Wednesday, January 22, 2014

0
Moshi Moshi

Review: Tony Moly Lipt Tint Magic

 photo Salam-1.png

Hye. Good Morning. Apa Khabar??Dah Breakfast ker belum??Sebelum nak buat sesuatu seperti nak pergi kerja, pergi sekolah atau pun pergi kelas korang kena lah breakfast dulu. Kalau tak breakfast mcm mna nak buat kerja-kerja dekat office dan mcm mna lah nak terima ilmu yang diberi oleh pengajar kepada kita. Breakfast sangat-sangat lah penting tau.

Pagi-pagi nie azie tak tahu nak update apa disebabkan azie bosan. azie nak buat review lagi . Review kali ini pasal penjagaan bibir. Pernah tak korang semua ada masa bibir menjadi kering, mengelupas kadang-kadang rasa tak selesa. apabila lepas makan sahaja lipstick mesti akan hilang. Ada juga yang mengalami masalah bibir yg gelap, pucat dan sebagainya. Pernah tak korang hadapi semua tu.

Macam azie pernah juga alami. Azie sering kali mengalami masalah bibir mengelupas terutamanya apabila berada di persekitaran yang sejuk seperti didalm office or kelas. Kadang-kadang ada juga yang cakap bibir azie pucat macam tak sihat.

Hrmm...Disebabkan azie tidak suka memakai lipstick  ramai yang mengatakan bahawa azie nie seperti tidak bermaya, muka letih, tak ceria dan tak sihat. Jadi azie cari jalan penyelesaian yang lain. Azie mencuba satu produk dari Tony Moly iaitu " Lipt Tint Magic". Harga lipt tint magic ini RM19.90.  Kedai Kosmetik TOny Moly ini terdapat di KL FESTIVAL. Pada mulanya, azie tak berapa minat nak beli sebab bagi azie tengok lipt tint ini sama saja macam lip balm yang lain. Tetapi disebabkan member yang suggestkan jadi azie pun cuba beli satu iaitu " lipt tint magic Strawberry". Lipt tint strawberry nie bekas dia yang jernih tu.



Mula-mula pakai azie ingat tak ada warna sebab temgok packaging lip tint ini warna putih. Jadi azie pun letak lah sesuka hati azie sahaja. Tapi rasa and bau lipt tint ini memang bau strawberry. Pakai punya lah pakai....Ambil kau...Merah bibir azie dibuatnya. Rupa-rupanya lipt tint ini memang ada warna apabila kita pakai pada bibir. Tapi warna bibir kita jadi warna natural tak adalah merah sangat seperti lipstick. Satu hari azie pakai dengan sapuan pada pagi sebelum pergi kerja sampai lah nak balik bibir azie still merah-merah jambu gitu. Walaupun azie dah makan lunch...hi tea but my lips still same. Sampai lah sekarang azie still pakai lipt tint ini. Dah tak pandai dah lip balm yg lain. Patut lah nama liptint ini " Lipt Tint Magic" because color packaging white  but after applying on the lipt...WOW..so gorgeous....



  

By the way lipt tint ini ada empat jenis tapi yang azie tahu hanya tiga sahaja. Packaging yang putih itu adalah strawberry, Green adalah Apple and merah hati is a grape. Each of this lipt tint have a different color But I like all this lipt tint color because is very suitable with my skin. Lip tint ini juga melembapkan kulit bibir azie. Now, bibir azie dah tidak mengalami masalah mengelupas. 

Mungkin sesetengah cara pemakain lipt tint ini lain. Cara pemakaian yang azie selalu pakai ialah first azie akan apply "Vaseline Lipt Theraphy" lepas itu, baru azie apply lipt tint ini. Apabila azie pakai cara begini, bibir akan mendapat lebih kelembapan dan bibir juga tidak akan menjadi kering. Selain itu, warna lipt tint tu menjadi lebih cantik dan tahan lama. It depends kepada sesetengah individu cara pemakaian atau penjagaan bibir. 

Azie rasa itu sahaja yang dapat azie kongsikan bersama korang semua. Hopefully korang semua suka dengan entri kali ini. Azie minta diri dulu. Jika ada kesilapan, kesalahan azie mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jika ada certain entri azie yang membuatkan korang semua tidak suka. Apa yang azie update ini adalah sekadar suka2 sahaja. Menceritakan pengalaman, percutian  dan selainnya. 

Inshaallah , kalau ada rezeki nanti azie update lagi yer. 

Wasalam,




No comments: