Friday, July 13, 2012

0
Moshi Moshi

RaHsiA DiseBaLik SoLat

 photo Salam-1.png

Hye semua. apa kabar????rindu tak sama "Axieana Yumi"....hahaha...azie nie betul2 perasan kan???Azie baru sahaja lepas update "Shopping on9" azie. sebelum itu, jemput2 lah yer datang cuci mata dekat shopping on9 azie ini.

Ok kita lupa kan dulu pasal "SHOPPING". Mesti korang pernah tak terfikir rupanya setiap solat yang kite lakukan ada rahsianya tersendiri....hrmm...aze tak tahu lah mungkin korang semua dah tahu lama dah...azie ini sahaja yang ketinggalan zaman batu agaknya...huuhu...malunya azie..nama sahaja islam tapi perkara2 macam ini lambat azie ketahui...apa lah yang nak jadi dengan azie ini kan????Fikir seonok dunia sahaja...hurmmm

masa azie on9 tadi, azie ada terbaca salah seorang friends dalam FB ada shara perkara yang azie rasa betul2 berfaedah sangat2.

Perkara itu adalah tentang solat kita...iaitu "RAHSIA DISEBALIK SOLAT". Azie tak kisah lah . azie tetap nak share jugak biarlah orang cakap azie ini dah ketinggalan zaman batu ker...zaman purba ker...tak kisah yang penting azie dah tahu dah. setiap solat yang kita buat setiap bacaan dan niat yang kita baca ada rahsia disebaliknya. rahsia yang begitu indah sangat2.

Azie akan senaraikan semua rahsia2 disebalik solat yang kita lakukan :-

1) NIAT SEMBAHYANG
*Sebenarnya memelihara taubat kita didunia dan diakhirat

2) BERDIRI BETUL
*Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur*

3) TAKBIRATUL IHRAM
*Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalm kubur*

4)AL- FATIHAH
*Sebagai pakaian yang indah2 di dalam kubur*

5) RUKUK
*Sebagai tikar kita dalam kubur*

6) IKTIDAL
*Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur*

7) SUJUD
*Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim*

8) DUDUK ANTARA DUA SUJUD (awal)
*Akan menaung panji2 nabi kita didalam kubur*

9) DUDUK ANTARA DUA SUJUD (akhir)
*Menjadi kenderaan kita dipadang masyar*

10) TAHIYAT AKHIR
*Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukan mungkar dan nakir didalam kubur*

11) SELAWAT KE ATAS NABI SAW
*Sebagai pendindang api neraka didalam kubur*

12) SALAM
*Memelihara kita didalam kubur*

13) TERTIB
*Akan pertemuan kita dengan Allah SWT*

Ini lah semua senarai rahsia disebalik solat yang kita lakukan. setiap tertin dan langkah yang kita lakukan ketika solat. Betul lah kata orang. solat itu mudah untuk dilakukan tetapi ramai jugak orang islam yang selalu menganggap solat itu menyusahkan. Insyallah selagi azie hidup. azie akan cuba untuk solat 5 waktu. Insyallah. Selepas kita solat. kita akan rasa lebih tenang dan damai.

ok lah azie kena pergi dulu. har pun dah lewat nak masuk tidur...Ooopppsss....Lupa lak sebelum tidur kenalah gosok gigi, cuci muka dan basuh kaki, takut nanti mimpi yang bukan2 lak...hehehe...sebelum nak tidur itu jangan lupa bacalah ayat kursi dan doa tidur. semoga tidur kita ditemani oleh Allah swt.

Ok tata.....titi...tutu....
wassalam,
Photobucket

No comments: