Friday, July 20, 2012

1
Moshi Moshi

Ramadhan datang lagi

 photo Salam-1.png

Hye...Apa kabar???hopefully korang semua sihat2 walafiat...beberapa hari ini azie tak dapat nak update entry because busy sangat2 dengan kerja. Malam ini azie tersangat lah excited because Sabut ini semua umat islam akan mengerjakan puasa.

Ooopss....Sebelum itu, saya azie ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK PADA TAHUN 2012 " ingin menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf disegala salah dan silap azie. Mungkin korang semua rasa tidak selesa dengan entry dan cara azie menyampaikannya. Azie minta ampun dan maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut dan azie juga harap sesiapa yang rapat dengan azie tidak kira lah rakan2 rapat, kptm ipoh, unikl dan sesiapa sahaja azie minta ampun dan maaf. Halalkan lah segala makan minum azie selama ini. Halalkan lah segala salah dan silap azie. Azie telah pun memaafkan semua orang tidak kira lah kawan rapat atau sesiapa sahaja. azie maafkan dari dunia sampai ke akhirat. Last sekali

"SELAMAT BERPUASA WAHAI UMAT2 ISLAM"


(Sowie azie malas nk design poster for ramadhan just copy dekat tenet ajer hehehe )

Alhamdulilah, tahun ini dapat lagi azie berpuasa. tak tahu lah tahun2 yang akan datang. Tahun ini insyallah azie dapat mengerjakan bulan puasa dengan sempurna seperti tahun2 yang lalu.

Mesti korang fikir kan bulan puasa mesti ada pasar ramadhan...betul tak???Tapi jangan alh fikir pasal makan sahaja. Kita berpuasa kerana ALLAH SWT. Makan itu memang boleh tapi tak boleh ikut nafsu sangat dan lagi satu tak mau membazir. Membazirkan amalan syaitan. tak baik tau. dalam bulan puasa ini lah kita boleh memperbanykkan lagi ibadat kita kepada allah swt.

Hehe...bulan puasa saja mesti ramai yang fikir dekat mana lah agakknya pasar ramadhan yang paling best. siapa tak suka bulan puasa kan. bermacam2 juadah kuih muih yang akan kita dapat rasai. Kuih yang susah nak dapat pun boleh dapat dekat pasar ramadhan.

ok lah azie nak masuk tidur dulu. Esok pagi nak pergi kerja kena bangun awal lak itu. bye2

Wassalam,

Photobucket

Tuesday, July 17, 2012

0
Moshi Moshi

New Update!!!!

 photo Salam-1.png

Hye...Apa kabar???Semuanya sihat2 yer. azie pun rindu sama korang semua. hahaha.. mesti korang semua pelik dengan ayat2 azie yg tunggang terbalik ini. Al-maklum lah SPM azie tak berapa bagus hehehee...ok lah malam ini sebelum nak masuk tidur. sebelum azie nak dapat mimpi2 yang indah2 belaka. Azie nak share dengan korang semua.

Korang semua pun mesti dah tahu kan sekarang ini azie busy dengan business on9 azie ini. Sekarang iniazie dah pun update beberapa barangan yang azie jual especially for girl yang begitu minat untuk bershopping and bergaya.

Azie ini baru saja berjinak2 didalam dunia perniagaan. Jadi if ada yang silap korang tegur2 lah yer. Kalau ada yang nak beri pendapat untuk menaik kan busines azie ini...memang azie alu2 kan pun.

Ok hari itu, azie beritahu azie just jual clothing korea or Taiwan dan handbag....right???Sekarang ini azie akan update for "LENS" huhuu...sesiapa yang nak mata seperti ala "BARBIE DOLL"...."BRAD PITT"..SELENA GOMEZ" or mata siapa2 lah lagi. Sila lah ke FB page azie yer. Azie akan buat promotion nanti for "LENS". Maybe Buy 1 free 1 ataupun Buy 2 free 1 include postage ker atau Buy 2 free 1 case lens......hehehe...Mungkin azie akan buat beberapa promotion for "RAMADHAN" & "AIDILFITRI" ....Azie pun tak tahu lagi nak buat promotion macam mana...Hopefully sesiapa yang berminat boleh datang ke pages azie tau...

Insyallah, Hujung bulan ini azie akan siapkan blog shopping on9 azie. azie harap ramai lah "customer" yang datang bertandang di teratak shoppung mall azie ini..

Ok lah mata azie pun dah tak boleh nak buka dengan besar. Maknanya azie kena masuk tidur dahulu. Seperti biasa yang azie lakukan. azie akan masuk muka, gosok gigi, basuh kaki nanti dapat mimpi2 yang tak elok lah pulak...hehehe...sebelum tidur itu, baca ayat kursi semoga tidur kita diteman allah swt bukannya syaitan atau pun iblis....hehehe berlagak alim lah pulak....Ok bye2 SELAMAT MALAM..

Wasalam...
Photobucket

Friday, July 13, 2012

5
Moshi Moshi

Shopping (^_^) Shoes..

 photo Salam-1.png

Hye semua. Apa kabar???Korang semua dah lunch ker belum???Kalau sapa2 yang belum lunch lagi itu. Pergi lah lunch yer. hehehe...Hari ini mesti semua girl2 happy kan. Sebab hari ini kan hari "JUMAAT" penghulu segala hari. hahaha...Mesti korang tertanya2 apa lah ygang seronok bagi girl2 yang bekerja pada hari ini. Ialah Hari jumaat kan waktu lunch nyer panjangggg.....samapi pukul 2.30ptg. Mesti lah sempat unutk bershopping hehehe....Pada kaum ADAM pula jangan lupa pergi lah solat jumaat yer.. dapat banyak pahala. jangan lah masih lagi duduk kat kedai mamak lah..sembang2 lah...Lepas solat jumaat nanti nak sembang...sembang lah sampai pagiiii....

hehehehe...Mesti korang fikir apa pulak lah si YUMI nie update. dah lah update benda yang remeh temeh. Bagi azie peduli apa aku. Blog aku...rumah aku hahaha...ok hari nie azie nk update pasal shopping and minat azie kepada satu barang ini. Girl...of course lah dikaitkn dengan shopping termasuk lah azie.hehehe...

Sejak dua menjak nie azie tak tahu kenapa . azie betul minat untuk mengumpul kasut sebagai collection azie. tak tahu sejak bila. tapi bila nampak sahaja kasut terus grab and pay at the counter cashier...huhuhuhu....tak tengok harga langsung tauu.... sekarang ini azie nak beli kasut2 yang azie dah letak kan picture dia dekat bawah ini.






















Cantikkan kasut ini semua. Tapi azie tak adalah nak beli semua sekali. BANKRAP laa....azie..tapi azie memang minat kasut macam wedges. dah bayk dah kasut wedges azie ada. tapi azie tak adalah pakai selalu. azie akan pakai bila kasut itu bersesuaian dengan pakaian yang azie pakai. huhuhu..Mata azie ini dah keluar dah nie...rambang mata dah tengok kasut2 yang ada...Nanti bile azie dah grab satu..hahaha...bertambah-tambah lah collection kasut wedges azie ini....

Hopefully I will get all of this items....Dont worry......:)
Ok lah azie nak out dulu ini...

Lupa lak bagi yang girl2 yang tak diwajibkan solat jumaat ini... dipersilalah yer solat zohor :)

ok tata ...

Wasalam...
Photobucket
0
Moshi Moshi

RaHsiA DiseBaLik SoLat

 photo Salam-1.png

Hye semua. apa kabar????rindu tak sama "Axieana Yumi"....hahaha...azie nie betul2 perasan kan???Azie baru sahaja lepas update "Shopping on9" azie. sebelum itu, jemput2 lah yer datang cuci mata dekat shopping on9 azie ini.

Ok kita lupa kan dulu pasal "SHOPPING". Mesti korang pernah tak terfikir rupanya setiap solat yang kite lakukan ada rahsianya tersendiri....hrmm...aze tak tahu lah mungkin korang semua dah tahu lama dah...azie ini sahaja yang ketinggalan zaman batu agaknya...huuhu...malunya azie..nama sahaja islam tapi perkara2 macam ini lambat azie ketahui...apa lah yang nak jadi dengan azie ini kan????Fikir seonok dunia sahaja...hurmmm

masa azie on9 tadi, azie ada terbaca salah seorang friends dalam FB ada shara perkara yang azie rasa betul2 berfaedah sangat2.

Perkara itu adalah tentang solat kita...iaitu "RAHSIA DISEBALIK SOLAT". Azie tak kisah lah . azie tetap nak share jugak biarlah orang cakap azie ini dah ketinggalan zaman batu ker...zaman purba ker...tak kisah yang penting azie dah tahu dah. setiap solat yang kita buat setiap bacaan dan niat yang kita baca ada rahsia disebaliknya. rahsia yang begitu indah sangat2.

Azie akan senaraikan semua rahsia2 disebalik solat yang kita lakukan :-

1) NIAT SEMBAHYANG
*Sebenarnya memelihara taubat kita didunia dan diakhirat

2) BERDIRI BETUL
*Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur*

3) TAKBIRATUL IHRAM
*Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalm kubur*

4)AL- FATIHAH
*Sebagai pakaian yang indah2 di dalam kubur*

5) RUKUK
*Sebagai tikar kita dalam kubur*

6) IKTIDAL
*Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur*

7) SUJUD
*Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim*

8) DUDUK ANTARA DUA SUJUD (awal)
*Akan menaung panji2 nabi kita didalam kubur*

9) DUDUK ANTARA DUA SUJUD (akhir)
*Menjadi kenderaan kita dipadang masyar*

10) TAHIYAT AKHIR
*Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukan mungkar dan nakir didalam kubur*

11) SELAWAT KE ATAS NABI SAW
*Sebagai pendindang api neraka didalam kubur*

12) SALAM
*Memelihara kita didalam kubur*

13) TERTIB
*Akan pertemuan kita dengan Allah SWT*

Ini lah semua senarai rahsia disebalik solat yang kita lakukan. setiap tertin dan langkah yang kita lakukan ketika solat. Betul lah kata orang. solat itu mudah untuk dilakukan tetapi ramai jugak orang islam yang selalu menganggap solat itu menyusahkan. Insyallah selagi azie hidup. azie akan cuba untuk solat 5 waktu. Insyallah. Selepas kita solat. kita akan rasa lebih tenang dan damai.

ok lah azie kena pergi dulu. har pun dah lewat nak masuk tidur...Ooopppsss....Lupa lak sebelum tidur kenalah gosok gigi, cuci muka dan basuh kaki, takut nanti mimpi yang bukan2 lak...hehehe...sebelum nak tidur itu jangan lupa bacalah ayat kursi dan doa tidur. semoga tidur kita ditemani oleh Allah swt.

Ok tata.....titi...tutu....
wassalam,
Photobucket

Sunday, July 8, 2012

0
Moshi Moshi

HepY beLated BufDaYs .

 photo Salam-1.png

Hye everybody, How are you today???huhuhuhu....rindu azie tak???siapa yang rindu tolong angkat tangan???wowww....ramainya yang tak rindu azie...sedih rasanya...sobb...sobb...hahaha...ok lah let go straight to the point for this entry. Mesti korang tertanya2...siapakah punya birthday is today???who???


Today is 08 JULY 2012 is my Mr Muchuk birthday.....Happy belated birthday to MR Muchuk. Mesti korang tertanya2 siapakah Mr. Muchuk ini???Siapakah orangnya???Siapa gerangannya???Wahh....banyak sungguh soalan tak tahu mana nak jawab nie. Ok lah Mr Muchuk ini merupakan kawan rapat azie yang banyak membantu azie dalam segala-galanya. Kalau azie ada masalah mesti dia ada dekat dengan azie.

Hari ini genaplah umur Mr. Muchuk 23 years old. waahhhh....korang rasa dah tua sangat ker???or masih didalam alam remaja. hehehe...Kalau Mr Muchuk baca mesti dia marahkan. hehehe...sebab azie kutuk2 dia dari belakang. hahaha...

Celebrate???hrmmm....Azie tak dapat nak celebrate birthday Mr. Muchuk but azie nak berikan present for Mr. Muchuk. But azie tak tahu which one is better for her birthday present. Korang boleh tolong azie??? Azie buntu lah tak tahu lelaki suka present yang macam mana??? kalau girl itu tahu lah. present girl kan lagi senang daripada present for guy.

Hopefully i will get a best present for Mr. Muchuk. Now, I have to go...Please guy help me!!!I need your help!!!

Ok dear bye2...
wassalam,
Photobucket

Wednesday, July 4, 2012

1
Moshi Moshi

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

 photo Salam-1.png

Hye semua . How are you today???Azie harap korang semua sihat2 walafiat disamping dengan orang yang paling korang sayangi. Sebelum itu mesti korang semua tahu kan malam ini merupakan malam yang paling istimewa iaitu "MALAM NISFU SYAABAN". Azie minta maaf lah jika azie terlambat untuk mengingati malam ini. i'm so sorry if I late untuk mnegupdate entry nie.



Sebelum itu azie ingin meminta maaf dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki if selama ini azie pernah terkasar bahasa, terlanjur kata, mungkin cara azie yang kurang menyenangkan. azie minta maaf sangat2. Azie ini hanya lah seorang manusia yang lemah . dan sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan yang kadang2 azie tidak sedar. azie harap rakan2 yang dari sekolah, kolej , universiti , FB dan dari blogger. azie harap sangat korang dapat memaafkan segala kesalahan azie. Hopefully, ALLAH SWT pun dapat mengampunkan semua dosa2 azie daripada dosa yang kecil hingga lah dosa yang besar. Insyallah, azie harap hari2 yang mendatang ini akan menguatkan lagi hati dan iman azie untuk meneruskan segala dugaan yang datang kepada azie. Insyallah,

Orite, sekarang ini jom azie nak kongsi something deng
an korang semua. Tadi sebelum azie nak update blog. azie ada terbaca salah satu blog yang menyatakan "KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN". Kalau korang nak tahu inilah URL untuk blog yang azie baca tadi. azie hanya sekadar nak share dengan korang semua sahaja.

dekat bawah nie azie copy daripada blog "http://madah-tazkirah.blogspot.com". Korang bacalah banyak manfaat dan kelebihan yang ada pada malam ini.


KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Bulan Syaaban mempunyai keistimewaa tersendiri didalam Islam, samalah juga dengan bulan2 yang lain juga mempunyai kelebihan, shingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredeaan Allah SWT. Bulan Syaaban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. baginda akan lebih banyak berpuasa dibulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanykkan amal kebajikan dibulan ini, ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan "RAMADHAN"

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia selama setahun diangkat untuk dihadapkan kepada ALLAH SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :




1. Memperbanyak puasa sunat.


Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristighfar.

Bertaubat dan beristighfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa.

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Syaaban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.

Rasulullah SAW pernah ditanya mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain. Baginda bersabda "Bulan itu (Syaaban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa". (An-Nasaie)

NISFU SYAABAN

Kelebihan malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal RA yang Rasulullah SAW bersabda "Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan". (Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Syaaban adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam Asy-Syafi'e dalam kitabnya Al-Umm telah dikata: Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidilfitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban. Kita boleh hidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca Al-Quran.

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup. Sabda Nabi SAW "Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu". (Bukhari)

Sembahyang yang paling disukai Nabi SAW adalah apa jua sembahyang yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

Azie harap dengan ilmu yang azie dapat daripada blog ini dapat menguatkan lagi silatulrahim antara kita semua. Insyallah semoga ALLAH swt akan membantu kita...

Ok lah azie nak minta diri dulu nie...bye...

wasalam,
Photobucket

Tuesday, July 3, 2012

0
Moshi Moshi

Oh My ResuLT...

 photo Salam-1.png

Hye semua.Apa Khabar.Mesti korang semua pelik dengan entry kali ini. "OH MY RESULT" mesti dalam fikiran korang "RESULT" apa yer???result exam??result pregnant??result get a job??result to continue study??result?? Kebanyakkan orang selalunya takut apabila ada rakan2 mereka mengatakan "ohhh..shit my result are sooo bad...."..." I get 10A+++"......hehehe Semua orang akan merasa nervous. But kali ini azie mahu kongsi about my result...of course la.."MY EXAM RESULT" dah keluar.

Pada first semester result azie memang teruk lah jugak because tak sampai pun 3.00 pointer but now alhamdulilah dengan berkat usaha azie, kawan2, saudara mara dan keluarga....xpecially for my MR. Muchuk....akhirnya azie dapat jugak 3.10 pointer...bagi azie ini dah cukup membanggakan azie walaupun ramai yang akan mengatakan wooww...this girl sooo berlagak..."ala...baru dapat 3.10...itu pun nak berlagak " but bagi azie ini satu jalan permulaan untuk azie. sama jugak masa azie belajar time diploma. my first semester memang paling teruk sangat. Sebab ada salah satu subject itu azie hampir2 nak fail...but azie tetap bersyukur.

ok azie nak senaraikan apa subject yang azie ambil masa semester hari itu:-

1. Typography Design
2. Multimedia Instructional Design
3. 3D- Modelling & Animation
4. Digital Audio & Video Production
5. Mandarin 1
6. Proffesional English 1
7. Innovation Management

Inilah semua subject yang azie ambil. Alhamdulilah walaupun azie dapat 3.10 pointer. Azie bersyukur. Ini adalah permulaan bagi azie...Next semester, azie akan buat yang terbaik..Insyallah...

ok lah azie nk main game balik..Just stop kejap ajer nak update entry...ok lah i have to go now...bye2

Monday, July 2, 2012

0
Moshi Moshi

KorEaN AgaiN N aGaiN- DreAm HiGh 2

 photo Salam-1.png

Hye semua. Ala mesti korang bosan kan dengan entry pagi ini. Mesti korang akan cakap." Hisshhh...Miss Azie nie x ad ker update len asyik korean shja" huhuhuhu..It up too me lah nak update apa pun. blog azie sukahati azie nak buat apa pun. hehe...

Ok pagi ini azie nak share satu drama korean yang azie baru sahaja habis tengak sebelum azie pergi genting higland..huhuhu...Dalam permulaa cerita ini agak membosankan because cerita dia amat lembap sangat. Sampai azie pun tak faham. tapi azie cuba tengok dengan penuh kasih sayang akhirnya baru lah azie faham jalan cerita dalam drama ini.

Sebab cerita dia ada kelainan daripada "DREAM HIGH 1" but kalau diberi pilihan azie lebih suka pada drama "DREAM HIGH 1" daripada "DREAM HIGH 2". Location dalam drama ini sama cuma pelakon dalam drama ini pun ada juga orang lain yang lakon kan.. dan hanya ada dua tiga orang sahaja pelakon daripada pelakon DREAM HIGH 1.

Kalau korang semua nak tahu sama ada cerita ini best atau tidak. Korang kena tengok dulu. Jangan dengar cakap orang . Tengok sendiri dulu baru lah kita menilai drama ini top berapa...


Ok I have to go now..Maybe next time I will update about drama korean again....Hopefully u all tak jemu membaca dan menyokong azie yer...

I have to go...Bye2 Dear,...

wassalam,