Sunday, February 24, 2013

0
Moshi Moshi

Baucar Buku 1 Malaysia

 photo Salam-1.png

Apa khabar???Dah lama kan azie tak update blog. Hrmmm...I'm very sorry because azie terlalu busy dengan assignment...project and class. azie rindu dengan korang semua. ok lah hari ini azie nak update pasal "Baucar Buku 1 Malaysia". 

Mesti sekarang ini ramai student IPTA/IPTS tengah seronok memborong buku-buku yang mereka inginkan. 
Terutamanya kepada student girl yang seronok memborong novel-novel yang sekarang ini banyak diadaptasikan melalui drama sekarang ini. Tetapi kalau diikutkan dengan membaca novel dan menonton drama lain tau situasinya. kadang-kadang ada pelakon yang tidak dapat menjiwai character utama didalam novel itu sendiri. Tapi Alhamdulilah setelah banyak drama yang telah diadaptasikan melalui drama semuanya menjadi. Cuma biasa lah ada certain part ajer yang tak berapa nak menjadi sangat.

Ok lah ...Apa lah azie ini???dah melalut kat tempat lain lah pulak???heheheehe...Ok pada 21 FEB 2013 pihak UNIKL MIIT telah pun memberikan "Baucar Buku 1 Malaysia " kepada student campus MIIT. Ya Allah....ingat kan mereka buat ikut course tetapi ini tak...Memang macam sardin lah...sampai tolak menolak lagi. Hrmmm.....DIsebabkan azie ada kelas pada pukul 4.30ptg itu. nak atau tak azie terpaksa lah berhimpit untuk mendapatkan Baucar itu. Yer lah...Bila lagi azie nak ambil???lagipun kelas azie habis pukul 7.30 malam. Time itu confirm pihak HEM dah balik dah...Office pun dah tutup. 

Akhirnya, bila sudah penat beratur punya lah panjang sampai ada yang tolak menolak akhirnya azie dapat jugak laa baucar buku ini. Tetapi mula-mula itu memang lah excited tetapi lama-lama azie fikir balik buku apa laa yang azie nak beli??? kebanyakkan subject or course azie menggunakan tutorial practical. Hrmmm...apa azie nak beli yer????Itu lah yang bermain difikiran azie sekarang ini. Tarikh last Baucar ini sampai 31/05/2013..Hrmm time itu pulak azie tengah break semester...

Haiiii.....Apa lah yang azie nak beli ini???? Sekarang baucar buku dah ada sampul...tapi biasa lah ikut tema "1 Malaysia"...hehehehe....Itu picture sampul 1 Malaysia....








Boleh tak korang semua beri azie cadangan buku apa lah yang azie nak beli ini???Yer la...Multimedia course kebanyakkannya banyak menggunakan tutorial practical. Mana ada nak baca-baca ini. Dalam internet pun memang banyak sekarang tutorial sebagai pembelajanran kite orang semua. Lecturer azie pun bagi tutorial dekat azie...Sekarang ini rungsing tak tahu nak beli apa...huhuhuhu....pening2...

ok lah korang azie nak minta diri dulu nanti ada masa azie datang lagi untuk update yang seterusnya. Mungkin korang masih ingat lagi entry sebelum ini azie nak share one of the exercise yang azie dah buat untuk subject VIRTUAL REALITY nanti ada masa azie update yer....

ok lah bye2 you all..

Wasalam (^_^)


No comments: