Tuesday, December 9, 2014

2
Moshi Moshi

Part 11: Expo BioTechnology Osong 2014

 photo Salam-1.png

Hye semua. Apa khabar??korang dah DINNER??Dekat sini dinner kiteorg awal sikit . Pukul 5.30ptg dah dinner. Hehehe..patut orang-orang Korea ini comel-comel. Badan dorg pun slim saja hehehe. Hari ini korang dinner apa??Malam ini , Azie dapat makan "FISH & CHIP". Alhamdulilah, kenyang. Kalau tak, tiap-tiap hari dapat makan Tauhu, sayur, sayur dan sayur. Tekak pun dah tak boleh nak terima dah. Tapi nak buat macam mana duduk ditempat orang mesti kena tempuhi jugak.  Malam ini Azie nak update pasal " EXPO BIOTECHNOLOGY".



Nama tempat ini adalah OSONG. Bukan KOSONG tau. Kami datang sini dengan menaiki keretapi ataupun dipanggil ITX. Perjalanan kami dari Jecheon ke Osong mengambil masa selama 2 jam. Azie nak cerita sedikit pengalaman naik keretapi dekat KOREA ini. Kalau dekat Malaysia bila tiket keretapi habis, Kita tak boleh nak naik ataupun beli tiket tu. Tapi dekat Korean ini boleh. Sebab pertama kali Azie nak keretapi kena berdiri selama 2 jam. Kematu kaki dibuatnya. Sebab tempat duduk semuanya penuh, kalau nak naik juga korang kena lah berdiri. Jadi kami pun berdiri lah sampai ke OSONG. huhuhu.. Itu lah pertama kali Azie tengok servics keretapi mereka dekat sini. Pertama kali naik keretapi tak ada tempat duduk kena berdri huhuhu. lagi satu, pekerja ITX tidak check pun tiket yang kita beli. Kiranya kalau naik keretapi tak yah beli tiket pun tak per. Sebab mereka sekadar tengok kita pegang tiket. Tak check pun detail pada tiket tersebut.

 
Kami pergi ke " EXPO BIOTECHNOLOGY" dengan Miss Yujin. Sebab Miss Yujin nak spend time dengan kiteorg. Sejak sampai di Korea, Miss Yujin jarang hangout dengan kami kerana dia seorang yang workerholic dan sentiasa busy. Hari itu, dia dapat luangkan masa bersama kami. Miss Yujin datang bersama dengan husband dia. Husband dia orang Canada. That why, Miss Yujin can speak English sooo...smooth. Hehehe.

 Kami bergambar dengan orang cermin. hehehe...takut nak duduk dekat-dekat nanti habis badan luka kena kaca.

 Fara dengan Ikin mengidam nak makan aiskrim panjang nie. Memang sedap. Tercekik juga la Azie nak menghabiskannya.


 Tengok la itu, masa ini Si "BINTI" nie marah kita sebab interframe semasa dia ambil gambar. huhuhu. Sampai sanggup panggil Azie SAKA. hehehe. Tu Ikin dan Muna.

 Cantik kan tempat ini, dipenuhi dengan bunga-bunga segar. Masa ini dekat Jecheon dah autumn dah


Ini Azie kongsi gambar kami semasa berada dekat Osong. Kami bukan tengok sangat barang-barang dalam booth. Kami lebih suka bergambar lagi. Hehehehe


 Hahaha...Bila tengok balik gambar-gambar nie, teringat pula gelagat si Fara hehehe...

Jom kita lompat. Stress sebab tak dapat masuk. Ramai sangat orang tak tahu datang dari mana. Sampai berebut-rebut. 

Dalam Expo ini ada pelbagai booth. Cuma korang larat atau tidak saja nak berjalan dan menunggu untuk masuk. Sebab time kitaorg datang sini, time cuti. Jadi ramai lah orang yang datang untuk mencuba technology yang terbaru. Dekat Osong ini, Masya Allah memang panas sangat-sangat. Cuaca dekat Osong jauh beza dari Jecheon. Jecheon pula, rasa nak beku duduk dekat situ. Osong pulak dah rupa macam ayam panggang dah.

BioTechnology ini mempunyai banyak barang-barang cosmetics yang berteknologi tinggi. Korang mesti tahu yang Korea ini famous dengan plastic surgery dan cosmetics kecantikan. Azie dapat masuk tiga tempat sahaja, kerana dah tak sanggup beratur panjang tengah-tengah panas tu. Jadi Azie ada masuk BioTechnology 3D Mapping,  BioTechnology Cosmetics Factory dan BioTechnology K-Beauty.


BioTechnology K-Beauty ialah sebuah company kot..yang menaja salah satu kumpulan Girl K-pop iaitu SISTAR. K-Beauty membuat service kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Masa Azie masuk booth tu, ada tayangan video k-pop SISTAR. Azie bukan tertarik kepada group tersebut tapi Azie tertarik kepada cara mereka editing video tersebut. memang cantik dan smooth. Kalau Azie pun tak dapat nak buat video macam tu. Video project sekarang ini pun, bukan bodoh-bodoh ajer. Hehehee..


Next booth ialah BioTechnology Cosmetics Factory. Booth ini menjual pelbagai jenama cosmetics dari hujung rambut sampai hujung kaki. Terutamanya perempuan la, yang suka membeli barang-barangan skincare, makeup dan lain-lain lagi. Azie sempat beli product kesayangan Azie. Azie memang suka pakai gel tersebut kerana Ia membuatkan kulit Azie tidak kering dan sentiasa moisturizing. Sebelum ini Azie ada buat review pasal product yang Azie pakai itu. Azie bagi nama brand product tersebut, NATURE REPUBLIC ALOE VERA GEL. Kalau dekat Malaysia memang mahal tapi dekat Korea ini murah sangat-sangat. Hehehe..Azie pun dapat beberapa sample dari nature republic. Kalau korang beli product korea dengan kuantiti yang banyak , mereka akan bagi korang sample. Sebab itu Azie suka product korea. Yang penting product mereka menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Last sekali Azie dengan kawan-kawan masuk BioTechnology 3D Mapping. 3D mapping ini sebenarnya video. Tapi tak adalah sehebat mana pun. Azie tengok biasa-biasa ajer. Video tu menceritakan tentang technology, medical, bacteria dan lain-lain lagi berkenaan dengan sains. Jadi ok ajer lah.Itu saja tempat yang sempat kami masuk. Lagipun ramai sangat orang. Jadi kami dapat mencuba beberapa technology yang terbaru.


Azie kena minta diri dulu. Azie rasa cukup la sampai disini saja. Azie banyak kerja kena siapkan . Insha Allah nanti Azie update lagi. 



~Annyong~
Wasalam






2 comments:

anajingga said...

assalamualaikum azie, seronoknya lihat azie berada di tempat orang,cantik2 foto yang dikongsikan,salam ukhwah :)

Axieana Yumi Life said...

@anajinngga:

Thank you. Azie memang suka travel tapi masalah kewangan. Memang seronok akk kalau dapat peluang macam ni. Salam Ukhwah :)