Wednesday, November 26, 2014

2
Moshi Moshi

Part 1: First Impression

 photo Salam-1.png

Hari Ini genap tiga bulan azie berada di negara orang. Ini adalah pertama kali Azie berjauhan dengan family. Ini juga pertama kali Azie hidup berdikari di tempat orang.  Apabila Azie berada disini,  Azie berasa bersyukur sangat sebab diberi peluang merasai kehidupan dan pengalaman berada di negara orang. Tapi kalau diberi pilihan, Azie tetap pilih Malaysia. Walaupun disini Azie susah untuk dapat bekalan makanan yang HALAL dan juga dari segi penggunaan bahasa yang berlainan membuatkan Azie susah untuk berkomunikasi dgn classmate dan lecturer. Tetapi disini juga lah Azie dapat mempelajari perkara-perkara yang baru. Disini juga azie dapat kawan baru dari negara-negara lain seperti Russia, Portugal, Vietnam, Thai, Indonesia dan lain-lain negara lagi. Azie berasa cemburu dengan mereka kerana mereka walaupun datang dari negara lain dan penggunaan bahasa yang lain tapi mereka boleh bertutur dalam bahasa Hangul. Itu adalah first impression Azie apabila menjejak kaki di negara KOREA ini.

Pada hari pertama Azie sampai di sini, Azie rasa bersyukur kerana telah diberi peluang untuk training di negara Korea ini. Perjalanan Azie dari Incheon Airport ke Jecheon City mengambil masa selama 3 jam untuk sampai di SMU (Semyung University). Apabila Azie sampai sahaja di SMU. Wow....itu lah perkataan yang keluar dari mulut Azie. It so amazing place. SMU ini dikelilingi gunung-gunung dan suasana tempat memang menarik dan tenang. Malah berjauhan dengan pekan. Memang sesuai untuk dijadikan tempat unutk menyambung pelajaran dalam bidang Diploma ataupun Degree. It so nice place and environment.Kehadiran kami juga dialu-alukan oleh pihak SMU.SMU ini ramai juga student Malaysia yang menyambung pelajaran disini. Kalau tak silap azie ada lah dalam 30 orang.  Sesiapa nak datang sini untuk menyambung study kena pandai cakap hangul atau pun Korean Language because dekat sini mereka menggunakan bahasa Korean sebagai bahasa utama mereka.

 : First Day: Arrivie Incheon Airport 28/08/2014:

Selepas itu, Senior-senior Malaysia membawa kami untuk membeli barang-barang keperluan seperti sabun, bantal, blanket dan sebagainya. Mereka membawa kami ke Shinnan ( Downtown). Kami pergi ke Shinnan dengan menaiki bas. Pekan Jecheon City tak lah besar seperti di KL. Pekan Jecheon City itu, lebih kurang pekan Gopeng macam tu. Tetapi semua keperluan ada di jual dekat pekan itu. Cuma kena pandai cari saja.



: Shinnan (Downtown) Jecheon City :

Kalau siapa-siapa yang pernah tengok Reality Show Running Man, mesti korang semua terliur tengok juadah atau pun street Food dalam  program Running Man.  Kalau tengok mereka makan macam sedap saja. Macam best saja. Dekat Jechen City ini pun ada jual makan-makanan seperti dalam Running Man tu tetapi kena Alert sikit sebab takut ada campur dengan daging dweji. Dwenji ini dalam bahasa hangul. ( Pandai-pandai la korg fikir yer).  Street Food ini macam-macam ada jual dan harga pun murah . Selalu yang azie suka beli dan makan seperti Ttokpokki, Kimbap goreng, Odeng, tokki dan macam-macam lagi. Tetapi kalau dekat seoul mahal sikit dari Jecheon.

: Food stalk or Street Food :

  
 : Market Jecheon City:

Next day, Azie kena pergi Hospital for the medical checkup. Berbelit jugak lah lidah ini cakap hangul dengan nurse tu. Tetapi nasib baik lah ada Sunbae ( Senior) yang tolong kami untuk uruskan pasal medical checkup tu. Biasalah kalau checkup kan lebih kurang sama dengan dekat Malaysia. Tiga benda ini  yang selalu diambil untuk checkup : (1) X-tray (2) Urine Test (3) Blood Test. For checkup saja Azie kena bayar dalam 30,000 won bersamaan dengan RM100 duit Malaysia.



: Waiting For Medical Checkup :

First week berada di SMU, Azie tidak mempunyai apa-apa plan. Masa berada disini student-student masih lagi bercuti semester. Jadi hostel yang Azie duduk ini memang sunyi. Nasib baik ada student international dari pelbagai negara termasuklah Malaysia tak ada lah rasa gerun. Hostel SMu ini memang besar dan selesa. Sebab satu bilik dua orang dan terdapat bilik air didalam bilik azie. Ini merupakan kelebihan hostel di SMU ini. Bilik air tidak berada di luar. Kemudahan di dalam hostel ini semua serba lengkap dan tidak mempunyai kekurangan langsung. 

Selepas seminggu berada di sini, Mulakan kehidupan Azie sebagai seorang student dan pekerja. Disebabkan disini menggunakan Korean Language jadi azie diminta untuk mengambil Korean Language untuk memudahkan Azie untuk bertutur. Pada Mulanya memang susah untuk Azie menggunakan Korean Language sebab kebanyakkan perkataan sebutannya lebih kurang sama tapi makna yang berlaian dan character yang berbeza. Ini membuatkan azie berasa susah untuk berutur tetapi azie boleh memahami setiap butir bicara yang mereka sampaikan kepada Azie. 



: Kami semasa berada di kelas Hangul:

 Azie rasa sampai disini saja dulu first impression Azie semasa datang ke Korea. Nanti ada masa azie akan update lagi. Azie nak minta maaf kerana azie lama menyepi . Azie menghilangkan diri  sebab azie tidak mempunyai masa untuk update entry. Inshallah nanti azie akan update lagi. 



Wasalam,

Annyong (^_^)












2 comments:

Anonymous said...

akak... akak buat internship ke skarang ni kat koreaa? saya dapat tawaran diploma multimedia di UNIKL.. macam mana ye akak dpat ke korea? akak buat diloma di UNIKL ke? pastu ..alamak saya x reti lah camna nk terangkan soalan saya ni. saya berminat sangat sangat nak belajar ke korea slepas baca pengalaman akak kat sana. boleh ceritakan macam mana akak dapat ke korea?

Saya harap sangat akak dapat luagkan masa untuk baca dan balas soalan saya ni. Terima kasih.

Axieana Yumi Life said...

Sorry adik. akk baru perasan comment dri adik. kalau amik diploma akk syorkan terus continue amik degeree. lepas tu try mtk under ACE student tapi dengan bersyarat pointer CGPA mesti 3.00 ke atas. Kalau under ACE student adik akan sambung belajar dekat korea selama dua tahun. kalau intern pulak nanti masa meeting for internship akan ada briefing pasal intern di korea.