Saturday, December 20, 2014

0
Moshi Moshi

Part 14: Ski

 photo Salam-1.png 

Selamat pagi!!!!Hye korang. Tengah buat apa tu??Dah breakfast ker???Hehehe Minggu ini adalah minggu terakhir Azie dekat Korea. Azie akan update beberapa Entry lagi sebelum Azie pulang ke Msia. Perasaan sedih tu memang ada tapi Azie tidak mahu ikut perasaan sangat nanti membawa padah pada diri kita pula.  

Pada 28/11/2014 International Affairs Department telah mengadakan satu aktiviti yang membuatkan kami rasa terlebih EXCITED nak pergi. Ialah dekat Msia bukan ada tempat-tempat macam tu. kalau ada pun semuanya tiruan dan bayran masuk pun mungkin lagi mahal daripada tempat yang mereka bawa ini. Kami bertolak dari Department dalam pukul 8.00 pagi dan kami sampai dlm pukul 9.00 pagi. Perjalanan itu, mungkin mengambil dalam masa sejam. Hehehehe...semasa perjalanan tu Azie tidur sebab malam tu Azie ada kerja sikit nak buat. Jadi main agak-agak ajer masa tu. Ohhh...lupa pulak Azie nak beritahu dekat mana Azie pergi. HEheheheh Sorry..Mereka membawa kami bermain SKI. Kalau korang tengok drama-drama korean mesti ada tempat Ski ini. 


Sampai sahaja di pintu utama SKI ini , kami diminta memakai jacket, seluar, protection, dan juga kasut SKI. Nampak tak gambar kami dekat atas ini, semuanya nampak gemuk-gemuk kan. Padahal tak gemuk pun hehehehe...dalam tu ada protection daripada pinggang ke bawah. Jacket tu memang tebal. Panas dohhhh....hehehe. Tadi version perempuan sekarang version lelaki pula. Tetapi yang kami tengok lelaki ter "OVER EXCTED" pula.


Selepas kami memakai baju yang mereka beri. Kami di minta untuk pergi ke kaunter kasut. tengok kasut dia dari jauh lebih kurang macam kasut robot pun ada. First Azie fikir, Kasut tu tak berat mana pun. Sekali dorg bagi dan pakai Masya Allah...Berat nak mati. Sampai tak seimbang kami dibuatnya. Hehehe...
Tengok dekat bawah tu, kasut kami dah macam robot dah. Jalan pun memang dah macam robot. huhuhu..Kami ingatkan dorg tolong bawak kan yang papan luncur tu dengan tongkat tu sekali. Tetapi kami pula yang kena bawa. Papan tu pun sama berat dengan kasut yang kami pakai. Azie tengok dorg semua angkat. Azie main heret ajer. Dah tak mampu nak gendong letak dekat bahu.. huhuhu.

 Ini masa mula-mula main. Susah jugak lah nak main sebab tangan Azie tak kuat nak tolak . Disebabkan asyik main jatuh main jatuh. Last option tak payah main. Hehehe..Yang lain Azie tengok sampai 5x naik atas bukit tu . Azie dengan tiga orang member Azie memang malas nak naik. Lagipun apabila jatuh tu, memang tak sakit tapi nak bangun tak boleh kena ada orang tolong. huhuhu...Lepas itu, kami rehat kejap, kami pergi lunch dalam 30 minit dan solat sekali. hehehe....Kami lunch biasa ajer. Makan UDONG mee jepun tu. Mesti tahu kan ???


Selepas makan dan solat, kami pun fikir sama ada nak naik bukit tu lagi atau tak. DIsebabkan ada dua orang penghasut. Azie dengan fara tak naik bukit. Kami fikir nanti-nanti lah naik. HEhehee..Kami main-main salji ajer dekat bawah. Siapa yang lalu dekat tempat kami memang kena fire hehehehe. Kasihan dorg sampai ada yang masuk dalam baju snow ball tu hehehe

 

Mesti korang tertanya apa kerja kami. Ini kerja kami sebenarnya. hehehe. Firstly kami nak buat snowman tapi sebelum itu, kami nak buat snow ball banyak-banyak siapa yang lalu memang kena baling. hehehehe...Macam-macam gaya ada hehehe.
Ini Snowman kami. Comel tak. kami tak tahu sebenarnya nak buat snowman. Jadi macam ini snowman kami. hehehe...Snowman kenit hehehehe..

 Snowman kami ini famous. Semua nak bergambar dengan dia. Hello OLAF hehehe.
 "BINTI" ( Fara), Ekin, Muna and Me
Our first snow, so whitee

 
Menikmati musim winter sebelum balik Msia. Hopefully we can meet again.

Azie rasa sampai sini dulu entry Azie. Nanti ada masa Azie update ENtry seterusnya. Azie nak kemas-kemas barang Ahad ni nak berangkat pergi SEOUL. Ok enjoy reading!!!
 

~Annyong~
Wasalam

No comments: