Saturday, December 6, 2014

0
Moshi Moshi

Part 8: Busan II


 photo Salam-1.png

Hye kawan-kawan. Pagi ini, Azie nak sambung balik cerita kita yang tersadai di tengah jalan. Hihihi. Pagi ini, Azie nak sambung balik hari terakhir kami di Busan . Pagi ini cerita Busan II. Disebabkan mata Azie tak boleh nak lelap. Jadi Azie ambil keputusan untuk menyambung moment Azie bersama dengan rakan-rakan di SMU semasa kami berada di Busan. Mungkin Entry kali ini pendek saja. Pada hari terakhir kami di Busan tidak mempunyai banyak tempat yang dikunjungi. Hanya dua destinasi yang kami pergi iaitu  TEMPLE dan GAMECHEON CULTURAL VILLAGE sahaja. 

Kami bangun pagi untuk menunaikan solat subuh. Sebelum itu, kami semua membersihkan diri terlebih dahulu. Pagi-pagi memang liat sungguh nak bangun. Tapi disebabkan Azie tidak mahu lepaskan peluang ini, Azie paksa juga diri ini bangun walaupun badan-badan masih sengal-sengal lagi. Selepas ini, Azie tak tahu sama ada dapat datang sini lagi ataupun tidak. Kami checkout dari guesthouse dalam pukul 9.00 pagi  selepas kami breakfast di guesthouse tersebut. Seperti biasa kami meninggalkan beg kami di guesthouse supaya senang untuk kami travel nanti. 

Pada awal pagi itu, kami bergerak pergi ke "GAMECHEON CULTURAL VILLAGE" perjalanan kami ke village tersebut mengambil masa 10 minit dengan menaiki bas. Kenapa kami tak berjalan kaki???Huhhuhuhu. Kalau korang bagi Azie sejuta sekali pun Azie tak sanggup nak jalan kaki. Kampung tu betul-betul atas bukit. Bukitnya jangan kata lah. Tinggi sangat-sangat. Jadi kami mengambil keputusan untuk menaiki bas. Sepanjang perjalanan kami menuju ke village tersebut, kawasan village tu sungguh cantik yang unit. Pelabagai warna rumah yang terdapat dikawasan kampung tersebut. 
 Pasu pun pandai pakai seluar. Ini kan pula manusia hehehe

Setelah kami sampai di village itu, kami membeli Kimbap sebagai alas perut. kawasan kampung tu sungguh kreatif dan unik. Terdapat board jalan yang dilekatkan di dinding berbentuk ikan. Selain itu, pintu masuk kampung tersebut terdapat banyak pokok-pokok bunga yang pasunya dipakai kan dengan seluar jean. 

 
 Bentuk ikan menggunakan board kayu

Ada beberapa rumah disitu, mempunyai patung burung yang bermacam-macam warna tetapi kepala burung tersebut menyerupai kepala manusia.  Tempat itu memang unik dan ramai juga pelancong yang datang di situ. 
Burung berkepala manusia

Setiap dinding yang terdapat di kawasan rumah tersebut mempunyai lukisan seperti Mural Street di Malaysia. Kami pun meneruskan perjalanan kami untuk pergi ke puncak salah satu rumah di kampung tersebut.
  Mural Street

 Setelah kami sampai dipuncak tersebut. Masya Allah, itu lah perkataan yang disebut oleh Azie. Begitu cantik sekali. Kami boleh nampak kawasan laut dan kapal-kapal. Kawasan rumah yang berwarna warnia. Begitu cantik sekali. Susah untuk azie ungkapkan.Korang kena datang sendiri baru korang tahu betapa uniknya kampung ini.

 Pemandangan perumahan "GAMECHEON CULTURE VILLAGE"

 Kami berada di puncak itu, selama sejam kerana kami rasa sayang nak turun. Kalau boleh nak duduk dekat atas tu. Nak menikmati suasana malam pula. hehehe. Kami mengambil gambar bermaca-macam gaya. Ada yang berlakon, ada yang buat-buat candid, dan bermacam lagi. Sekarang Azie akan share beberapa gambar kami. Kalau ada yang terasa "ANNOYING" jangan lah tengok yer. Azie tak suruh pun korang tengok. Kalau rasa nak tengok. Tengok lah yer. 

 Azie dengan Fara dekat depan pintu masuk "GAMECHEON CULTURE VILLAGE"

Ini ikan yagn azie beritahu sebelum ini, Bentuk ikan ini dibuat menggunakan kayu board yang pelbagai warna dan bentuk.

 
  Eira, Muna, Azie, Yan, Atin, Awin, Ekin dan Nabila

Inilah kami, Alhamdulilah, dapat juga kami berjalan bersama. Supaya silatulrahim antara kami tidak akan terputus.

Dari kiri: Farah, Ekin, Nabila, Fatin, Azie, Umi, Yan, EIra,Awin & Muna

Selepas itu, kami buat-buat berlakon pulak. Kalau ikutkan bukan berlakon pun. Kami buat-buat bercakap untuk hiburkan hati. Kami pun bersembang bermacam-macam mengenai Busan 
Apabila kami sudah mula berjumpa, apabila kami sudah mula mengenali. Ini lah kami. Hehehe. Baru kenal dalam tiga bulan. Kami dah boleh terima antara satu sama lain kecuali nabila, baru kenal 2 hari. hehehe.

Sudah penat bergambar, perut pun mula bernyanyi. Maklum lah breakfast pagi hanya makan roti dengan telur saja. Kami pun berbincang nak makan dekat mana. Akhir sekali kami decide nak makan dekat tempat semalam iaitu "JAGALCHI MARKET". Kami pun menaiki bas pergi ke "JAGALCHI MARKET". Kali ini kami order Lobster, Sotong, Ikan dan Tiram. Terdapat juga side dish seperti Kimchi, Kentang rebus, Jagung rebus, Coeslaw. Hehehe

Waahhh..inilah yang kami order. Fresh tau tak.

  Kami menunggu makanan kami siap dimasak. Soo Excitedddd


Hahahaa..Tengok Muna. Awin tengah cakap . Muna kusyuk sungguh makan Hehehe. Muna So Cute

Lebih kurang 25 minit . Makanan kami pun sampai. Bila semua ada didepan mata memang masing-masing tak sabar. Sampai terlupa nak baca doa makan. Hehehehe. Mesti korang tertanya. Mana sotong. Hahahaha. Sebelum Lobster, Ikan dan Oyster ini sampai kami dah makan sotong dulu. Lepas tu baru teringat tak ambil gambar lagi hehehehe. Seperti yang Azie beritahu sebelum ini, Korang kena pandai pilih kedai dan pandai minta discount. Kalau tak memang korang dapat harga yang mahal.

Lobster, Oyster dan Ikan

Waaahhh...Alhamdulilah. Sesudah makan kami perlu mencari tempat untuk solat pulak. Dekat sini korang boleh solat dekat mana-mana pun asalkan jangan ganggu atau halang laluan orang lain sudah lah yer. Akhir sekali kami menuju ke destinasi yang terakhir iaitu "TEMPLE". Mengikut apa yang Azie baca Temple ini mempunyai beberapa dewa dan dewi. Ada dewa dewi jahat dan baik. Mereka ini dianggap seperti Tuhan mereka. Jom kita tengok ada apa dekat temple tu. Hehehe
 
 Pemandangan kawasan Temple. Kalau diperhatikan betul-betul terdapat bentuk kepala naga.

 Sebelah kanan ini merupakan zodiak calendar china. Kalau tak silap Azie ada 12 zodiak.  Disebabkan Azie dilahirkan pada tahun Ular. Inilah kot zodiak nyer.

 Kami pula yang jadi puteri-puteri laut hehehehe.

Masa kami pergi temple ini. Masya Allah ramainya orang. Tak tahu datang dari mana. Sesak nafas tahu tak. bermacam-macam bau ada dan bermacam-macam orang ada. Ada yang sampai mabuk-mabuk pun ada.  
 Kami masa ini nak gerak balik dah. Nak balik guesthouse. Nak ambil barang-barang

Selepas itu, kami menaiki bas untuk pulang ke guesthouse. Tiket ITX kami dari Haeundae station Ke Jecheon Station pada pukul 11.30 malam. Sebelum itu, kami jalan-jalan dekat tepi pantai tapi Azie tak pergi sebab dah tak larat. Kaki ini rasa nak tercabut dah. huhuhu. Kami makan makanan korea untuk makan malam. Lebih kurang pukul 10.00 malam kami menaiki bas menuju ke Haeundae Station. 

Sepanjang vacation kami, banyak pengajaran yang Azie dapat. Setiap perjalanan kami di selitkan dengan tazkirah dan hadis-hadis nabi yang disampaikan oleh mereka. Bila difikirkan balik, selama ini Azie berjalan, Azie tidak pernah fikir seperti mereka. Sepanjang itu juga, banyak ilmu yang Azie dapat. Ada satu ini, memang kelakar. Hehehe. Azie tidak mahu mention nama. Jadi Azie cerita kan saja. Salah seorang daripada kawan Azie boleh pula tertinggal beg dalam bas. Masa itu, kami otw nak balik jecheon station. Nasib baik  pekerja ITX tu tolong kami. Kalau tak beg kawan Azie tu tak jumpa la. Boleh pulak lah, dia buat lawak, nak naik teksi suruh kejar bas tu. hahahaha. It was funny moment. hehehe..

Sampai disini saja yang dapat Azie update kan. Insha Allah seperti yang Azie janjikan. Azie akan update lagi. Mungkin esok ataupun bila Azie ada masa. Hoepfully korang enjoy baca entry Azie kali ini. Selamat membaca!!!
 ~ Annyong~
wasalam







No comments: