Saturday, December 20, 2014

0
Moshi Moshi

Part 14: Ski

 photo Salam-1.png 

Selamat pagi!!!!Hye korang. Tengah buat apa tu??Dah breakfast ker???Hehehe Minggu ini adalah minggu terakhir Azie dekat Korea. Azie akan update beberapa Entry lagi sebelum Azie pulang ke Msia. Perasaan sedih tu memang ada tapi Azie tidak mahu ikut perasaan sangat nanti membawa padah pada diri kita pula.  

Pada 28/11/2014 International Affairs Department telah mengadakan satu aktiviti yang membuatkan kami rasa terlebih EXCITED nak pergi. Ialah dekat Msia bukan ada tempat-tempat macam tu. kalau ada pun semuanya tiruan dan bayran masuk pun mungkin lagi mahal daripada tempat yang mereka bawa ini. Kami bertolak dari Department dalam pukul 8.00 pagi dan kami sampai dlm pukul 9.00 pagi. Perjalanan itu, mungkin mengambil dalam masa sejam. Hehehehe...semasa perjalanan tu Azie tidur sebab malam tu Azie ada kerja sikit nak buat. Jadi main agak-agak ajer masa tu. Ohhh...lupa pulak Azie nak beritahu dekat mana Azie pergi. HEheheheh Sorry..Mereka membawa kami bermain SKI. Kalau korang tengok drama-drama korean mesti ada tempat Ski ini. 


Sampai sahaja di pintu utama SKI ini , kami diminta memakai jacket, seluar, protection, dan juga kasut SKI. Nampak tak gambar kami dekat atas ini, semuanya nampak gemuk-gemuk kan. Padahal tak gemuk pun hehehehe...dalam tu ada protection daripada pinggang ke bawah. Jacket tu memang tebal. Panas dohhhh....hehehe. Tadi version perempuan sekarang version lelaki pula. Tetapi yang kami tengok lelaki ter "OVER EXCTED" pula.


Selepas kami memakai baju yang mereka beri. Kami di minta untuk pergi ke kaunter kasut. tengok kasut dia dari jauh lebih kurang macam kasut robot pun ada. First Azie fikir, Kasut tu tak berat mana pun. Sekali dorg bagi dan pakai Masya Allah...Berat nak mati. Sampai tak seimbang kami dibuatnya. Hehehe...
Tengok dekat bawah tu, kasut kami dah macam robot dah. Jalan pun memang dah macam robot. huhuhu..Kami ingatkan dorg tolong bawak kan yang papan luncur tu dengan tongkat tu sekali. Tetapi kami pula yang kena bawa. Papan tu pun sama berat dengan kasut yang kami pakai. Azie tengok dorg semua angkat. Azie main heret ajer. Dah tak mampu nak gendong letak dekat bahu.. huhuhu.

 Ini masa mula-mula main. Susah jugak lah nak main sebab tangan Azie tak kuat nak tolak . Disebabkan asyik main jatuh main jatuh. Last option tak payah main. Hehehe..Yang lain Azie tengok sampai 5x naik atas bukit tu . Azie dengan tiga orang member Azie memang malas nak naik. Lagipun apabila jatuh tu, memang tak sakit tapi nak bangun tak boleh kena ada orang tolong. huhuhu...Lepas itu, kami rehat kejap, kami pergi lunch dalam 30 minit dan solat sekali. hehehe....Kami lunch biasa ajer. Makan UDONG mee jepun tu. Mesti tahu kan ???


Selepas makan dan solat, kami pun fikir sama ada nak naik bukit tu lagi atau tak. DIsebabkan ada dua orang penghasut. Azie dengan fara tak naik bukit. Kami fikir nanti-nanti lah naik. HEhehee..Kami main-main salji ajer dekat bawah. Siapa yang lalu dekat tempat kami memang kena fire hehehehe. Kasihan dorg sampai ada yang masuk dalam baju snow ball tu hehehe

 

Mesti korang tertanya apa kerja kami. Ini kerja kami sebenarnya. hehehe. Firstly kami nak buat snowman tapi sebelum itu, kami nak buat snow ball banyak-banyak siapa yang lalu memang kena baling. hehehehe...Macam-macam gaya ada hehehe.
Ini Snowman kami. Comel tak. kami tak tahu sebenarnya nak buat snowman. Jadi macam ini snowman kami. hehehe...Snowman kenit hehehehe..

 Snowman kami ini famous. Semua nak bergambar dengan dia. Hello OLAF hehehe.
 "BINTI" ( Fara), Ekin, Muna and Me
Our first snow, so whitee

 
Menikmati musim winter sebelum balik Msia. Hopefully we can meet again.

Azie rasa sampai sini dulu entry Azie. Nanti ada masa Azie update ENtry seterusnya. Azie nak kemas-kemas barang Ahad ni nak berangkat pergi SEOUL. Ok enjoy reading!!!
 

~Annyong~
Wasalam
0
Moshi Moshi

Part 13: Paper Gallery & Exhibition Student ArtWork

 photo Salam-1.png

Hye kawan-kawan, Rindu dekat kita tak???Korang semua dah dinner ker?? Tinggal lagi seminggu Azie nak balik dah. Soo..excited. Inshallah sebelum balik Malaysia Azie akan cuba habiskan entry azie ini.
 Tolong abaikan muka kami yang macam baru bangun tidur ini yer.

Hari ini Azie nak share pengalaman Azie semasa Exhibition for graduation student visual design . Sebelum kami pergi ke exhibition tersebut. Azie dibawa oleh proffesor untuk pergi ke paper gallery. First Azie ingat gallery paper  yang lekat dekat dinding tu tetapi bukan. Dalam gallery ini mempamerkan beberapa design typography dan design-desiign yang lain. Paling Azie bangga ada buku portfolio student SMU dipamerkan dekat gallery ini. Wahhh kagum sungguh dengan dorg.

Terdapat juga beberapa design seperti packaging, business card, google 3D, dan macam-macam lagi yang terdapat dekat gallery ini. Sepatutnya kami ada talk session pasal paper gallery tapi disebabkan dalam bahasa korean jadi kami malas nak join. Kalau kami dengar pun bukan kami paham. Jadi lebih baik kami berlegar-legar dalam gallery ini. Mana tahu kan dapat idea untuk buat project akan datang. 
Azie suka design tapi Azie selalu mempunyai masalah dengan warna dan juga combination . Tetapi azie akan cuba dan terus mencuba supaya mejadi seorg designer yang terbaik.  Ini Azie share beberapa gambar semasa azie berada di Paper Gallery.
 

 Ini beberapa typography yang terdapat dalam gallery ini.

Ini adalah kami. membelek apa yang ada dalam buku tu. Dalam buku tu bermacam-macam design yang ada. daripada berwarna hingga lah hitam putih. Mereka betul-betul kreatif sangat.

 Masa ini, budak-budak yang lain pergi dengar talk. Kami memang tak nak masuk sebab tak paham sangat. Talk dalam bahasa korean memang tak boleh lah nak paham. Kalau paham pun bukan semua.

 Selepas itu, kami meneruskan perjalanan untuk pergi exhibition our "SUNBAE" pula. Wahh...exhibition dorg memang the best Azie beritahu. Berbeza sungguh dengan exhibition untuk final year student dekat unikl. Mereka buat dekat luar. Memang best sangat. Sampai professor kami cakap tempat ini tak berapa best sebab kecil. Tapi bagi Azie dah cukup ok. Setiap tempat ada group masing-masing. Mereka juga dapat tempat sendiri dan meja sendri . Kalu unikl kalu satu booth tu kena kongsi semua orang . Dekat ini lain .
                                                               Pintu masuk Exhibition                    Bahagian Canvas Painting
Entry kali ini, tak berapa banyak infomation. Sekadar nak kongsi tempat-tempat dan aktiviti yang azie join sahaja.
~Annyong~
Wasalam

Saturday, December 13, 2014

0
Moshi Moshi

Part 12: Girl Day Bowling Day

 photo Salam-1.png

Hye korang!!!Apa khabar?? Korang semua dah makan ker??? Sebelum Azie nak buat kerja. Azie nak share aktiviti azie dengan Student Ace dan Student yang datang dari Seoul. Kalau ikut kan kami nie adalah senior dorang tapi bila dah sampai dekat Korea dorang la senior kami ..hehehe..


Student Ace ini, ada membuat plan untuk kami iaitu, aktiviti bermain bowling. Lepas tu, Azie macam pelik lah dekat Jecheon City ini ada ker tempat untuk main bowling. Lagipun pekan ini kecil ajer tak besar mana pun. Melainkan kalau dekat Seoul bermacam-macam ada dekat sana. Hrmm...sepatutnya kami pergi minggu sebelum ini tetapi disebabkan dua orang roomate dan groupmate azie pergi Seoul jadi mereka extendkan pergi minggu depan.
 
First azie nak cakap budak-budak Ace ini memang baik-baik sangat-sangat. Kadang-kadang kami yang kakak-kakak nie segan dengan dorg. Kalau keluar pergi mana-mana mesti dorang akan belanja kami. Kalau kami nak bagi duit pun dorg tak nak ambil. Azie pun fikir juga, mereka ini pun student bukannya dah kerja pun. Sampai lah sekarang mereka masih belanja kami. Kalau tak makan dekat luar mesti dorg akan masak makan dalam bilik kami. Mereka memang baik. Insha Allah mana tahu satu hari nanti Azie boleh jadi macam mereka.


Kami bertolak dari SMU pada pukul 2.00 petang, itu pun lambat sebab kalau waktu weekend bas memamng lambat . Jadi kami tunggu lah dekat bus stop sambil bergosip. Biasa lah perempuan kan, Kalau tak gosip bukan perempuan namanya. hehehe. Selepas itu , kami sampai di pekan Jecheon dan terus pergi tempat bowling tersebut. Kami divide dalam tiga kumpulan iaitu Group 1, Group 2 dan group 3. Hehehe...Azie memang dah bajet mesti akan masuk longkang punya sebab Azie dah lama tak main bowling. ada lah dalam setahun macam tu. 

Azie merupakan Group1 dan ketua dalam group tersebut. Group Azie ialah Fatin, Diela, Aiman dan Eifa. Eifa ini merupakan student dari  Seoul. Azie tak ingat University mana. Hehehee... Walaupun jauh dari Seoul nak ke Jecheon, EIfa tetap datang untuk join aktiviti kami disini. Seperti yang mereka katakan untuk mengeratkan ukhwah antara satu sama lain. Hehehe...Dalam pertandingan itu, Group 2 yang menang. Group dorang semuanya terror. huhuhu..Tahniah group 2. Ada sampai strike 3 kali. Huisshhh Jelesss kejap hehehe..

 Ini group 1: Aiman, Eifa, Fatin, Azie and Diela.

Walaupun kami tak menang tapi Azie rasa happy sangat-sangat. Mereka mengingatkan Azie kepada housemate azie. Azie memang rindukan housemate Azie tapi cara mereka seperti housemate azie bila kami keluar untuk bergembira. Tapi gambar ini, kami just ACTION saja. Biasa la pinjam hadiah dorg kejap nak ambil gambar. Hehehehe.

video

Ini video masa mengaul "BIBIMBAP UKHWAH"

Selepas itu, kami pergi menunaikan solat terlebih dahulu. Selepas itu, kami pergi makan-makanan korean. Eifa belanja kami semua makan "BIBIMBAP UKHWAH". Mesti Korang rasa macam pelik kan. Korang pernah tak makan "NASI AMBANG", yang makan dalam talam kongsi 4 sampai 4 ke 5 orang tu. Lebih kurang macam tu lah, "BIBIMBAP UKHWAH" tu. Eifa order sampai 4 jenis "BIBIMBAP UKHWAH" banyak sangat-sangat. Tapi sedap. Hehehe..


Ini Azie tengah gaul  "BIBIMBAP UKHWAH".

Selepas makan, masing-masing nak makan dessert. Kami pun pergi la makan dessert dekat "SUL-BING". Masya Allah, banyak nyer. Tapi memang sedap la. Dessert dekat korean ini, memang sedap dan yang penting murah . Kami order 4 jenis dessert dan kongsi seramai 10 orang kalau tak silap Azie. Itu pun tak habis. Sambil makan dessert kami main permainan Korea iaitu "TRUTH & DARE" kalau tak silap Azie la. Hehehe...Best juga, main mainan macam tu. Hehhe...

Waktu pun semakin gelap. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke "DORMITORY". Sebelum itu, kami pergi hantar Ezaty pergi ke terminal bus sebab nak balik ke Seoul dah. Lepas itu, kami pun menaiki bas untuk bali ker SMU.

Hari ini , entry Azie simple saja. Tak ada apa-apa yang menarik pun sekadar untuk berkongsi aktiviti Azie dengan Ace student dekat SMU ini. Azie rasa sampai sini saja dulu entry Azie. Insha Allah, nanti Azie akan update lagi. Hopefully u All enjoy with my entry.


~Annyong~
Wasalam





Tuesday, December 9, 2014

2
Moshi Moshi

Part 11: Expo BioTechnology Osong 2014

 photo Salam-1.png

Hye semua. Apa khabar??korang dah DINNER??Dekat sini dinner kiteorg awal sikit . Pukul 5.30ptg dah dinner. Hehehe..patut orang-orang Korea ini comel-comel. Badan dorg pun slim saja hehehe. Hari ini korang dinner apa??Malam ini , Azie dapat makan "FISH & CHIP". Alhamdulilah, kenyang. Kalau tak, tiap-tiap hari dapat makan Tauhu, sayur, sayur dan sayur. Tekak pun dah tak boleh nak terima dah. Tapi nak buat macam mana duduk ditempat orang mesti kena tempuhi jugak.  Malam ini Azie nak update pasal " EXPO BIOTECHNOLOGY".



Nama tempat ini adalah OSONG. Bukan KOSONG tau. Kami datang sini dengan menaiki keretapi ataupun dipanggil ITX. Perjalanan kami dari Jecheon ke Osong mengambil masa selama 2 jam. Azie nak cerita sedikit pengalaman naik keretapi dekat KOREA ini. Kalau dekat Malaysia bila tiket keretapi habis, Kita tak boleh nak naik ataupun beli tiket tu. Tapi dekat Korean ini boleh. Sebab pertama kali Azie nak keretapi kena berdiri selama 2 jam. Kematu kaki dibuatnya. Sebab tempat duduk semuanya penuh, kalau nak naik juga korang kena lah berdiri. Jadi kami pun berdiri lah sampai ke OSONG. huhuhu.. Itu lah pertama kali Azie tengok servics keretapi mereka dekat sini. Pertama kali naik keretapi tak ada tempat duduk kena berdri huhuhu. lagi satu, pekerja ITX tidak check pun tiket yang kita beli. Kiranya kalau naik keretapi tak yah beli tiket pun tak per. Sebab mereka sekadar tengok kita pegang tiket. Tak check pun detail pada tiket tersebut.

 
Kami pergi ke " EXPO BIOTECHNOLOGY" dengan Miss Yujin. Sebab Miss Yujin nak spend time dengan kiteorg. Sejak sampai di Korea, Miss Yujin jarang hangout dengan kami kerana dia seorang yang workerholic dan sentiasa busy. Hari itu, dia dapat luangkan masa bersama kami. Miss Yujin datang bersama dengan husband dia. Husband dia orang Canada. That why, Miss Yujin can speak English sooo...smooth. Hehehe.

 Kami bergambar dengan orang cermin. hehehe...takut nak duduk dekat-dekat nanti habis badan luka kena kaca.

 Fara dengan Ikin mengidam nak makan aiskrim panjang nie. Memang sedap. Tercekik juga la Azie nak menghabiskannya.


 Tengok la itu, masa ini Si "BINTI" nie marah kita sebab interframe semasa dia ambil gambar. huhuhu. Sampai sanggup panggil Azie SAKA. hehehe. Tu Ikin dan Muna.

 Cantik kan tempat ini, dipenuhi dengan bunga-bunga segar. Masa ini dekat Jecheon dah autumn dah


Ini Azie kongsi gambar kami semasa berada dekat Osong. Kami bukan tengok sangat barang-barang dalam booth. Kami lebih suka bergambar lagi. Hehehehe


 Hahaha...Bila tengok balik gambar-gambar nie, teringat pula gelagat si Fara hehehe...

Jom kita lompat. Stress sebab tak dapat masuk. Ramai sangat orang tak tahu datang dari mana. Sampai berebut-rebut. 

Dalam Expo ini ada pelbagai booth. Cuma korang larat atau tidak saja nak berjalan dan menunggu untuk masuk. Sebab time kitaorg datang sini, time cuti. Jadi ramai lah orang yang datang untuk mencuba technology yang terbaru. Dekat Osong ini, Masya Allah memang panas sangat-sangat. Cuaca dekat Osong jauh beza dari Jecheon. Jecheon pula, rasa nak beku duduk dekat situ. Osong pulak dah rupa macam ayam panggang dah.

BioTechnology ini mempunyai banyak barang-barang cosmetics yang berteknologi tinggi. Korang mesti tahu yang Korea ini famous dengan plastic surgery dan cosmetics kecantikan. Azie dapat masuk tiga tempat sahaja, kerana dah tak sanggup beratur panjang tengah-tengah panas tu. Jadi Azie ada masuk BioTechnology 3D Mapping,  BioTechnology Cosmetics Factory dan BioTechnology K-Beauty.


BioTechnology K-Beauty ialah sebuah company kot..yang menaja salah satu kumpulan Girl K-pop iaitu SISTAR. K-Beauty membuat service kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Masa Azie masuk booth tu, ada tayangan video k-pop SISTAR. Azie bukan tertarik kepada group tersebut tapi Azie tertarik kepada cara mereka editing video tersebut. memang cantik dan smooth. Kalau Azie pun tak dapat nak buat video macam tu. Video project sekarang ini pun, bukan bodoh-bodoh ajer. Hehehee..


Next booth ialah BioTechnology Cosmetics Factory. Booth ini menjual pelbagai jenama cosmetics dari hujung rambut sampai hujung kaki. Terutamanya perempuan la, yang suka membeli barang-barangan skincare, makeup dan lain-lain lagi. Azie sempat beli product kesayangan Azie. Azie memang suka pakai gel tersebut kerana Ia membuatkan kulit Azie tidak kering dan sentiasa moisturizing. Sebelum ini Azie ada buat review pasal product yang Azie pakai itu. Azie bagi nama brand product tersebut, NATURE REPUBLIC ALOE VERA GEL. Kalau dekat Malaysia memang mahal tapi dekat Korea ini murah sangat-sangat. Hehehe..Azie pun dapat beberapa sample dari nature republic. Kalau korang beli product korea dengan kuantiti yang banyak , mereka akan bagi korang sample. Sebab itu Azie suka product korea. Yang penting product mereka menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Last sekali Azie dengan kawan-kawan masuk BioTechnology 3D Mapping. 3D mapping ini sebenarnya video. Tapi tak adalah sehebat mana pun. Azie tengok biasa-biasa ajer. Video tu menceritakan tentang technology, medical, bacteria dan lain-lain lagi berkenaan dengan sains. Jadi ok ajer lah.Itu saja tempat yang sempat kami masuk. Lagipun ramai sangat orang. Jadi kami dapat mencuba beberapa technology yang terbaru.


Azie kena minta diri dulu. Azie rasa cukup la sampai disini saja. Azie banyak kerja kena siapkan . Insha Allah nanti Azie update lagi. 



~Annyong~
Wasalam