Thursday, November 27, 2014

1
Moshi Moshi

Part 2: Tarbiyah Program

 photo Salam-1.png

Selamat pagi semua. Apa khabar??Sebelum Azie gerak nak pergi office. Azie nak update sedikit aktiviti-aktiviti kehidupan Azie di sini. Minggu yang kedua pada bulan yang pertama, Azie telah mengikuti salah satu program yang di anjurkan oleh ISMA KOREA. Pada mulanya, Azie menganggap negara Korea ini mempunyai bilangan orang-orang Malaysia yang sedikit tetapi sebenarnya tidak. Ramai orang Malaysia yang belajar disini dan ada yang telah menetap disini. First impression Azie betul-betul excited kerana ramai orang-orang Malaysia terutama orang melayu belajar, bekerja dan menetap disini untuk mencari rezeki. Ada juga yang sudah berumahtangga dan ada juga diantara mereka yang berkahwin campur. 

Program Tarbiyah ini, bukan pertama kali Azie mengikutinya. Sebelum datang ke disini lagi, Azie pernah mengikuti beberapa program di Malaysia. Program ini memang bagus untuk diikuti kerana program ini juga boleh mengeratkan silatulrahim antara kita, mengenali mereka, dan memperbaiki diri kita ke arah yang terbaik. Walaupun Azie tidak pandai dalm segi agama tetapi bila mengenali mereka Azie rasa selamat dan secara tidak langsung memasang niat untuk berubah ke jalan yang diredhai.  Seperti yang mereka katakan, perlu berubah secara berperingkat. Tak ada manusia yang berubah terus tanpa membuat kesalahan. 

Mereka memang baik. Banyak memberi nasihat dan berkongis kisah-kisah nabi, perjuangan nabi dan banyak lagi. Inshallah, suatu hari nanti kalau diizinkan Azie akan berubah megikut cara-cara mereka. Azie perlu kuatkan tiang agama azie. Perlu mencukupi niat yang telah azie pasang kan didalam hati Azie.

Program Tarbiyah ini diadakan di Danyang, Korea. Perjalanan dari Jecheon ke Danyang mengambil masa dalam  1 jam 30 minit. Kami pergi menaiki bas dari Jecheon City. Suasana dia Danyang memang cantik dan tenang. Tempatnya yang dikelilingi gunung-ganang dan boleh didengari aliran air sungai yang damai. Kami bermalam di guesthouse. Kalau tak silap, ada dalam 30 orang yang mengikuti program ini. Semua daripada mereka datang dari pelbagai University. Antara university  ialah: INHA UNI, KOREA UNI, SMU U, HANYANG UNI dan sebagainya. Mereka juga datang dari pelbagai negeri.



Ini environment guesthouse kami bermalam. Kami menyewa 2 buah rumah. Satu rumah mempunyai dua bilik dan boleh muat dalam 10 orang. Kami bermalam 1hari 1 malam. Masa ini kami baru memulakan sesi berkenalan dan kami juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antara kumpulannya ialah Zainab, Ghazali,Asma, dan satu lagi Azie tak ingat lah. hehehe sorry. 


Ini pula environment luar kawasan rumah. Tempat ini menyediakan BBQ dan tempat bersantai di luar. Tetapi kalau rasa tidak yakin untuk menggunakan tempat BBQ ini boleh saja bawa tempat BBQ sendiri. Sebab tempat BBQ yang disediakan itu, mungkin telah dikongis dengan pengguna bukan islam . Mungkin juga membakar daging-daging yang tidak sepatutnya. Faham-faham sudah lah yer. 



Ini group Azie iaitu Kumpulan Zainab. Mereka ini banyak cakap dan suka sangat-sangat buat lawak. Setiap saat ada saja celoteh mereka. Ada saja cerita mereka. Bukan group Azie aje. Group yang lain pun ok. Masing-masing nak pertahankan group masing-masing. hehehe...Rindu korang.  

 
Nampak tak sungai ini, tenang ajer. cantik kan tetapi kalau korang berani cuba lah mandi. Mesti korang suka punya. hehehe. Kami juga mempunyai aktiviti didalam sungai (OMG). Nama aktiviti tersebut ialah WARS. Azie fikir 10 kali nak turun dekat sungai ini. Masa ini awal musim Autumn. Celup satu jari saja Azie dah menjerit dah. Sejuknya tak terkata. Aktiviti didalam air ini mengambil masa yang lama daripada aktiviti yang lain. Aktiviti ini memang best dan kita dapat pengajaran didalam aktiviti ini. Selepas aktiviti WARS ini tamat. Kita diberi masa untuk bermandi manda di dalam sungai ini. Ada juga lah yang hampir-hampir lemas. Nampak saja sungai ini cetak tetapi arus sungai ini deras. Alhamdulilah nasib baik mereka selamat. 

Ini gambar-gambar kami selepas bermain aktiviti air iaitu WARS. Masing-masing happy dapat mandi sungai. 




Selepas itu, kami diberi masa untuk bersihkan diri dan bersiap sambil menunggu untuk solat berjemaah bersama-sama. Selesai sahaja solat, kami membuat satu lagi aktiviti iaitu " Tak Kenal Maka Tak Cinta". Game ini lagi suka. Kita boleh tengok bermacam-macam keletah. Game ini untuk mengingati setiap ahli kumpulan kita punya identiti diri. Game ini memang Azie suka.  Seterusnya, setiap kumpulan harus membuat satu lakonan mengenai nama-nama kumpulan mereka. Lakonan ini lebih kurang seperti tazkirah ataupun ceramah tetapi di sampaikan melalui lakonan. Bermacam-macam gaya lakonan dipersembahkan memang best dan dapat pengajaran dari situ.

Pada keesokkan harinya, selepas solat subuh kami membuat aktiviti riadah iaitu bermain bola menggunakan kain batik. hehehe..Memang best dan happy. Masing-masing bersemangat nak menang tetapi ada seorang Ahjussi ini marah sebab kiteorg bising. hehehe.. Kalau dekat Malaysia pukul 7.00 pagi ada yang sudah bangun. Ini dekat Korea masing-masing diulit mimpi-mimpi yang indah. 


Selepas aktiviti riadah, sudah tiba masanya untuk kami pulang ke university masing-masing. Sebelum itu, sempat lagi kami bergambar. hehee. Selepas ini, mungkin kami tidak berjumpa lagi. Sekadar bertanya khabar melalu FB atau pun KakaTalk saja. Alhamdulilah, program ini, banyak menyedarkan Azie terutamanya  dari segi solat dan membaca al-quran. Insha Allah, Azie akan cuba memperbaiki diri Azie. Apabila Azie bersama dengan ISMA Azie rasa tenang dan selamat. 

Dibawah ini Azie letak kan beberapa gambar kami sebelum berangkat untuk pulang ke Jecheon City. Baru sehari kami berjumpa dan bercakap. Azie rasa senang dengan mereka. Meraka walaupun bertudung labuh, sentiasa menjaga aurat dan solat tetapi mereka ini bila nampak camera berebut-rebut jugak hehehe. Entah bila kita dapat berjumpa lagi.





Semasa menunggu yang lain bersihkan diri dan bersiap. Apa kata kita semua ber "WELFIE" dulu. Tengok tu masing-masing nak bergambar. Sampai sanggup berebut-rebut nak tengok camera. hehehe


Ini baru separuh yang ada. Sebelum nak berangkat kami mengambil gambar bersama-sama.Insh Allah nanti ada rezeki. Umur yang panjang kita berjumpa lagi.

Pagi ini azie cerita part 2: pengalaman , dan aktiviti azie ketika berada disini. Azie akan kongsikan apa yang telah terjadi selama tiga bulan azie disini. Begitu cepat masa berlalu, tinggal lagi sebulan untuk azie pulang ke tanah air. 

Insha Allah kalau ada masa nanti Azie akan update Part 3. Mesti ada yang tanya kenapa baru sekarang Azie nak update entry. Jawapan Azie senang saja. Azie tidak mempunyai masa untuk membuka blog. Tugas harian Azie disini sentiasa pack. Insha Allah, kalau ada masa nanti Azie akan update. 

Selamat membaca 
Annyong 

Wassalam