Saturday, December 6, 2014

0
Moshi Moshi

Part 6: Goodbye Autumn , Welcome WInter

 photo Salam-1.png

Hye. Apa Khabar?? Sebelum Azie bercerita panjang . Azie nak minta maaf  kerana Azie "PRIVATE" kan blog Azie kepada pembaca semua. Bukan kerana Azie tak nak bagi korang baca. Kerana buat masa sekarang ini blog Azie "under contruction" dari segi interface dan design yang baru. Sudah lama Azie tak mengemas kini blog Azie. Lagipun mesti koragn jemu tengok interface yang sama setiap tahun. Jadi Azie telah mengubah blog Azie dari segi warna dan design yang lebih simple dan mudah untuk korang baca. Theme blog Azie kali ini " Candy Pastel". Hehehe. Ok now, Azie dah pun "UN-PRIVATE " kan blog Azie.


Kali ini Azie terpaksa skip sikit entry pasal Korea. Hari ini Azie nak share pengalaman Azie pertama kali menghadapi musim WINTER. Selalu tengok dekat drama-drama Korea ajer kan. Now, winter depan mata. Wahhh..unbeliever. First time, snow turun pada 1 disember 2014. Masa itu, memang Azie excited sangat-sangat. Bila lihat dekat langit, nampak butir-butri putih turun dari awan dan angin yang begitu kuat. Sejuk tau tak. Dah la hari isnin tu, Azie pakai sweater biasa saja. tergedik-gedik lah nak balik bilik.


Kadang-kadang bila difikirkan balik bagaiman salji tu wujud??Macam mana salji tu turun??Dari mana salji tu datang??Semua itu kuasa Allah SWT. Tapi memang cantik semasa salji tu turun. Kami semua memang excited. Ada yang tak boleh nak fokus dalam kelas Korean Language. masing-masing tengok dekat luar tingkap.


Nampak saja cahaya matahari terang tapi memang tak lut dekat badan. Sentiasa sejuk saja. Ramai yang tanya Azie. tengok macam panas saja. Padahal sejuk sampai ke tulang. Nak pijak lantai bilik air pun macam kena elektrik. Hehehe. Walaupun ada cahaya matahari tapi kami di sini sentiasa rasa sejuk. Ada masanya, kaki, tangan dan muka kami jadi tegang dan kebas. Kalau dekat muka jangan kata lah. Dah macam pakai BOTOX dah rasanya. Tak payah nak berhabis duit nak buat rawatan BOTOX.  Walaupun cuaca disini sejuk, tapi ada juga kekuranganya pada diri kita. Terutama kesihatan. Azie dekat sini  dah mula kerap sakit dada, selsema, batuk, dan yang paling teruk sekali kulit menjadi semakin kering. Dah rupa beruk dah kami dekat sini. Hahahaha..mengaru macam orang gila.  Kalau dekat sini memang korang kena sentiasa pakai lotion kalau tak satu badan korang akan gatal.

 Bila dah nampak salji, mula l masing-masing nak buat "SNOWBALL FIGHT" hahaha. Iyerla dekat Malaysia tak ada salji. Kalau ada pun tiruan punya. Nak masuk pun mahal. Bila berada dekat sini, memang nak enjoy puas-puas. Nak merasai musim winter dekat sini. Kalau boleh tak nak lepaskan peluang ini.


Hehehe. Ok  nanti Azie update lagi. Inshallah Azie akan update vacation azie dekat BUSAN. Mesti ramai yang tak sabar ini. Next time Azie update lagi. Insha Allah sebelum Azie fly , Azie akan cuba habiskan semua  cerita pasal KOREA


~Annyong~

No comments: