Wednesday, July 4, 2012

1
Moshi Moshi

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

 photo Salam-1.png

Hye semua . How are you today???Azie harap korang semua sihat2 walafiat disamping dengan orang yang paling korang sayangi. Sebelum itu mesti korang semua tahu kan malam ini merupakan malam yang paling istimewa iaitu "MALAM NISFU SYAABAN". Azie minta maaf lah jika azie terlambat untuk mengingati malam ini. i'm so sorry if I late untuk mnegupdate entry nie.



Sebelum itu azie ingin meminta maaf dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki if selama ini azie pernah terkasar bahasa, terlanjur kata, mungkin cara azie yang kurang menyenangkan. azie minta maaf sangat2. Azie ini hanya lah seorang manusia yang lemah . dan sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan yang kadang2 azie tidak sedar. azie harap rakan2 yang dari sekolah, kolej , universiti , FB dan dari blogger. azie harap sangat korang dapat memaafkan segala kesalahan azie. Hopefully, ALLAH SWT pun dapat mengampunkan semua dosa2 azie daripada dosa yang kecil hingga lah dosa yang besar. Insyallah, azie harap hari2 yang mendatang ini akan menguatkan lagi hati dan iman azie untuk meneruskan segala dugaan yang datang kepada azie. Insyallah,

Orite, sekarang ini jom azie nak kongsi something deng
an korang semua. Tadi sebelum azie nak update blog. azie ada terbaca salah satu blog yang menyatakan "KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN". Kalau korang nak tahu inilah URL untuk blog yang azie baca tadi. azie hanya sekadar nak share dengan korang semua sahaja.

dekat bawah nie azie copy daripada blog "http://madah-tazkirah.blogspot.com". Korang bacalah banyak manfaat dan kelebihan yang ada pada malam ini.


KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Bulan Syaaban mempunyai keistimewaa tersendiri didalam Islam, samalah juga dengan bulan2 yang lain juga mempunyai kelebihan, shingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredeaan Allah SWT. Bulan Syaaban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. baginda akan lebih banyak berpuasa dibulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanykkan amal kebajikan dibulan ini, ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan "RAMADHAN"

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia selama setahun diangkat untuk dihadapkan kepada ALLAH SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :




1. Memperbanyak puasa sunat.


Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristighfar.

Bertaubat dan beristighfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa.

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Syaaban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.

Rasulullah SAW pernah ditanya mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain. Baginda bersabda "Bulan itu (Syaaban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa". (An-Nasaie)

NISFU SYAABAN

Kelebihan malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal RA yang Rasulullah SAW bersabda "Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan". (Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Syaaban adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam Asy-Syafi'e dalam kitabnya Al-Umm telah dikata: Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidilfitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban. Kita boleh hidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca Al-Quran.

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup. Sabda Nabi SAW "Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu". (Bukhari)

Sembahyang yang paling disukai Nabi SAW adalah apa jua sembahyang yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

Azie harap dengan ilmu yang azie dapat daripada blog ini dapat menguatkan lagi silatulrahim antara kita semua. Insyallah semoga ALLAH swt akan membantu kita...

Ok lah azie nak minta diri dulu nie...bye...

wasalam,
Photobucket

1 comment: