Saturday, February 11, 2012

1
Moshi Moshi

Kasihani Lah Kaum Adam

 photo Salam-1.png

Apa khabar???Sowie lah smlm azie jnji nk ltk entry nie pgi td....tp x smpt lah...skunk nie bru azie dpt update psl entry nie...azie smlm tgh tgk2 lah 1 laman web psl "PENGETAHUAN ISLAM" sikit..wlaupun azie tau azie x lah pndai dlm Islam tp azie slalu jgk cri2 psl "DOSA & PAHALA" dlm Islam..bila bc ajer psl artikel nie azie rsa tkut sgt...btl lah apa org ckp perempuan mmg sng msk syurga tp sng msk neraka .....tp ditariknya dgn kaum lelaki skli lak 2....



**Di akhirat nanti ada EMPAT golongan LELAKI yang akan ditarik masuk ke NERAKA oleh WANITA. LELAKI itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada WANITA dan TIDAK menjaga amanah itu. Mereka ialah :-----

1)**Ayahnya**

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya
didunia, Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuanya tidak menutup aurat. Tidak cukup
kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
"NERAKA" oleh anaknya.

(p/s: Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum??? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam)

2)**Suaminya**

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam "NERAKA"

(p/s: Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah keadaan ister tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di "TAMAN NERAKA" sana)

3)**Abang-abangnya**

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s: DUhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kat terlepas. Kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat..dan tidak menutup aurat.)

4)**Anak-anak lelakinya**

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungjaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s: Duhai anak-anak lelaki. sayangilah ibumu. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa. kerana ibu juga insan biasa. tak lepas dari melakukan dosa. selamatkan lah dia dari menjadi "KAYU API NERAKA" jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya)


--Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja didunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kau lelaki yang bergelar ayah,suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman ALLAH SWT; "Hai anak ADAM, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,jin dan batu-batu"!!!--


p/s: Azie sekadar nk berkongsi sahaja....x ad sebab utk azie menghina atau menyindir org lain..sbb azie pun manusia biasa ajaer....ok lah hopefully pas bc entry nie..kte fikir2 lah wahai wanita...sanggupker kte nk trik org yg kte syg bersama dgn kte wlupun mereka seorg yg baik...dan mentaati suruhan ALLAH SWT .......

wassalam




1 comment:

Rafflesia™ said...

betol tu..kecian kaum adam.. ayah, suami, abang adik, dan anak2 lelaki akan ditarik nanti dengan ape yang kite lakukan di atas muka bumi ni.. @_@ insaf..