Friday, November 28, 2014

0
Moshi Moshi

Part 4: Namsan Tower

 photo Salam-1.png

Selamat Malam semua. Apa khabar?? Malam ini Azie nak curi masa sedikit nak update entry. Mungkin ada diantara korang semua sedang menunggu entry terbaru Azie. Hari ini Azie nak share pengalaman Azie pertama kali kami pergi ke seoul dari Jecheon.  Semasa tu, dah tiga minggu kami berada di Jecheon. Ini adalah pertama kali kami turun ke seoul untuk bejrumpa dengan rakan-rakan dari Hanyang University and Ewha Women University. Kami bertolak dari Jecheon dalam pukul12.00 tengah hari dan sampai dalam pukul 2.00 petang. Perjalanan kami mengambil masa selama dua jam untuk sampai ke Seoul. Kami pergi dengan menaiki bas. Ini adalah tiket bas kami.


Setelah sampai di stesen bas, kami menaiki subway untuk pergi ke Itaewon. Kami menyewa bilik di Itaewon Inn dengan harga seorang 15000 won. Hari pertama kami datang ke Seoul tidak banyak aktiviti yang kami lakukan. Sekadar ingin melepaskan dendam sebab dekat Jecheon susah untuk  dapat makanan seperti ayam dan daging. Aktiviti pertama sekali yang kami buat ialah "MAKAN". Dekat Itaewon memang mudah untuk dapat makanan Halal kerana kebanyakkannya datang dari negara Arab, Pakistan, dan ada juga kedai Asia iaitu SAVARO. 

Selepas tu, kami pergi ke Sinchon . Sinchon merupakan tempat untuk menghabiskan duit. Hehehe. Terutamanya kepada kaum Hawa, Nafsu untuk berbelanja tu jadi lain sikit. Barang-barang dekat Sinchon boleh dikatakan murah dan tidak terlalu mahal. Kualiti barang-barangnya pun ok not bad. Tapi Azie lebih suka kalau korang pergi ke Dongdaemun. Barang-Barang di SInchon kebanyakkannya adalah barang-barangan perempuan seperti Handbag, Bagpack, kasut, Baju, Aksesori dan banyak lagi. 

Semasa di Sinchon Azie tidak membeli apa-apa sekadar untuk melihat suasana tempat tersebut. Hanya kawan-kawan Azie saja yang membeli pelbagai jenis barang. Ada yang beli sweater, kasut, bagpack dan lain-lain lagi. 

Selepas itu, kami pergi ke Ewha Women University, sekadar untuk melihat suasana university tersebut. Tapi kami tengok dari jauh saja. Tak masuk dalam pun. Dengar apa yang Fatin dan Ziera cerita , kawasan university ini besar jugak. Setiap department jauh-jauh. Cara mereka cakap lebih kurang macam SMU . Setiap deprtment SMU pun jauh-jauh . Siap kena mendaki lagi.

Next day pula, kami decide nak pergi Namsan Tower. Kami memang excited sangat-sangat. Selalu asyik dengar cerita dari kawan-kawan dan hanya tengok dekat movies or drama. Now it real, hehehe. Kami pergi masa itu, hari ahad pagi. Masa tu memang ramai orang. maklum lah weekend. Semasa kami berada di Namsan Tower ramai betul couple-couple. masing-masing Lock Love dekat Namsan Tower. Tapi Lock tu mahal kalau beli dekat Namsan Tower. Azie syorkan korang beli siap-siap sebelum pergi Namsam Tower nie. Kalau nak naik Namsam Tower ini ada dua pilihan sama ada nak naik cable car atau pun nak hiking. Tapi kalau Azie lebih rela naik Cable Car. Hara naik Cable Car pergi dan balik dalm 8000 won . 




 Ini gambar Namsan Tower. Cantik kan. Memang tinggi sangat-sangat. Nasib baik ada Cable Car kalau tak memang mendaki lah nampaknya. Gambar dekat bawah ini, semasa kami mendaki untuk pergi ke Cable Car. Kami rehat kejap. Letih dowhhh. Sebab kena mendaki. Dekat Korea nie semua tempat berbukit. Jadi nak atau tak nak memang kena mendaki jugak.



Gambar ini mesti korang kenal kan. Ini lah yang Azie mention kan tadi. Lock Love. Azie tengok bukan dua tiga tapi mungkin beribu-ribu couple ataupun pengunjung yang datang ke sini untuk Lock Cinta masing-masing. Bila tengok memang cantik. Ada pelbagai jenis Lock yang ada.




