Sunday, January 19, 2014

0
Moshi Moshi

Review Etude House product

 photo Salam-1.png

Hye. Apa khabar? Azie harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga...buah hati....anak-anak yang tersayang. Azie minta maaf kerana sudah beberapa bulan ini azie sudah jarang meng"UPDATE" blog disebabkan kesibukkan yang tak dapat azie elakkan.

Pada hari ini azie akan mengupadate something pasal produk kecantikan, kosmetik dan skincare. Mesti anda semua bosan asyik entri pasal Kpop, holiday, and etc. Now, azie nak update something different sikit dari sebelum ini.  Ini adalah entri pertama untuk tahun baru 2014. Pada bulan ini Etude House telah membuat satu promotion untuk jualan barang-barang produk mereka iaitu:


Ini lah barang-barang yang EH buat promotion. Azie memang suka beli skincare, make up , and mask dekat EH kerana barang-barang mereka semuanya berkualiti tinggi tetapi yang paling best kalau beli lebih dari rm50 boleh dapat sample dari mereka.

This month EH buat promotion "SWEETIE CLUB 2014" promotion ini valid for this January only.  Antara barang-barang yang tersenarai didalam promotion ini ialah "

I Need You Mask Sheet 5pcs RM15
 Milk Talk Body Wash Rm19.90
Dear My blooming eye RM39.90
Look My Eye Duet RM19.90
EH Dear Girl Vitcara Long& Curl Mascara RM 19.90
EH Dear Girl cute Eye maker RM29.90
EH Dear Girl Lip Balm RM 19.90
EH Dear Girl Tint + Balm RM 29.90
EH Dear Girl Be Clear BB Cream Rm 29.90

Murah kan???Bagi azie murah lah. kalau nak ikut kan harga sebelum promotion satu barang saja dah rm50 and above. Walaupun harga mahal kualiti barang EH memang bermutu. Sebelum ini azie dah cuba pakai compact powder dari EH iaitu :


Dear My Blooming Pact

Azie pakai Natural beige iaitu code utk color compact powder ini W13. Masa azie beli compact ini dengan harga promotion RM29.90. Bagi azie bedak compact ini best bila pakai. Bedak ini tidak berminyak apabila berada dibawah cahaya matahari. SPF bedak compact ini ialah SPF 30/PA++.

Selain daripada compact powder ini, azie juga telah cuba memakai BB cream dari EH juga.  Nama BB cream ini ialah Preciuous Mineral BB Cream Bright Fit. Azie memakai code warna W13 dan mempunyai SPF 30/PA ++. BB cream ini sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tetapi bagi azie code W13 natural beige ini tidak sesuai dgn kulit azie kerana warna BB cream ini terlalu gelap. BB Cream ini harga dia RM90.00. Selepas pakai BB cream ini kulit muka akan jadi smooth dan tidak berminyak apabila erada di bawah cahaya matahari. Anda juga tidak perlu memakai bedak compact apabila anda sudah meletakkan BB cream ini ke kulit anda. tetapi depend kepada sesetengah individu sama ada nak letak compact powder atau tidak. Dekat bawah ini azie ada letakkan gambar BB Cream EH. 


Precious Mineral BB Cream Bright Fit.

Selain daripada barang make up seperti compact powder dan BB cream. Azie telah pun mencuba Scrub Massage utk kulit muka. Disebabkan produk skincare yang azie guna tiada scrub massage, Azie telah mencuba salah satu scrub massage di EH produck iaitu :



Scrub Massage Skincare 


Scrub Massage dari EH ini ada banyak tetapi azie telah mencuba Scrub Massage Cream Pomegranate. Sruc ini untuk memberi kulit jadi smooth. Cara penggunaannya senang sahaja. Mula-mula kena cuci muka dengan cleanser. Lepas itu, lap kulit muka sampai kering dan letakkan scrub massage ini pada kulit muka. gosok secara bulatan supaya scrub ini dapat menanggalkan kesan-kesan kotor yang terdapat pada kulit. selepas itu, basuh kulit dgn air suam tau ( jgn guna air pns...). lepas tu korang akan dapat rasa perbezaan kulit korang. Satu paket ini boleh pakai 3x tetapi azie boleh pakai lebih dari 5x untuk satu pakat. satu paket ini harga RM9.90 murah saja. Ini harga untuk paket berkembar.

Sekarang azie nak cerita pasal Mask pula. Mask ini elok untuk kulit terutama kepada yang tidak mempunyai masa untuk menjaga kulit muka anda. Mask nie bukan kena pakai selalu pun seminggu 2x pun dah memadai. Hari tu masa promotion azie telah membeli Mask sheet sebanyak 5pcs dgn harga RM15.00 sahaja. Kalau harga sebelum promotion satu sheet RM 6-RM 10 kalau tak silap azie lah. Dekat bawah ini azie lampirkan gambar mask yg azie beli tu. 


I need Mask Sheet 5pcs

Selain dari mask sheet tu kalau korang rasa mask sheet ini macam rugi saja beli sebab hanya boleh pakai sekali saja. Korang boleh juga membeli mask seperti gambar di bawah ini. Mask ini namanya It's Real Mini Pack. Kalau tak silap azie mask ini ada banyak packaging tetapi azie suka dua packaging yang azie telah lampirkan gambar dibawah ini.



It Real Mini Pack Mask

Mask diatas ini pakainya sama sahaja seperti yang pakai scrub massage. Mask ini diperkaya dgn vegetarion dan fruit. Mask yang azie beli ialah "It Real Mini Pack Chesnutt Shell"  Mask ini adalah untuk menanggalkan kotoran yang terdapat pada kulit muka. Lupa nak beritahu harga hehehe...Satu mask ini harganya RM9.90. Boleh pakai sebanyak 3x kalau pandai jimat lebih dari 3x. Mask ini juga ada jual dalam satu set setiap set tu terdapat pelbagai jenis mask seperti hilangkan kotoran, hydration, melembapkan kulit dan sebagainya. 1 set It's Real Mini Pack dengan Harga RM89.90.

Make up, Skincare, dan Mask terdapat juga hand cream yang begitu wangi sangat-sangat. Azie telah pun membeli salah satu hand crean dekat EH dgn harga promotion RM19.90 iaitu I can Fly Hand cream .Harga sebelum promotion ialah Rm35.90. Kalau korang tengok packaging dia mesti korang akan beli. COmel sangat2. 


I can fly Hand cream 

Tengok packaging hand cream ini comel kan. Siapa lah yang x akan terbeli tengok burung hantu secomel ini. Hand cream ini memang mudah untuk dibawa kemana2. Hand cream ini akan membuatkan kulit tangan korang lembut dan sentiasa wangi. Lagi satu yang azie paling suka...Hand cream ini tidak melekit dan cepat kering apabila sapu di tangan.  Seterusnya azie nak share untuk yang terakhir iaitu Body care. Sebelum ini azie memakai dove sebagai sabun mandi azie sampai lah sekarang tetapi azie telah mencuba salah satu produc EH iaitu untuk body Care Nama Shower itu ialah " Milk Talk Body Wash" terdapat  lima jenis wangian tetapi azie rasa kalau korang bau body wash ini mesti akan rasa lapar.  seperti nak makan saja sebab bauan body wash ini menyerupai susu strawberry, chocolate, buah apple dan etc. Dekat bawah ini azie lampirkan gambar comel milk talk body wash. Comel kan...Harga masa promotion RM19.90. Sebelum promotion RM35.90. Body wash ini boleh dibawa untuk travel sebab comel dan kecil saja.


Milk Talk Body Wash

Ini semua adalah barang-barang yang azie beli masa promotion bulan ini January pada tahun 2014. Selepas tu, azie dapat satu sample body scrub dari EH iaitu KNOW YOUR BODY Soft cream scrub. 


Know Your Body Soft Cream Scrub

Etude House bukan sahaja produck make up dan skin care malah EH merupakan satu station yang mempunyai pelbagai produck dari hujung rambut sampai hujung kaki setiap individu. EH juga bukan sahaja untuk kaum wanita tetapi kaum ADAM pun ada juga.  

Hari ini memang azie spend time untuk update pasal produk-produck yang tekah azie cuba. Alhamdulilah sampai sekarang elok sahaja dan tidak mempunyai masalah apa2. kalau sesiapa yang mahu mencuba produk dari EH korang kena cuba pakai trial kit dulu. takut sesetengah kulit tak sesuai dengan produk2 seperti ini. 

Ok lah azie nak pergi lunch dulu. Dah terlalu lapar sangat-sangat ini. Nanti ada masa azie akan share lagi apa2 produk yang azie gunakan. Have a nice day. Happy weekend ...

Wassalam,


















No comments: