Friday, February 17, 2012

4
Moshi Moshi

10 Perkara Yang Merosakkan Otak (^_^)

 photo Salam-1.png

Apa kabar??sowie dh lama x update blog nie..
bz sgt...terkejar-kejar azie...
ok pgi nie azie nk share dgn korang sume dgn 1 artikel nie...
ok jom kte bc sama2 (^_^)

1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI

***Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripadakeperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. TERLEBIH MAKAN

***Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut danusus untuk tujuan pencernaan , menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. MEROKOK

***Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4. MENGAMBIL GULA YANG BANYAK.

***Gula yang berlebihan dalam badan boleh menganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh menganggu perkembanga otak yang sihat.

5. MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR

***Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6. TIDUR YANG BERLEBIHAN.

***Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA.

***Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. KURANG BERIMAGINASI.

***Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang imaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. JARANG BERFIKIR

***Jarang berfikir menyebakan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif . Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. TIDAK MEMBACA AL-QURAN

*** Al-quran merupakan kalimah-kalimah ALLAH SWT. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rrosak. Tidak membaca Al-quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

---huhuhuhuhu.....kasihan kt otak kita kan...pas azie bc psl artikel nie bru lah azie tahu bhwa otak kte lgi letih berkerja....tp kta lak x pndai nk jaga otak kte nie...asik nk push otak kta utk berfikir....huhuhu...jdi lps nie kte kena lah jga otak kte bek2 tau...hehehe...

ok lah just nk share ajer....

azie nk g kelas dulu lah nnt lmbt x psl2 dok luar trus...:)

4 comments:

Anum said...

betul2.. kena ikuti nie

zati embong said...

hihi,jat mmg kuat berfikir plus tdur lebih time weekend je.hihi.hari2 kerja x ckup tdur.

Teenager Housemaid said...

nice sharing..:)

ohmai!
saya selalu tak makan sarapan!
-_-'

Axieana Yumi Life said...

@Anum:- huhuhu...mmg kena ikut pun..azie pun sama...byk yg dlm info 2 sumenyer termsk dlm dri azie...

@Zati embong: hehehe..smalah dgn azie pun tp skunk nie klu nk tido x ley terlebih dh...

@Teenager Housemaid: we r same dear...i'm also not breakfast in the morning ...x smpt