Saturday, December 13, 2014

0
Moshi Moshi

Part 12: Girl Day Bowling Day

 photo Salam-1.png

Hye korang!!!Apa khabar?? Korang semua dah makan ker??? Sebelum Azie nak buat kerja. Azie nak share aktiviti azie dengan Student Ace dan Student yang datang dari Seoul. Kalau ikut kan kami nie adalah senior dorang tapi bila dah sampai dekat Korea dorang la senior kami ..hehehe..


Student Ace ini, ada membuat plan untuk kami iaitu, aktiviti bermain bowling. Lepas tu, Azie macam pelik lah dekat Jecheon City ini ada ker tempat untuk main bowling. Lagipun pekan ini kecil ajer tak besar mana pun. Melainkan kalau dekat Seoul bermacam-macam ada dekat sana. Hrmm...sepatutnya kami pergi minggu sebelum ini tetapi disebabkan dua orang roomate dan groupmate azie pergi Seoul jadi mereka extendkan pergi minggu depan.
 
First azie nak cakap budak-budak Ace ini memang baik-baik sangat-sangat. Kadang-kadang kami yang kakak-kakak nie segan dengan dorg. Kalau keluar pergi mana-mana mesti dorang akan belanja kami. Kalau kami nak bagi duit pun dorg tak nak ambil. Azie pun fikir juga, mereka ini pun student bukannya dah kerja pun. Sampai lah sekarang mereka masih belanja kami. Kalau tak makan dekat luar mesti dorg akan masak makan dalam bilik kami. Mereka memang baik. Insha Allah mana tahu satu hari nanti Azie boleh jadi macam mereka.


Kami bertolak dari SMU pada pukul 2.00 petang, itu pun lambat sebab kalau waktu weekend bas memamng lambat . Jadi kami tunggu lah dekat bus stop sambil bergosip. Biasa lah perempuan kan, Kalau tak gosip bukan perempuan namanya. hehehe. Selepas itu , kami sampai di pekan Jecheon dan terus pergi tempat bowling tersebut. Kami divide dalam tiga kumpulan iaitu Group 1, Group 2 dan group 3. Hehehe...Azie memang dah bajet mesti akan masuk longkang punya sebab Azie dah lama tak main bowling. ada lah dalam setahun macam tu. 

Azie merupakan Group1 dan ketua dalam group tersebut. Group Azie ialah Fatin, Diela, Aiman dan Eifa. Eifa ini merupakan student dari  Seoul. Azie tak ingat University mana. Hehehee... Walaupun jauh dari Seoul nak ke Jecheon, EIfa tetap datang untuk join aktiviti kami disini. Seperti yang mereka katakan untuk mengeratkan ukhwah antara satu sama lain. Hehehe...Dalam pertandingan itu, Group 2 yang menang. Group dorang semuanya terror. huhuhu..Tahniah group 2. Ada sampai strike 3 kali. Huisshhh Jelesss kejap hehehe..

 Ini group 1: Aiman, Eifa, Fatin, Azie and Diela.

Walaupun kami tak menang tapi Azie rasa happy sangat-sangat. Mereka mengingatkan Azie kepada housemate azie. Azie memang rindukan housemate Azie tapi cara mereka seperti housemate azie bila kami keluar untuk bergembira. Tapi gambar ini, kami just ACTION saja. Biasa la pinjam hadiah dorg kejap nak ambil gambar. Hehehehe.


Ini video masa mengaul "BIBIMBAP UKHWAH"

Selepas itu, kami pergi menunaikan solat terlebih dahulu. Selepas itu, kami pergi makan-makanan korean. Eifa belanja kami semua makan "BIBIMBAP UKHWAH". Mesti Korang rasa macam pelik kan. Korang pernah tak makan "NASI AMBANG", yang makan dalam talam kongsi 4 sampai 4 ke 5 orang tu. Lebih kurang macam tu lah, "BIBIMBAP UKHWAH" tu. Eifa order sampai 4 jenis "BIBIMBAP UKHWAH" banyak sangat-sangat. Tapi sedap. Hehehe..


Ini Azie tengah gaul  "BIBIMBAP UKHWAH".

Selepas makan, masing-masing nak makan dessert. Kami pun pergi la makan dessert dekat "SUL-BING". Masya Allah, banyak nyer. Tapi memang sedap la. Dessert dekat korean ini, memang sedap dan yang penting murah . Kami order 4 jenis dessert dan kongsi seramai 10 orang kalau tak silap Azie. Itu pun tak habis. Sambil makan dessert kami main permainan Korea iaitu "TRUTH & DARE" kalau tak silap Azie la. Hehehe...Best juga, main mainan macam tu. Hehhe...

Waktu pun semakin gelap. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke "DORMITORY". Sebelum itu, kami pergi hantar Ezaty pergi ke terminal bus sebab nak balik ke Seoul dah. Lepas itu, kami pun menaiki bas untuk bali ker SMU.

Hari ini , entry Azie simple saja. Tak ada apa-apa yang menarik pun sekadar untuk berkongsi aktiviti Azie dengan Ace student dekat SMU ini. Azie rasa sampai sini saja dulu entry Azie. Insha Allah, nanti Azie akan update lagi. Hopefully u All enjoy with my entry.


~Annyong~
Wasalam





No comments: