Thursday, November 27, 2014

0
Moshi Moshi

Gadis-gadis Villa Sumali

 photo Salam-1.png

Selama tiga tahun setengah kita mengharungi susah senang bersama. Gelak ketawa, bergurau senda, kita sentiasa bersama. Setiapa masalah yang kita alami. kita tetap bersama. Setiap dugaan yang mendatang kita tetap bersama. Ini adalah pertama kali kita berpisah selama tiga tahun setengah bersama. Azie begitu rindu sangat- sangat dengan korang semua. Korang adalah kawan-kawan yang terbaik bagi azie. Masa berlalu begitu pantas sekali. Hanya dengan sekelip mata kita berpisah. Sayang korang semua.

Gambar ini adalah gambar terakhir kita sebelum kami semua berpisah menuju jalan kehidupan masing-masing. Masa ini kami semua pergi bersuka- ria di Sunway Pyramid. Masa ini, kami begitu gembira dan enjoy sangat. Sehari suntuk kami bersama.


Sekarang genap enam bulan kita berpisah. Azie sentiasa terbayang-bayang kerenah dan telatah setiap seorang daripada mereka. Rindu tak terkata Azie rasakan. Kepada Adik-adik : Amy, Nurul, Syaza, dan Afi. Ini pertama kali Azie rasakan kawan-kawan yang terbaik untuk Azie. Terima Kasih tidak terhingga Azie ucapkan. Kepada : Mayang, Farah dan Ikin. Azie rindu korang sangat-sangat.

Pada masa ini, masing-masing tengah membuat persiapan untuk berkahwin, bertunang, convocation, dan intern. Masing-masing berkongsi perasaan teruja apabila masing-masing akan bertukar status. Masing-masing bertanyakan pendapatan dan idea untuk tema majlis masing-masing.
Paling Azie tak boleh berpisah adalah dengan Mayang. Dari Sem 1 sampai Sem 6 kami sentiasa bersama. Kami tak pernah berpisah, walaupun kami didalam jurusan yang berlainan. Mayang seorang kawan yang baik dan lembut. Selalu buat Azie tersenyum dan tergelak. Bila Mayang serius semua orang takut nak tegur. Padahal Mayang bukan seorang pemarah. Rindu sangat-sangat dekat Mayang.
Masa ini Ikin adalah roomate Azie. Ikin tak dapat join kerana Ikin perlu membeli barang-barang persiapan untuk bertunang. Ikin seorang yang terlalu baik. Cuma ada masa mulut Ikin ada juga makan hati tapi niat Ikin hanya lah nak tegur dan mahu perbaiki diri kita juga. 

Fara pula seorang yang pendiam pada mulanya. Bila sudah jadi housemate and roomate. Tak sangka fara merupakan seorang yang talkative. Boleh bergurau dan gila-gila juga. Kami selalu keluar bersama-sama satu rumah. Sebelum ini, kami gadis-gadis villa sumali selalu hangout bersama jika ada masa terluang. Kami pergi Karaoke, Bowling, Tengok wayang dan banyak lagi aktiviti yang kami selalu lakukan bersama. Mungkin disebabkan itu, ukhwah diantara kami begitu erat.

Pada masa ini , Syaza pula akan melangsungkan perkahwinannya denga pilihan hati syaza. Syaza adalah housemate baru di Villa Sumali. Syaza duduk dengan kami dalam setahun. Syaza ini memang kelakar dan kuat tidur. sekarang Syaza dah jadi isteri orang dan bakal menjadi ibu tidak lama lagi. Syaza merupakan student Islamic Finance UnikL uBis. Azie harap Syaza dan suami bahagia selalu hingga ke akhir hayat korg.

Nurul begitu comel dan kecil orangnya. Ikin selalu menyakatnya dengan panggilan Dora, kerana suara nurul macam Dora. Nurul seorang gadis yang lincah  tetapi hatiny mudah terusik. Selalu menceritakan masalahnya kepada kami . 

Amy merupakan gadis yang agak garang dan tegas. Setiap apa yang ditegur adalah untuk kebaikkan kami bersama. Setiap perkara yang mahu dilakukan pasti Amy akan berbincang dengan kami semua terlebih dahulu.

Afi merupakan adik paling bongsu didalam rumah kami. Afi memang cantik, lawa dan comel. Sentiasa membuat kami tersenyum. Afi juga pandai mencari rezeki. Rajin berkerja part time untuk menampung perbelanjaan dirinya.

Eha pula, sekarang dah pun menjadi isteri orang. Eha merupakan seorang gadis warganegara vietnam tetapi lebih 22 tahun menetap di Malaysia. Eha seorang gadis yang baik. Eha juga pandai memasak. 

Sekarang, masing-masing sedang menuju kehidupan mereka. Mereka telah menemui apa yang mereka kehendakki. tetapi aku ?? Jalan untuk aku belum pasti lagi. Ke mana arah yang harus aku tuju. Dimana permulaan bagi diri aku. Azie harap segala yang azie rancang akan berjalan dengan lancar. Insha Allah.




Kepada gadis-gadis villa sumali, Azie rindu sangat-sangat denga korg semua. Korang adalah kawan yang terbaik pernah azie jumpa. Sayang korang semua. Nanti azie balik Malaysia. Harap dapat jumpa korang semua. I miss yu guy


Insha Allah, Kalau diizinkan Allah SWT pasti kita berjumpa lagi. Jikalau ada rezeki kita akan berjumpa lagi. I Love U all.

Wassalam

No comments: