Thursday, January 3, 2013

2
Moshi Moshi

Setia Hujung Nyawa

 photo Salam-1.png

Hye semua. Selamat malam. Ok sebelum nak kemas-kemas barang ini azie nak share one of Malay drama. Kalau korang semua perasan lah...Kebanyakkan drama melayu diambil dari "NOVEL"...Betul tak???Tapi azie suka. Kebanyakkan novel yang azie baca kebanyakkannya sudah diterbitkan menjadi drama romantik...Wahhh...syoknya...suka sangat-sangat.

Baru-baru ini, drama ini diambil daripada sebuah novel iaitu "SETIA HUJUNG NYAWA" . By the way novel ini azie tak baca and belum beli lagi. Mula-mula azie memang tak teruja pun nak menonton drama ini tetapi adik bongsu azie yang begitu excited sangat-sangat sambil sanggup ketepi kan kerja semata-mata nak menonton drama ini. Kadang-kadang sampai bergaduh sebab masing-masing nak tengok TV tetapi cerita yang berlainan. hehehe....

Azie mula-mula tengok drama ini masa itu, dah episode 4 kalau tak silap azie lah...sebab masa itu, dorg dah pun berkahwin. Mula-mula tengok jalan cerita drama ini azie dah mula teruja, sampai azie tak sabar apa yang akan jadi selepas itu.  Drama ini so sweet sangat-sangat. Azie macam bayangkan azie didalam drama itu..hehehe...Wahh..perasan sungguh azie nie....tak sedar diri pulak itu...

Now, sekarang azie pula yang ter-OVER excited nak menonton drama ini. Tak sabar menunggu episode seterusnya. I'm so excited now!!! huhuhuu...Memang betul azie ini memang fanatik and obses dengan drama and movies "KOREAN & JAPAN". Ramai yang cakap cerita korean and japan are boring. But bagi azie ianya tak membosankan azie. Memang betul jalan cerita dorang lebih kurang sama. Sama jugak dengan drama melayu semua jalan cerita dia sama sahaja. tetapi azie suke sebab cerita Korean and Japan ini simple. tak membosankan azie. Jadi azie enjoy.

Macam biasa azie akan share a poster of the malay drama "Setia Hujung Nyawa" with the sinopsis. Walaupun azie tahu ramai yang dah baca novel "Setia Hujung Nyawa" but i'm still want to share with you all.


::SINOPSIS::

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?


Yang ini pula cover nover "Setia Hujung Nyawa".  Sabtu ini, azie nak cari novel ini. so excited. tak sabar nak tunggu episode seterusnya. Mahu baca novel ini, nak tahu apa penyudahan cerita dalam drama ini.


Ok lah. azie nak sambung mengemas. In Sha Allah nanti ada masa lagi azie akan update drama seterusnya. By the way enjoy watch this drama it so wonderful story .

Wasalam,

2 comments:

s h a said...

Sha pon mengikuti cerita ni.Excited jgk nak tahu ending.Macam nak pg cari jgk je novel. :)

Axieana Yumi Life said...

S ha: mmg drama ini best tp azie dh miss byk episode..huhuhu...coz kelas dh start...terpaksa download hehee