Thursday, November 27, 2014

3
Moshi Moshi

Part 3: Cheongpyeong, Korea

 photo Salam-1.png
 
Hari ini Azie nak update entry banyak-banyk sampai korang semua tak lalu nak baca . Jahatkan Azie nie. Selalu kumpul banyak-banyak cerita dan kongsi sekaligus. Hehehe. Selamat petang semua , Sekarang dekat sini baru pukul 3.45 petang. Dekat Malaysia dalam pukul 2.45 petang. Tak jauh pun beza waktu disini dengan Malaysia. Sepatutnya hari ini Azie kena short meeting with my profesor  tetapi dibatalkan kerana professor Azie nie selalu buzy woman. Always busy. Kalau nak jumpa kena buat appointment terlebih dahulu baru boleh jumpa. Kalau tak buat appointment memang letih sebab department dekat sini semuanya atas bukit. Penat tahu tak nak mendaki. Siapa-siapa yang nak kurus tu boleh lah datang sini. Turun naik bukit hehehe.

Petang ini Azie nak share a short trip yang telah azie lawati iaitu Cheonpyeong. Perjalanan dari Jecheon nak ke Cheongpyeong ini mengambil masa selama 1 jam. Cheonpyeng ini merupakan sebuah tempat rekreasi atau pun riadah. Disebalik itu, terdapat satu tempat ini merupakan kawansan perkampungan traditional orang-orang Korea. 
Ini adalah kawasan cheongpyeong. Kawasan memang cantik dan tenang. Lagipun ramai pengunjung yang datang ke sini. Ada yang berkelah, dating, photoshoot dan pelbagai lagi. Ini entrance untuk masuk ker Bungge jump, Elastic Chair  dan Swing.

Kami perlu berjalan kaki untuk sampai ke tempat Bungee jump . Tapi tak jauh mana pun dekat saja. Yang buat jadi letih tu sebab kawasan yang berbukit-bukit. 

Ini pula sesiapa yang nak pusing-pusing tasik ini dengan menaiki bot. Azie tak pasti berapa bayaran untuk menaiki bot ini. Kerana kiteorg tak naik bot pun hehehe. Mungkin dalam anggaran 3000 won seorang kot. 
Ia merupakan sebuah tasik yang cantik dan damai. Tempat ini juga mempunyai pelbagai aktiviti ataupun permainan. Sesiapa yang suka aktiviti seperti Elastic chair, swing ataupun bungee jump. Boleh datang ke sini untuk mencuba keberanian diri tu. Kalau Azie memang tak lah yer. Sekadar tengok boleh la. hehehe

Ini lah dia Bungee Jump. Huhuhu. Memang tinggi. Siapa yang nak tunjuk keberanian sila lah naik. Member Azie ada naik Bungee Jump ini. Tengok dari bawah memang tak tinggi mana pun . Bila dah sampai atas tu Masya Allah. Sebelum nak terjun mengucap dulu yer. hehehe



Sebelum nak menaiki Bungee jump ini. Mereka perlu memakai alat-alat safety supaya tidak mengalami apa-apa kemalangan. Bungee Jump ini memang bahaya. Kalau jatuh tak tahu lah sama ada hidup atau pun mati.




Ini pula Elastic Chair kalau tak silap Azie. Ini pun boleh tahan juga melambungnya. Yang ini Mickey dan Dollah naik. Kami semua tukang tengok ajer. Memang Elastic lah. Tapi tak adalah macam Bungee Jump tu. Bungee jump tu Masyallah seram dorh.


  Selepas kami bersuka- ria dekat Bungee Jump dan Elastic Chair. Kami pun bergerak menuju ke kawasan perkampungan traditional korea pada zaman dahulu. Kami perlu berjalan kaki selama 15 - 20 minit untuk menuju ke kampung tersebut.

 Ini Entrance nak masuk kampung tradisional Orang korean. nmpak tak 2 pengawal yang handsome tu hehehe. Masa ini kami nak pergi beli tiket entry. 

Sampai sahaja di kawasan kampung itu, kami perlu membeli tiket entry untuk memasuki kawasan kampung tersebut. Jadi kami membeli tiket entry dengan harga 3000 won sekali masuk. Bentuk tiket tu seperti gambar di bawah ini yer.


Kami pun menjelajahi lah seluruh kawasan kampung tersebut. Kalau tengok dari jauh tempat bungee jump tu nampak kawasan perkampungan tu kecil saja sebenarnya besar. Kebanyakkannya semua atas-atas bukit. Wahh..memang letih sangat-sangat. Ingatkan dekat SMU saja yang berbukit. Kalau diikutkan semua tempat-tempat di korea ini semuanya di atas bukit. 


Sebelum nak masuk mari kita bergambar dengan pengawal kampung ini . hehehe..Muka macam tak ada perasaan ajer.


Didalam kampung ini terdapat pelbagai alat-alat dan juga rumah-rumah yang berbeza termasuklah undang-undang kesalahan yang akan di hukuman terhadap mereka yang bersalah. Azie akan share lagi beberapa gambar sepanjang berada di dalam kawasan kampung ini.

Ini adalah beberapa gambar rumah dan juga peralatan yang digunakan pada zaman dahuli. Terdapat tembikar, periuk, pemutar benang dan banyak lagi.




Dekat kawasan perkampungan ini juga mempunyai satu permainan traditional. tetapi azie tak pasti apa nama permainan ini. Kami semua tak tahu apa-apa pasal permainan ini. Tengok saja dorang main baling-baling. Jadi kami pun saja lah nak uji nasib. nak baling-baling juga. Walaupun tak tahu apa-apa hehehe.



Korang pernah tak dengar cerita pasal gambar di bawah ini. Azie tak berapa pasti cerita pasal apa. Tetapi daripada apa yang azie dengar. Seorang manusia ini telah berlawan dengan seekor harimau tetapi akhirnya manusia tu mati kerana harimau tersebut telah memakan kepala manusia itu.


 Ini pula adalah kubur tapi Azie tak tahu sama ada kubur betul atau pun buatan. hehehe.


Sekarang masa kami semua nak mengambil gambar pula. Asyik ambil gambar kawasan kampung saja.  Didalam gambar ini ada Azie, Fara, Ikin, Dollah, Mickey, Nik, Hiba dan Amirul.


Gambar di bawah ini kami ambil dari atas bukit. Cantik kan. Penat jugak lah nak mendaki. Nampak saja dekat padahal jauh sangat-sangat.

Now, kami sudah berada di atas puncak. Bila lihat dari atas. Masya Allah cantik sungguh ciptaan MU. Sampai dekat atas ini masa untuk refill balik tenaga. Wahh..tak sangka dapat sampai ke sini.




Tengok lah muka-muka kami yang dalam keletihan tetapi happy dapat keluar bersama-sama dengan rakan-rakan yang baru. Thank you Nik and Hiba bwa kami jalan-jalan dekat sini. Walaupun penat tapi best.


Ini lah pengalaman Azie bersama kawan-kawan baru disini. Alhamdulilah kami dapat menjalinkan persahabatan kami disini sampai la sekarang. Insa Allah , harap persahabatan ini kekal buat selamanya.

Azie rasa setakat disini saja yang dapat Azie kongsikan. Entry petang ini , Azie banyak kongsikan gambar-gambar kami sepanjang berada di Cheongpyeong.

Insha Allah next time Azie update lagi.

Annyong
Wasalam













3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ENJOY KAN
ANUM PUN DAH SMP SINI

Tia A. ♥ said...

Wahh seronoknya! :)
Nanti boleh la Azie sharekan tempat2 makan yang boleh dpegi selain Itaewon ^_^

Axieana Yumi Life said...

@Nurzakiah Hanum:
memang best pun tempat ini.

@Tia A:
Insha Allah nanti azie share kan. Dekat Itaewon byk tempat-tempat makan yang best2.