Tuesday, December 25, 2012

0
Moshi Moshi

Pendam

 photo Salam-1.png

Hye semua. Apa khabar??Dah lama dah azie tak update entrykan. Rindu nak update entry tapi tak ada masa nak update. First of all, azie bersyukur sangat because opah azie dah selamat menjalani pembedahan "TYROID"( btl lah kt ejaannyer yer hehehe). Sekarang opah azie masih lagi didalam wad because hari itu, terkena jangkitan kuman . That why she still stay at the hospital for the moment.

Alhamdulilah jugak, result semester kali ini pun sudah keluar, walaupun tak berpuas hati dengan keputusan result itu tapi azie tetap bersyukur because i'm pass for all subject. Alhamdulilah.

Mesti korang pelik dengan title entry azie kali ini kan....sebenarnya azie banyak luahkan semua perkara didalam rumah lama azie ini. tapi tidak lah semua hanya sesetengah sahaja. Kebanyakkannya azie suka share something yang happy moment, geram, marah, sedih but jarang sekali story pasal personal problem.

But today, Azie tidak mahu mentioned kan nama siapa-siapa pun sekadar untuk luahkan apa yang azie telah pendam selama ini. sebab sekarang ini azie dah tak mampu nak pendam dah. makin azie diam...makin orang pijak kepala kita. Kadang-kadang azie tak faham dengan perangai manusia sekarang ini. Cakap pun salah tak cakap pun salah, luah pun salah, kalau cakap betul dorang kata tipu kalau diam lagilah berbukit-bukit fitnah dan anggapan orang pada kita.

Seperti azie jugak. kadang-kadang azie selalu diam kan diri azie.  Kalau ikutkan azie tak ramai kawan pun sebab bagi dorang azie ini terlalu jahat tersangat laa kejam didepan pandangan dorang. tapi alhamdulilah dengan kekuatan yang azie ada azie masih boleh bersabar. masih boleh memendam apa yang azie rasa. Kadang-kadang ramai yang menyatakan kalau kita diam tidak bermakna kita salah...tidak bermakna kita takut tapi azie buat begitu sebab azie masih menghormati orang. Walaupun ada masanya azie tidak dapat kawal kemarahan dan ketidakpuasan hati azie. Azie manusia bukan malaikat yang boleh ikut kehendak manusia.

Paling azie tidak suka adalah orang yang lupa untuk tepati janji dia. Itu memang azie pantang sekali. tetapi bagi azie kalau dah mungkiri janji sekali orang sudah tidak percaya kan kita lagi. sebab azie pernah kena. azie buat begitu bersebab, azie tidak mahu bersubahat dengan siapa-siapa pun. Tapi bagi azie pula, kalau sekali sudah memungkiri janji sepanjang hidupnya akan sentiasa melakukan kesalahan yang sama. Sebab itu lah azie akan cuba tidak memungkiri janji azie kecuali kalau azie terlupa. azie akan bertanya balik kepada mereka yang pernah azie janji kan.

Daripada entry ini, mesti korang semua faham kan. Azie tidak suka nak cari publisity murahan nak menghina orang, nak mentioned kan nama-nama orang, nak mengaibkan orang...itu bukan cara azie. Azie lebih suke bercerita begini. Cuma satu sahaja prinsip yang azie pegang kalau azie tak kacau orang tolong jangan kacau azie. Sampai lah sekarang azie lebih selesa buat hal azie sendiri. Azie tak kisah orang nak cakap apa pasal azie. Nak sindir. sindir lah sepuas mana yang korang semua nak sindir. nak perli memang di alu-alukan sebab azie tak termakan semua itu, bukan azie nak cakap besar sebab dalam dunia ini ada berpuluh-puluh, berjuta-juta mulut manusia tak akan mampu kita nak tutupnya kalau kita mempunyai dua tangan, dua kaki, satu mulut dan sebagai kecuali kita hanya ada dua tangan yang mampu menutup dua telinga kita dari mendengar semua yang tak baik pasal diri kita.

Azie harap korang semua faham lah apa yang terjadi kepada azie sekarang ini, Ok lah azie mahu masuk tidur hari pun sudah lewat dah. Esok nak kena pergi beli barang.

In Shaa Allah, Esok azie akan share dengan korang picture azie masa pergi "PERLIS" minggu lepas hehehe...tengok lah gelgat kami masa pergi bercuti di "PERLIS". hehehe....

bye...bye
Wassalam,



No comments: