Sunday, December 7, 2014

0
Moshi Moshi

Part 9: Raya Haji Seoul


 photo Salam-1.png

Hye Sunday. Cuti-cuti macam ini, mesti seronok kan. Ada yang erehat dirumah, ada yang pergi shopping, ada yang pergi dating, dan ada yang spend time dengan anak-anak. Hrmm..Azie pula, hanya spend time dengan kerja dan study. Hari ini, Azie nak share dengan korang pengalaman Azie pertama kali beraya di negara orang. Ini merupakan kali pertama Azie beraya seorang diri. Seorang diri???Oh Noo...Azie . I'm alone.

 Kami baru nak gerak pergi ITAEWON

Pada tahun 2014, kali pertama Azie berjauhan dengan familay walaupun hanya empat bulan. Sambutan hari raya korban disini lebih kurang sama dengan Malaysia. Azie pagi-pagi lagi pergi Masjid dekat Itaewon untuk sembahyang raya. Kami semua berpakaian baju kurung, jubah dan bagi lelaki baju melayu.  Semasa kami berada didalam subway, ramai yang melihat cara pemakaian kami.Pada mulanya Azie rasa pelik. Tengok berkali-kali dekat pakaian Azie. Sampai boleh fikir baju Azie nie koyak ker??Terbalik ker?? Lepas itu, baru Azie perasan. Azie berada di negara orang jadi pemakaian yangAzie pakai nampak pelik lah bila orang luar tengok.

 Muka kami di pagi raya.

Kami sampai di Masjid Itaewon dalam pukul 8.30 pagi. Masuk saja dekat masjid tersebut....Masya Allah, Ramainya orang. Serius Azie beritahu, penuh masjid tu. Sampai ada yang sembahyang dekat luar, tepi-tepi tangga lagi. Memang meriah. Bukan meriah sebab ada kambing, lembu ataupun unta tapi masjid tu dipenuhi dengan orang-orang yang beragama islam tetapi datang dari pelbagai negara. Ada yang datang dari America, Vietnam, England, dan lain-lain. Memang meriah. 

 Kami didalam Masjid sebelum dan selesai sembahyang raya bergambar bersama foreigner student
 Azie, Min & Atin

Ini gambar kami semasa menunggu untuk menunaikan semnahyang raya. Ramai foreigner yang beragama islam. Cuma disini dengan Malaysia ada juga perbezaannya. Kalau dekat Malaysia bila nak masuk Masjid kena menutupi aurat tapi masjid di sini macam tak kisah saja. Ramai yang tidak menutupi aurat dengan sempurna. Ada juga cara solat mereka yang berbeza. Ada yang boleh menampakkan kaki, ada yang boleh bertukar-tukar tempat apabila sedang sembahyang, ada yang solat berlengan pendek dan macam-macam lagi. Masjis ini pula, mereka anggap seperti hotel pula, boleh masuk sesuka hati. Kalau di Malaysia dekat Masjid negara foreigner hanya boleh masuk setakat kawasan masjid tapi mereka tak boleh masuk di tempat solat. Hrmm...bermacam-macam ragam yang ada. Tapi mereka semuanya baik. Majoriti ramai orang-orang arab dan pakistan. Mereka memberi manisan kepada kami semua sebagai hadiah ataupun sedekah. Ada orang arab yang memasang kemenyan kot....Azie tak pasti. Bila bau tak ada rupa kemenyan pun tapi bau asap tu boleh dapat migrain dibuatnya. 


Walaupun sedih tapi kami gembira dapat beraya bersama negara lain

Kami bergambar selepas menunaikan solat raya. Walaupun berjauhan dengan family tapi terasa mereka ini adalah family kedua Azie. Pertama kali kami berjumpa semasa meeting GMP. Kami dapat menempuhi segala liku-liku kehidupan kami disini.


Berada di luar Masjid. Allahu Akbar sungguh indah rumah Allah Swt

Apabila keluar sahaja dari masjid. Ramainya orang sedang bergambar didepan rumah ALLAH SWT. Ada juga pelancong dari Malaysia yang pertama kali beraya di Korea. Mula-mula Azie ingat tak tamai orang Malaysia yang datang dekat sini tetapi dekat Itaewon paling ramai orang-orang Malaysia. Semuanya baik-baik belaka. Ada yang student dan bekerja disini. Mereka galang ganti ibu bapa kami. 

 Kami selepas sembahyang raya. Jom bergambar.

Sebelum nak pergi makan. Kami pose dulu depan Masjid Itaewon. Nak bagi dekat family di MAlaysia. Lupa nak beritahu, kami disini beraya awal sehari dari Malaysia kerana kami ikut kedutaan ARAB. Walaupun sedih tapi kawan-kawan sebagai pengubat rindu kami. Telatah mereka yang buat kami Happy sampai sekarang.

Kaum-kaum Adam

Tengok kaum-kaum Adam ini, masing-masing tunjuk MACHO. Hehehehe. Nak bajey ajer. Biasa lelaki memang tak akn tunjuk kesedihan dan kesunyian mereka bila berjauhan dengan Family. Kalau perempuan dah lama hujan dah bila dengar takbir raya.  

 Berada di SAVARO menunggu santapan makan

Selepas selesai sembahyang raya, Kami menuju ke restoran SAVARO. Restoran ini menyediakan masakan Malaysia ataupun masakan Melayu. huhuhu...Tapi harganya memang mahal sikit. Alhamdulilah sedap dan kenyang. Masing-masing order Nasi Lemak, Nasi ayam kicap, nasi ayam masak merah, nasi ayam goreng berempah, mee goreng mamak, pengat pisang, dan kami juga dapat roti canai dengan kari ayam. Waahhh...memang sedap dan lagi satu yang paling azie suka walaupun mahal tap kuantitinya memang banyak sampai tak habis nk makan. 

Hari ini, sampai disini saja entry Azie. Sebenarnya banyak lagi yang kami buat bersama dalam masa satu hari tu. Hari ini Azie nak cerita sedikit sahaja. Pasal Raya. Insha Allah nanti Azie akan update lagi. Hopefully korang enjoy!!Kepada sesiapa yang tak suka dengan Azie atau blog Azie. Seperti biasa azie beritahu sebelum ini. Jangan Baca dan Jangan buka blog Azie. Hehehe.

~ Annyong~
Wasalam

No comments: