Buat Azie semakin giler. Tak tahu nak tengok yang mana satu. Satu kelebihan yang terdapat di Korea adalah LINE INTERNET mereka memang laju giler-giler. Satu hari Azie boleh dwonload dalam 10 Episode Drama Korean. Itu merupakan kelebihan yang terdapat di Korea. Seronok betul download drama and movie yang ketinggalan dan tak sempat nak tengok. 



Hari ini, Azie nak share satu drama korea. Drama korea ini, Azie dah tengok tiga kali. Memang best, happy sad and funny. Lagipun pelakon dalam drama ini memang secocok sangat-sangat. Comel dan handsome. Siapa tak kenal dengan Heroin Shin Min Ah dan Hero Lee Seung Gi. Walaupun ada watak jahat yang membuat kan Azie semakin geram. rasa nak bunuh ajer penjahat tu. Tapi last episode memang happy ending and so romantic lover. 






Video Trailer : My Girlfriend is a GUMIHO ( Nine-Tailed Fox)



GENRE: Romance/ Comedy/ Fantasy
RELEASE DATE: 11 August 2010 - 30 September 2010
STARRING: Lee Seung GIl, Shin Min-ah,No Min-Woo, Park Soo-Jin, Sung Dong-il, Yoon Yoo-Sun, Byun Hee-Bong, Park Hyomin and etc.

SYNOPSIS:

Cha Dae-Woong is a normal college student, with ambitions of becoming an action star. Until, one day, he accidentally releases a gumiho, a legendary fox with nine tails who was sealed inside a painting by Samshin Grandmother. Fleeing the scene, Dae-woong suffers a life-threatening fall and is only saved by the gumiho giving him her "fox bread". When Dae- Woong awakes and meets a mysterious pretty girl, he initially treats her as eccentric or mentally ill, before finally understanding that she is a gumiho in a human form. According to myth, gumiho eat men livers, so Dae Woong is scared out of his wits and the gumiho takes advantage of his fear by sticking by his side. He names her " Mi-Ho" and keeps her happy by buying her beef and hiding her true identity. Mi-Ho wants nothing more than to become human, so they strike a deal: she'll lend him her mystical fox bead so that with increased speed and strength, he"ll be able to do difficult stunts, and in exchange he'll help her become human. As time passes, they get to know each other better and Dae Woong is charmed by how Mi-Ho looks at the world with childlike wonder.

Enter Park Dong-Joo, a half - human, half-supernatural being, whose cover identity is as a working veterinarian. Dong-Joo tells Mi-Ho that she'll be able to turn human if she follow this instruction. She must drink a human's blood then place her fox bead inside a human body for 100 days. Once she does this, her supernatural self will start to die, gradually. Her Gumiho energy willslowly empty away while her bead will live in the human for 100 days and take in his energy. And when she reclaims her bead, she will become human. Mi-Ho happily complies and Dae-Woong accepts her bead. 

However, Dong -Joo deliberately with held the information that this process will result in human's death. Mi-Ho and Dae-Woong thus fall in love without knowing consequences of fulling her goal in 100 days, Dae-Woong will die if Mi-Ho become fully human , but Mi-Ho will die if the bead isn't returned.

DIRECTED BY: Boo Sung Chul


Ini merupakan sinopsis mengenai drama gumiho. Azie memang syorkan korang semua tengok drama ini terutama kepada yang betul-betul minat pasal Korea.  Azie akan bagi 5/5 rating untuk drama ini. Serius Azie beritahu memang best. Sebab bagi Azie cerita korean ini tidak membosankan.

Ok lah. Sampai disini saja entry untuk kali ini, Insha Allah nanti Azie akan update lagi. 
 Annyeong Higaseyo




0
Moshi Moshi

Movies: Avenger- Age Of Ultron

 photo Salam-1.png

Hello. Selamat petangsemua. Korang semua tengah buat apa tu?Azie baru saja lepas dinner. Azie akan cuba sedaya upadaya untuk habiskan semua movies, drama,reality show and so on didalam entry yang akan datang. Malam ini, Azie nak curi masa sikit dengan entry terbaru. Mesti ramai yang dah tengok movies "AVENGER: AGE OF ULTRON". Jadi malam ini, Azie nak buat review sedikit mengenai movies ini. 

Selepas Azie habis kerja, Mr. Muchuk mengajak Azie untuk keluar makan. Sambil itu, Azie pun beri cadangan nak menonton wayang. Masa ini, kami memilih AEON 18 Ipoh, Azie memang suka tengok movies Avenger nie. Cuma Mr. Muchuk saja yang tidak berapa suka nak tengok tapi disebabkan Azie yang ajak, tiket pun dah beli, Mr . Muchuk tak boleh lah nak menolak. Kami menonton wayang pada 11 May 2015.

Azie tak nak comment banyak-banyak , Jadi Azie selitkan jalan cerita didalam movies ini. Movies nie lebih kurang untuk mencari pelapis yang baru dan di latih untuk menjadi Avenger yang kuat dan boleh membantu orang lain. Bagi Azie movies nie ok dan adalah unsur-unsur funny gitu. Azie nak bagi dalam 4.5/5 Star dalam movies ini.



Video trailer Avengers: Age of Ultron


GENRE: Action/ Adventure/Fantasy

RUNNING TIME: 145 Minutes

RELEASE DATE: 23 April 2015

STARRING: Robert Downey Jr, Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson, James Spader, Elizabeth Olsen, Aaron Taylor-Johnson.

SYNOPSIS: The Avengers reassemble to battle a sentient robot who has become one of humankind's biggest threats since breaking free from its creator, Dr. Hank Pym. the film is the eleventh instalment in the Marvel Cinematic Universe.


DIRECTED BY: Joss Whedon

DISTRIBUTOR : Walt Disney Pictures.

Ini azie ada selitkan mengenai movies ini. Pendapat Azie movies ini memang best terutama sekali dalam pengguna CGI dan effect yang telah digunakan didalam movies ini. Jalan cerita movies ini tidak membosankan. Jadi memang Azie syorkan korang semua tengok movies ini. Sorry if Azie lambat sikit update pasal movie nie. Mesti ramai yang dah tengok. Tapi Azie tetap nak share jugak. By the way. Annyeong..




0
Moshi Moshi

Movies: Fast and Furious 7

 photo Salam-1.png



Hye semua. Apa khabar?? Happy Weekend Day. Apa yang korang buat pada hujung minggu nie. Mesti ramai yang dah plan dengan member2, family dan tak lupa juga yang berdating. hihihihi. Azie??? Hujung minggu nie, Azie tak ada keluar pergi mana-mana. Just spend time dengan family saja dan mengemas segala sawang-sawang yang terdapat dalam blog Azie. Yer la, Bila weekday memang Azie tak ada masa sangat untuk update entry baru. Mungkin entry kali ini sudah ketinggalan zaman hihihi. 


Actually, pada 25 April 2015 Mr. Muchuk ajak Azie pergi tengok wayang. Biasa la nama pun lelaki kan memang minat lah cerita bab-bab kereta ini. Azie kebetulan masa itu, Azie tak ada plan apa-apa. jadi On saja lah . Kami pun tengok movies FAST and FURIOUS 7 nie dekat Ipoh Parade. Waahhh... Ipoh Parade dah buat wayang baru. So cantik and Elegent gitu. 

Sebelum tu, Mr. Muchuk dengan Azie beli lah tiket dekat kaunter. Pekerja kaunter tu terus minta Azie IC. Mula-mula memang pelik kenapa minta IC dekat Azie tapi pada Mr.Muchuk tak mnta pulak. Sekali pekerja tu tak percaya pasal umur Azie. Memang terasa sangat-sangat . Azie nie macam budak sekolah ker???Mr Muchuk siap perli lagi. ( Itu lah sapa suruh kecik sangat). huhuhuhu....sedey Azie rasa.







Video Trailer Fast and Furious 7



GENRE: Action/ Thriller/ Crime

RUNNING TIME: 140 Minutes

RELEASE DATE: 2 April 2015

CONSUMER ADVICE: For 18+ with elements for mature audiences ( Violence, horror, sex, politics, religion, counter-culture)

STARRING: Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Michelle Rodrigues, Jprdana Brewster, tyrese Gibson, Chris Bridges, Jason Statham.

SYNOPSIS: Picking up after the events of " Fast and Furious 6", this seventh and final nstalment of " Fast and Furious" franchise sees Owen Shaw's brother lan Shaw up against Dominic Toretto and his crew after they helped take down Owen, who now wants revenge. However, there is more in play than jus Lan Shaws's vengeance, and Dominic Toretto and his crew are about to find out what is coming.

DIRECTED BY: James Wan

DISTRIBUTOR : United International Picture.

Azie tak nak cakap banyak. Apa-apa pun sapa yang pernah tengok movies nie boleh bagi feedback dekat Azie. Kalau Azie memang movies nie best. Azie memang suka dan lagi satu tak bosan bila tengok. Cuma nak kena ALERT kanak-kanak bawah 18 tahun tak boleh nak tengok movies ini. Takut ada yang jadi culture shot pulak. 

Paling sedey bila tengok movies adalah part last tu. Memang sedey. Movies ini mengingatkan kepada semua perlakon yang menjayakan movies ini di atas pemergian PAUL WALKER. 

Azie tak nak taip panjang-panjang. Ini pun Azie rasa dah panjang. Selamat membaca. Bye2.