Monday, July 7, 2014

3
Moshi Moshi

Review: NATURE REPUBLIC ALOE VERA SOOTHING & MOISTURE vs TONY MOLY TOMATOX MAGIC WHITE MASSAGE PACK

 photo Salam-1.png

Apa khabar??Malam ini azie nak buat review pasal skincare. Apa itu skincare??? Skincare bermaksud penjagaan kulit muka kita. Kadang-kadang bukan semua product penjagaan kulit ini sesuai dengan kulit kita. Sebab ada sesetengah orang mengalami masalah kulit yang berminyak, kulit kering, kulit yang berjerawat dan bermacam-macam lagi masalah kulit yang mereka hadapi.

Sebelum ini azie ada share penjagaan kulit azie iaitu NANO WHITE bsebelum azie menggunakan kan nano white, azie pernah mencuba pelbagai jenis pencuci muka, toner ataupun krim muka. Tetapi kulit azie menjadi semakin teruk. Azie pernah mengalami masalah jerawat yg teruk. Mungkin ada yang pernah mengalami masalah jerawat yang bernanah2...lepas tu merahnya jangan dikata lah kan.

Setelah azie menggunakan nano white alhamdulilah kulit azie semakin sihat. Bekas-bekas jerawat pun dah hilang. jerawat pun susah nak tumbuh.

Malam ini azie nak share dua jenis product dari korea yang telah azie cuba. Product ni memang berkesan tetapi depend lah jenis kulit korang yer. Product yang pertama ialah "NATURE REPUBLIC ALOE VERA SOOTHING & MOISTURE" dan product kedua ialah "TONY MOLY TOMATOX MAGIC WHITE MASSAGE PACK"


NATURE REPUBLIC ALOE VERA SOOTHING & MOISTURE ini mengandungi 92% aloe vera. Texture aloe vera ini seperti gel dan mudah meresap apabila disapu ke atas kulit. Aloe vera ini mempunyai banyak kebaikkannya dan boleh digunakan pelbagai cara. Boleh digunakan dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Dekat bawah ini azie ada lampirkan gambar packaging aloe vera ini. 



NATURE REPUBLIC ALOE VERA SOOTHING & MOISTURE

Dekat bawah ini , azie ada lampirkan cara-cara untuk menggunakan gel aloe vera ini. Terdapat  8 cara untuk menggunakannya. 


FUNGI : NATURE REPUBLIC ALOE VERA SOOTHING & MOISTURE

Tadi azie cerita pasal Aloe vera sekarang kita tutup pasal aloe vera gel. Now, Azie nak cerita pasal  TONY MOLY TOMATOX MAGIC WHITE MASSAGE PACK pula.  TONY MOLY TOMATOX MAGIC WHITE MASSAGE PACK ini merupakan masker pelbagai guna yang mengandungi ekstrak tomato yang kaya dengan ejen detox untuk kulit yang licin. Ianya turut mengandungi ekstrak lemon untuk mempercepatkan penghasilan kolagen dan juga dapat mencerahkan tona kulit kita. Dalam tomatox magic white massage pack ini juga mengandungi ekstrak Baicha untuk membantu meredakan kulit serta memberi efek kecerahan. Terdapat juga ekstrak Houstonia merupakan herba ajaib yang mengandungi 10 kebaikan antaranya ialah:

-Anti- Inflamasi 
- Anti-oksidan
- Anti-elergik
- kecerahan kulit lebih cerah berseri

  Dekat bawah ini adalah bentuk packaging masker : TONY MOLY TOMATOX MAGIC WHITE MASSAGE PACK. Comel kan. Bentuk packagin masker ini seperti buah tomato. Dah nama pun Tomato magic white massage. Masker ini boleh tahan dalam 6 bulan lebih. Kalau korang pandai jimat lah yer. Lagi satu masker ini boleh dipakai oleh perempuan atau lelaki tetapi depend pada jenis kulit korang. Kalau korag rasa tak rasi berhenti lah pakai yer. 


                                TONY MOLY TOMATOX MAGIC WHITE MASSAGE PACK

Bawah ini ada review sedikit sebelum dan selepas memakai masker.



BEFORE & AFTER
  
Cara-cara nak menggunakan masker ini senang saja. Mula-mula:

1. Bersihkan muka terlebih dahulu dengan pencuci muka. 
2. Sapukan pada wajah yg kering dan gosok secara perlahan selama 1- 2 minit
3. Selepas selesai gosok, biarkan wajah selama 5- 10 minit
4. Cuci mengunakan air suam. Jika susah nak cuci, disarankan menggunakan span muka untuk tanggalkan masker.
5. Guna 2 - 3 kali seminggu atau setiap hari jika mahu kulit menjadi lebih flawy and cerah


Harap korang semua suka dengan entry kali ini. Azie minta maaf sebab sudah lama tak update apa2 entry because sekarang azie bz dgn projek paper untuk conferenc KLTECH nanti. Doa-doa kan azie berjaya yer. 

Azie minta diri dulu. Sebelum itu azie nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Semoga pada bulan puasa ini segala amalan yang kita lakukan akan diterima oleh ALLAH SWT. 

Wassalam,





3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great sharing

Anonymous said...

kat mne nk beli

Axieana Yumi Life said...

Product ini azie beli secara on9 dari korea. but now dekat Malaysia dah ada store product ini. Tony Moly and nature republic

product ini memang bagus dah nak dekat setahun azie pakai product ini. Alhamdulilah berkesan.