Ini Azie letakkan beberapa gambar Lock Love. Korang tengok memang banyak sangat-sangat. Sampai ada lagi satu space untuk mereka yang nak Lock Key ini. Ada certain lock ini dah berkarat pun. Tahan lama betul Lock ini dekat situ. 

Ini gambar kami. Kami semua ini memang tak boleh nampak camera. Masing-masing berebut-rebut nak bergambar. Sampai ada yang digelar retis gitu. hehehe.



Selepas itu, kami pun menjelajah lah seluruh Namsan Tower tu. Kami bergambar, berjalan, dan bersuka ria dekat situ. Azie suka tengok kerenah orang dekat situ. Terutamanya, budak-budak. Kanak-kanak korea ini semuanya comel-comel ajer. Geram tengoknya. Rasa nak cubit-cubit ajer pipi dorg ini. Hehehe..




Selepas kami bergambar di kawasan Namsan Tower ini. Kami pergi mencuba memakai pakaian traditional Korean iaitu "Hanbok".  Baju Hanbok ini tidak dikenakan apa-apa bayaran pun. Ianya adalah percuma. Terkejut juga bila Azie dapat tahu percuma. Jadi kami semua pun pergi lah beratur sebab nak pakai hanbok punya pasal . Hehehe. Hanbok ini untuk perempuan. Ada juga untuk lelaki. Kalau korang tengok drama korean raja-raja. Ianya lebih kurang seperti baju pengawal. Bajunya memang cantik-cantik. Ramai betul foreigner yang datang dari negara lain-lain memakai pakaian Hanbok ni. Pakaian Hanbok ini ada dua jenis. Satu adalah untuk puteri2 ataupun dayang2 dan satu lagi adalah permaisuri. 

 
Ini Azie hehehe. Masa ini unnie nie tolong Azie pakai kan Hanbok nie. Tengok Unnie nie pakai comel saja. Hanbok ini bila tengok balik tak susah mana pun nak pakai. Senang ajer. Lagipun kain dia pun tak panas. Bawah ini, Azie share beberapa gambar kami semasa memakai baju Hanbok ini.
Lelaki pula memakai pakaian seperti seorang pahlawan ataupun pengawal.



Banyak betul gambar kami. Ada beberapa foreigner datang dekat tempat kami sambil bergambar. hehehe. Kalau korang perasan ada seorang budak lelaki bergambar dengan kawan-kawan Azie. Budak itu dari Malaysia. Datang ke sini untuk bercuti. Comel Saja panglima kecil itu.



Selepas selesai menjadi model Hanbok. Kami pergi ke kedai souvenier yang menjual barang-barang cenderamata. Banyak kedai souvenier terdapat di kawansan Namsan Tower ini. Korang boleh pilih kedai mana yang korang nak pergi. Selain daripada Lock Love dekat Namsan Tower ini juga ada magnet text. Magnet tu korang boleh tulis apa-apa saja. Tak kira la untuk ucapan kekasih, semangat, ataupun korang boleh letak kan sticker gambar korang dekat magnet tu. Ianya lebih kurang macam love letter kot.

Bawah ini azie letakkan gambar. Kalau korang nak tahu dinding yang berwarna warni tu sebenarnya adalah magnet. bermacam-macam ucapan yang terdapat atas magnet tu. Selain ucapan ada juga yang letakkan gambar mereka di atas magnet tersebut.



Tadi Azie ada beritahu pasal text magnet or sticker picture. Dekat bawah ini , Azie letakkan gambar magnet tersebut. Nampak tak tu lah gambar kami. Hehehe.



Ok lah. Time untuk tidur. Esok nakkena bangun awal. Entry kali ini biasa-biasa saja. Tak ada apa yang menarik pun. Azie mintak maaf if ayat-ayat yang Azie gunakan ini berterabur. Maklum lah, Azie dah lama sangat tak menulis ataupun menaip. Sekarang ramai yang menggunakan bahasa English. Azie hanya guna bahasa yang biasa saja. Hopefully korang enjoy dengan entry Azie kali ini. Dalam beberapa hari ini, Azie hanya update pasal kehidupan Azie di Korea dan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Insha Allah nanti masa yang akan datang Azie akan update tempat-tempat shopping. By the way, Azie nak ucapkan thank kepada salah seorg blogger yang telah memberi cadangan kepada Azie untuk share tempat-tempat makanan di Itaewon, South Korea. Insha Allah. Nanti Azie akan share kan.

Annyong
Wasalam,
























No comments: