Saturday, December 6, 2014

0
Moshi Moshi

Part 7: Busan I

 photo Salam-1.png 

Hye. Apa khabr? Hari ini Azie nak tunaikan janji azie. Apa yang Azie janji???Ok malam ini , Azie nak share pengalaman Azie semasa kami semua pergi ke "BUSAN". Pergembaraan kami ini, mengikut bajet kami semua. Sebelum kami pergi ke Busan, Kami memang dah buat plan dan bajet terlebih dahulu. Sebelum Azie cerita panjang lebar. Azie nak berterima Kasih kepada Exchange Student Ace yang banyak membantu kami semasa kami berada disini. Thank A lot. 

Vacation pergi ke Busan ini , selama 2 hari sahaja. Bajet yang telah kami kira dalam 100,000 won . Jika convert kepada RM dalam RM 300. kami bertolak dari Jecheon Station pada pukul 11.00 malam hari jumaat dan kami sampai di Haeunda Station pada pukul 4.00 pagi. huhuhu..Memang sakit badan la. Perjalanan kami ini, mengambil masa selama 5 jam. Kami menaiki keretapai ITX ajer. Itu ajer yang murah pun.  Tambang naik ITX dalm 23,000 won. Kalau tak nak naik ITX korang boleh ajer nak naik KTX. KTX merupakan keratapi yang paling laju tapi harganya pun dua kali ganda lah daripada harga ITX. Harga ITX dengan bas lebih kurang sama sahaja. 

Muka kami semasa menunggu ITX

 Kami semasa berada di dalam ITX

Malam itu, kami memang sepnd time dalam ITX. Memang tidur saja sepanjang perjalanan kami dari jecheon ke Haeundae.  Setelah sampai di Haeundae stesen kami mula membersihkan diri untuk solat Subuh. Seperti biasa, kami solat subuh dekat tepi Haeundae station. Maklum la, Korea ini bukan ada surau atau pun bilik solat. Jadi kami pun solat lah dekat tepi-tepi Haeundae station tu. Lupa pulak, kami pergi Busan dalam 10 orang sahaja. Semuanya perempuan. Jangan ingat perempuan tak boleh nak travel sendiri. Tanpa seorang lelaki pun kami boleh lagi berdikari. Insha Allah.  

  Kami semasa berada di JECHEON STATION

Selepas selesai solat, kami menunggu bas  untuk membawa kami ke Haeundae beach  kerana guesthouse yang kami booking tu memang dekat dengan pantai. Lebih kurang dalam 5 minit saja berjalan kaki dari guesthouse tersebut. Kami pun berjalan kaki menuju ke Haeunda Beach sebab kami dah tak sabar nak tengok matahari terbit. Kami sampai sahaja di pantai tersebut, ramai orang yang duduk di tepi-tepi pantai tersebut. Ada yang berjogging, ada yang membawa binatang peliharaan, ada yang berdating, dan macam-macam lagi. kami ingatkan kami sahaja yang excited tengok matahari terbit rupanya penduduk Busan pun lagi excited menunggu matahari terbit. 

 Kami semasa berada didalam bus no 08


 Kami mencari guesthoue tapi jumpa Haeundae Beach pulak hehehe

Masya Allah, cantik sungguh ciptaan Allah SWT. Memang cantik suasana pantai tersebut dengan kehadiran matahari yang mula terbit sedikit demi sedikit. Laut dekat Busan tu memang cantik, berwarna biru dan airnya pun bersih. Kami menghabiskan masa dekat tepi pantai dalam 30 minit untuk melihat sendiri kehadiran matahari pagi. Biasa la waktu-waktu pagi, banyak kapal-kapal kecil memulakan perjalanan mereka untuk mencari rezeki di lautan. 

  Kami menunggu "SUNRISE" comingout

Selepas itu, kami teruskan perjalanan kami untuk mencari guesthouse tersebut. Akhirnya, kami pun sampai di guesthouse tetapi disebabkan waktu terlalu awal. Jadi kami tinggalkan beg kami di guesthouse tersebut. Kami pun memulakan perjalanan kami untuk pergi tempat-tempat yang telah kami senaraikan sebelum datang ke Busan. Kami menggunakan subway dengan membeli tiket satu hari berharga 4500 won. Bagi Azie harga subway untuk satu hari lagi murah daripada beli tiket untuk  dua tiga station. Hehehehe...  Selepas naik subway, kami menaiki bus pulak untuk sampai ke "TAEJONDAE ". Kalau tak silap azie kami naik bus no 110. Perjalanan ini mengambil masa selama 45 minit.
Akibat bus penuh , kami terpaksa berdiri.
Destinasi pertama kami pada pagi itu ialah "TAEJONDAE". "TAEJONDAE " ini merupakan sebuah tempat bersejarah. Banyak sejarah yang terdapat di sini. terdapat rumah api yang paling lama dibina di situ. Kalau tak silap Azie dalam 100 tahun. Terdapat  sebuah patung menyerupai seorang ayah yang sedang mendukung dua orang anaknya. Ianya mengisahkan kasih sayang seorang ayah terhadap anak-anaknya. Selain itu terdapat juga, bukit yang berbatu menyerupai ikan duyung. Mengikut apa yang Azie baca, tempat itu dulu dipenuhi banyak ikan-ikan duyung yang cantik-cantik duduk di kawasan tersebut. Cuma satu saja Azie nak beritahu, "TAEJONDAE " ini tempatnya memang berbukit-bukit. Kalau nak jalan kaki boleh tapi kaki tu kena la screw ketat-ketat. Kalau ada yang malas sangat nak jalan macam kiteorang, korang boleh naik tram keretapi yang telah disediakan dengan bayaran sebanyak 2000 won. Setiap tempat yang azie mention kan ini semuanya jauh-jauh. Setiap tempat ada station perhentian untuk Tram ini. Jadi tak ada masalah untuk korang turun dan naik Tram tu balik. 

 Kami berada di pintu masuk "TAEJONDAE " 

Ini ada lah tiket Tram dan Tram shuttle

 Ini lah kasih sayang seorang bapa kepada anaknya

 Suasana "TAEJONDAE " dari atas bukit.

 
Kami post sebentar sebelum next destination hehehehe.

 Selepas itu, kami meneruskan perjalan kami ke destinasi ke dua pula, iaitu "JAGALCHI MARKET". Ini tempat yang paling azie suka sangat-sangat. Nak tahu kenapa??Makanan seafood fresh punya. Hehehe. Sebelum korang nak pergi makan. Korang kena pandai survey dulu. Nak tahu kenapa??Makanan seafood memang mahal tapi ada sesetengah kedai harga yang ditawarkan tak berbaloi langsung. Jadi korang kena pandai cari dan pandai minta discount. Terutamanya bila dorang tahu kita nie dari negara luar. Kami memilih salah satu kedai yang harganya tak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Kami order " KING CRAB, SEAFOOD STEW, SHRIMP BBQ". Waahhhhh....memang heaven giler kami semua makan. Nampak ajer makanan memang dah tak pandang sapa-sapa dah. Makan pun senyap ajer. Masing-masing menikmati makanan. 

"JAGALCHI" market


 Ini antara hasil lautan yang segar-segar.


 Antara makanan yang azie mention kan tadi. Terliur tengok

 tengok muka masing-masing dah tak sabar nampaknya.

Sesudah selasai makan kami teruskan perjalanan kami untuk pergi ke Busan Tower. Azie tak berapa nak ingat sama ada Azie naik subway or bus. Sebab Azie ikut tour giude tak berbayar ajer. Hehehee. Perjalanan kami mengambil masa 25minit untuk sampai ke Busan Tower.  Sebelum kami pergi ke Busan tower. Kami singgah sebentar di kawasan untuk membeli souvenier tapi berdekatan dengan Busan Tower pun. Biasa lah nama pun GIRL. Jalan kawasan macam tu, mengambil masa lama juga lah . Ada lah sejam kalau tak silap Azie. Hehehe. Kawasan membeli belah ini, lebih kurang macam dekat Myeondong dengan Insadong ajer.


 Kawasan membeli souvenier
Kami meneruskan perjalan untuk menuju ke Busan Tower. uuuhhh penat jugak lah. berjalan kaki sebab nama pun Busan Tower memang duduk atas bukit la. 

 Busan Tower

 Masa ini, kami tengah nak mendaki untuk pergi ke Busan Tower.
 
 Kawasan Busan Tower


  Selepas itu, kami pergi ke Masjid Busan. Sebelum itu nak beritahu dekat Korea ini ada 2 sahaja masjid yang ada iaitu di ITAEWON dengan BUSAN sahaja. Kami ingin melihat masjid di Busan. Kami ingin solat di masjid tersebut. Jadi selepas kami pergi ke Busan Tower, kami meneruskan perjalanan kami ke Masjid Busan. Sebelum itu, kami ingin mengisi perut terlebih dahulu. Kami ada dengar daripada rakan-rakan yang lain. Ada sebuah gerai CREPE NUTELLA dekat kawasan Busan Tower ini. Jadi kami pun mencari lah gerai tersebut. Korang kena pandai cari sebab gerai dia tersorok sedikit.


Gerai CREPE NUTELLA
Selepas itu, kami meneruskan perjalan untuk pergi ke Masjid Busan. Masjid Busan ini mengambil masa dalam 15 minit dari Busan Tower. kami menaik subway seperti biasa. 

 Masjid Busan

Masa ini, kami semua belum solat lagi. Masih menunggu waktu Maghrib. Jadi kami bergambar dulu dihadapan masjid untuk buat kenangan kami semasa berada di Korea. Selepas kami menunaikan solat maghrib ,kami pun pulang ke guesthouse untuk check in bilik dan kami keluar balik untuk mengisi perut kami yang dah berkeroncong diminta untuk diisi. Kami makan makanan korea malam itu. Selesai makan, kami pergi makan dessert pula. Wahhh masa ini memang heaven makan saja kerjanya. Kami makan dessert dekat pak bingsu. 

Pak Bingsu  
 Kami berada di Pak Bingsu sambil main game. hehehe

Selepas itu, kami pun pulang ke guesthouse untuk bersihkan diri. Maklum la, satu hari kami menjelajah Busan ini. Walaupun penat tapi kami happy kerana banyak tempat yang kami pergi dan banyak pengalaman yang kami dapat daripada short travel kami disini. Selesai bersih kan badan masing-masing tidur untuk merehatkan diri secukupnya kerana esok ada lagi tempat-tempat yang kami perlu pergi lagi.

Azie  kena berhenti sampai disini dulu. Nanti atau esok Azie akan sambung balik BUSAN part 2 untuk hari terakhir kami di Busan. Harap korang semua bersabar yer. Sebelum itu, Azie nak minta maaf jika Azie ada tersalah information pasal Busan ini. Azie pun follow mereka saja. Azie tak pandai pun jalan-jalan dekat sini. Hopefully, korang enjoy dengan entry kali ini.  Insha Allah, nanti azie akan update " Busan Part II" dengan " Raya Haji Perantauan". Mesti korang pelik kan. Seperti yang Azie dah mention sebelum ini, Azie ada Skip dua entry untuk update entry pasal Winter. Dalam minggu ini, Azie akan update ke semuanya. Selamat membaca. 


~ Annyong~
Wasalam




No comments: