Tuesday, December 2, 2014

0
Moshi Moshi

Part 5: Hello Kitty Cafe

 photo Salam-1.png

Hello Malaysia. Apa Khabar???Sorry Again, huhhuhu kerana Azie tak dapat update untuk dua hari yang lalu. Dua hari yang lepas, Azie tak berapa nak sihat . Demam melanda. Hari ini, Alhamdulilah  sihat dari sebelum ini. Tak sabar nak update entry baru hari ini. Seperti yang Azie beritahu sebelum ini, Azie akan update semuany pasal KOREA. Sampai korang semua jemu dengan Azie hehehe...

Azie saja nak kumpul banyak-banyak story, banyak-banyak pengalaman. Azie rindu sangat dekat Malaysia . Tak sabar nak balik Malaysia. Especially makanan Malaysia. Tiga bulan makan-makanan Korea. Everyday have a kimchi, kimbap, and etc. Hehehe... Sorry terkeluar dari tajuk pulak. Let straight to the point.

Pernah tak korang dengar ataupun tengok gambar-gambar "HELLO KITTY CAFE".?? Tak kira  sama ada korang tengok dekat FB ataupun google ataupun secara live. Korang rasa Cafe tu wujud ker??atau sekadar hiasan untuk tarik peminat Hello Kitty. Pada mulanya, Azie tengok dalam Fb. FB sekarang pun banyak share2 gambar, video dan info-info yang boleh diguna pakai. Mula-mula Azie rasa semua tu fake  tetapi bila Azie datang dekat Korea, Cafe tersebut memang wujud. First time tengok woww...so amazing. Memang cantik dan cute. Bawah ini, Azie letak kan gambar Azie berdiri betul-betul depan pintu masuk Cafe tersebut. Dorang nie, betul-betul kreatif. bukan Cafe Hello Kitty nie saja. Banyak lagi cafe-cafe seperti ini mempunyai theme yang tersendiri.


Ini baru dekat luar. Jom kita masuk dalam cafe ini pula. Mesti ramai yang terOver excited tengok kecomelan cafe ini. Lupa pulak nak beritahu, Cafe ini terletak dia Ewha University. Kalau turun dari subway Ewha University, korang perlu berjalan kaki sedikit untuk sampai ke Cafe ini.

Azie letak kan beberapa gambar di dalam cafe ini. Tapi gambar-gambar yang Azie ada tak lah banyak. Sekadar untuk kongsi saja. Kalau korang masuk dalam cafe ini, siap-siap pakai sunglasses. Contra antara lampu dengan warna cafe ini memang menyakitkan mata. By the way, Azie memang tak suka warna PINK but Azie suka barang-barang yang comel seperti cafe ini.


Didalam cafe ini terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh di makan. Ianya standard seperti cafe-cafe dekat KL. Cafe ini juga mempunyai minuman seperti hot choco, coffe, smoothie dan pelbagai lagi. Termasuk juga makanan.  Cafe ini ada menyediakan waffle, bread and cake. paling sayang nak makan dan minum disebabkan ada muka hello kitty pada minuman dan juga makanan.
Betul-betul kreatif.


 Selain itu, cafe ini juga ada menjual cenderamata berbentuk Hello Kitty seperti baju, cawan, sticker, toy dan banyak lagi.


Tengok muka kami semua. Masing-masing excited selepas masuk dalam cafe ini. Tak tentu arah semuanya. Masing-masing nak bergambar. Tak sempat-sempat pula tu. Order makan tak lagi. Bergambar yang lebih hehehee...Love them. seperti yang kawan-kawan Azie cakap bukan senang nak datang sini. Dah diberi peluang apa lagi. Travel sepuas-puasnya. hehehe. bawah ini gambar-gambar kami semasa berada didalam Cafe.


                                Zira                          Fara                          Azie & Lin

 Semasa mereka semua sibuk bergambar, Azie pun order makan dan minum. Masa ini Azie order Hot chocolate and garlic Toast bread . Farah pula order Hot chocolate dengan waffle Aiskrim. Ini pula kawan Azie dari Hanyang University dan Ewha Women University. Kalau korang datang Ewha University mesti korang terpegun especially lelaki. Kawasan Sinchon ini, ramai girl yang comel-comel. hehehe.

 Ryai & Fatin

Now, Azie nak share gambar-gambar kami semasa berada di Hello Kitty Cafe ini. Kalau korang datang ke Korea. Korang kena datang tempat ini. Dekat Malaysia tak ada tau cafe-cafe macam ini. Ini merupakan daya tarikan untuk pelancong-pelancong datang ke sini. Rugi sapa yang tak datang sini.

 Only Me

  
Amirul, Mickey, Dollah and Me

Sorry mickey gambar u tak nampak. Jangan salahkan I. Bukan I yang ambil gambar ini. Hehehe

 
 I'am Axieana Yumi

Comel kan kerusi cafe ini. Semua hiasan dan perabot dalam cafe ini melambang kan Hello Kitty termasuk lah toilet. Sayang tau nak guna toilet cafe ini kerana terlalu comel sangat.


Mickey, Ekin and Fara

 Azie rasa sampai disini saja dulu entry pada kali ini. Sorry sangat because entry kali ini biasa-biasa saja. Tak ada apa yang special pun. Hopefully korang semua enjoy membaca entry kali ini. Azie minta diri dulu. Insha Allah ada masa nanti Azie akan update part 6 pula. Hopefully u all enjoy. Ok nak belanja gambar Azie sekeping. hehehee..


"Annyong"



No comments: