Tuesday, December 9, 2014

0
Moshi Moshi

Apa Itu IKTHILAT

 photo Salam-1.png


Hye semua. Apa khabar??Selamat Petang. Sekarang waktu Korea dalam pukul 4.40 petang. Malaysia dalam pukul 3.40 petang. Hari ini Azie tak banyak kerja..Hehehe..Pada hal kerja sentiasa ada. Curi tulang kejap . Hari ini Azie nak update pasal benda lain . Mesti korang bosan kan asyik update pasal KOREAAAAA....boredd. Hari ini Azie nak share apa yang Azie baca dalam FACEBOOK tadi. 
Mesti korang tertanya-tanya apa itu "IKTHILAT"???Azie pun tertanya-tanya jugak apa lah maksud perkataan itu. Sebelum itu, Azie nak berterima kasih kepada owner yang share info "IKTHILAT"ini.

DEFINISI

Bahasa: Meramukan, mengaulkan sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkan
( Mula-mula Azie baca pun dah pening. Apa maksudnya???)

Syariat: Percampuran antara lelaki dan wanita secara fizikal ataupun alam maya
( Baru lah Faham...)

APA YANG DILARANG
1. Pandangan yang berlebihan 
2. Bersentuhan
3. Berkata-kata lembut
4. Khalwat 
5. tidak menutupi aurat

APA YANG DIHARUSKAN 
1.Dalam keadaan terpaksa : DHARURAT
- Menyelamatkan diri dari keburukan yang lebih besar seperti kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain 

2. Dalam keadaan keperluan: HAJAT
- Dalam gerak kerja ( Mesyuarat & program)
-Dalam pembelajaran ( Kelas)
-Jual beli
-kerja kehakiman
-Saksi
-Amar maaruf Nahi mungkar
-Melayan tetamu
-Dalam kenderaan awam
-Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga 

HUKUM
- Hukum asal percampuran antara lelaki dan wanita adalah HARAM dan berdasarkan pendapat para ulama Ahli SUnnah Wal Jamaah, ikhtilat adalah diharuskan dalam beberapa keadaan

SYARAT ATAU ADAB IKHTLAT

1. Niat: Kerana Allah SWT
2. Matlamat: Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
3. Tidak bersentuhan: Tidak berlaku sentuhan sama ada kulit dan kulit atau berlapik 
4. Menutup & menjaga aurat: Perlu sentiasa terjaga
5. Menjaga adab bercakap: RIngkas, padat dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
6. Mengasingkan tempat: Diasingkan dengan pengasingan yang jelas
7. DIbawah pantauan orang yang dipercayai: Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam  (MAKSIAT)

Ini sedikit info pasal entry untuk kali ini. Azie tak berapa nak pandai dalam agama. Azie pun bukan seorang perempuan islam yang sempurna. Selepas Azie baca info ini, Azie pandang balik diri Azie. Apa yang pernah Azie lakukan sebelum ini. Azie memang menutupi aurat tapi bukan lah sempurna seperti wanita-wanita islam yang lain. Azie pun dalam prosses untuk mengubah diri Azie supaya mejadi seorang wanita islam yang sempurna dipandangan masyarakat. Selama ini, Azie tidak pernah di tegur cara kehidupan Azie. Selama ini juga, Azie banyak memberontak disebabkan kenangan yang lalu. Jadi Azie dalam usaha untuk mengubah diri Azie. 

Azie tahu ramai yang diluar sana bukan sukakan Azie. Kadang-kadang anggap Azie ini seorang perempuan yang tidak baik. Azie mengaku Azie bukan seorang perempuan yang baik dan Azie tidak pernah jadi terbaik pun. Ramai yang rasa "ANNOYING" dengan Azie apabila Azie update entry seperti ini. Entry ini bukan untuk korang tapi untuk Azie. Jikalau sesuatu yang Azie buat itu salah, Azie akan rujuk balik Apa yang Azie pernah update dalam blog Azie. Bukan semua orang boleh terima apa yang kita taip apa yang kita kongsikan. Lagipun, susah untuk kita puas kan hati manusia. Jadi Azie hanya puaskan hati Azie. Apa yang Azie rasa dan apa yang Azie tidak suka

Azie minta diri dulu. Hopefully, korang semua suka dengan entry Azie kali ini. Aze tidak la pandai tapi sekadar untuk kongsi apa yang Azie sudah baca. Ok la nak gerak dah nie. Time for dinner. 

Annyong
Wasalam.

No comments: