Tuesday, November 1, 2011

1
Moshi Moshi

ASTHMA

Assalamuailaikum
hye sume...
apa khabar?? mesti sumenyer sihat2 kan...
mlm nie azie nk update something info ttg penyakit "ASTHMA" yg pernh azie alami sjk kecil lgi..tp smpi skunk x baik2 pun....

dulu msa kecik2 dlu kerap lah kena tp skunk nie pun sma..still kena jgk...xpecially wktu mlm..azie skunk dh mdh kena asthma. x ley letih sikit...msti kena..sejuk pun x blh...

jom kte share sikit info ttg penyakit ASTHMA nie

APA ITU ASMA???

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terkadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Orang yang mengalami penyakit asma akan menunjukkan tanda-tanda atau gejala tertentu. Diantara tanda-tanda yang boleh diperhatikan termasuklah pernafasan yang berbunyi seolah-olah orang bersiul, terutama sekali apabila pesakit itu menghembuskan nafasnya. Ini dinamakan "wiz" yang kedengaran secara berulang-ulang. Namun ada juga yang tidak mengalami "wiz" tetapi akan mengalami batuk terutamanya di waktu malam atau selepas melakukan latihan fizikal.

Adakalanya batuk tersebut dialami secara berterusan lebih daripada seminggu. Selain itu, pesakit akan mengadu sesak nafas dan ketat dada. Dalam keadaan asma yang tidak dapat dikawal, ramai juga yang akan mengadu terdapat lendir yang amat sukar hendak dikeluarkan

Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah alahan, walaupun tidak semua pesakit asma mempunyai masalah ini. Alahan dipercayai dapat meningkatkan kecenderungan seseorang untuk mendapat serangan asma. DIkalangan pesakit asma dianggarkan lebih kurang 80 peratus kanak-kanak dan 50 peratus orang dewasa mengalami alahan. Selain itu, pesakit asma yang mempunyai masalah alahan lebih mudah mengalami serangan asma apabila terdedah kepada bahan pencetus asma yang tidak mempunyai sifat alahn terhadap jangkitan virus.

Serangan ama yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya mengalami sedikit rasa sesak nafas manakali yang lain mungkin mengalami sesak nafas yang teruk setiap hari. Segelintir pesakit sma mangalaminya dalam masa yang singkat manakala ada pula yang mengalami secara berterusan untuk beberapa hari lamanya. Selain itu ada pesakit yang akan mengalami keadaan yang mencemaskan manakala yang lain hanya mengalami sedikit gangguan keselesaan bernafas sekali sekala.

Keadaan sebeini menunjukkan bahawa asma merupakan sejenis penyakit yang tidak menentu dan ini secra tidak langsung menerangkan mengapa penyakit asma sukar difahami dan dikawal.

BAGAIMANA ASMA BERLAKU??

Punca sebenar terjadinya asma atau siap yang akan menghidap penyakit ini tidak dapat dipastikan. Namun begitu, apa yang jelas ialah, serangan asma berlaku apabila terdapat perubahan didalam saluran pernafasan. Perubahan yang dimaksudkan adalah inflamasi atau bengkak yang sterunys mengakibatkan saluran pernafasan menguncup dan peka terhadap rangsangan luar.

PERUBAHAN YANG BERLAKU DALAM PENYAKIT ASMA

Inflamasi Tiub dalam saluran pernafasan mudah mengalami iritasi, menjadi bengkak dan kelihatan merah. Seterusnya lendir yang pekat akan dihasilkan dan menyumbatkan saluran pernafasan. Pesakit akan mula batuk apabila dia cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat ini. Sekiranya inflamasi kerap berlaku dan keadaannya teruk, tisu saluran ernafasan akan menebal secara kekal. Ini menyebabkan pesakit lebih sukar bernafas.

Kuncup: Otot yang mengelilingi saluran pernafsan mungkin menguncup dan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Keadaan ini dinamakan bronkospasme atau bronkokonstriki. Pesakit akan berasa dadanya ketat.

Peka: Saluran pernafasan amat peka terhadap pendedahan kepada benda-benda luaran sperti habuk, asap rokok atau udara sejuk.

BILAKAH ASMA DISYAKI BERLAKU??

asma disyaki berlaku apabila seseorang itu mengalami "wiz" secara berulang-ulang, terutama sekali semasa menghembus nafas, batuk kronik atau didapati berulankali mengalami bronkitis.

Penyakit asma dapat disahkan sekiranya gejala-gejala yang disebutkan diatas, berserta ukuran spirometer halangan saluran pernafasan dapat dipulihkan dengan ubat agonis beta- 2 yang disedut ke dalam mulut dan kortikisteroid oral tetapi dos tinggi selama 5 hingga 10 hari.

APA YANG BOLEH DILAKUKAN BAGI MEMBANTU PESAKIT ASMA???

pendekatan yang sering diambil dalam rawatan asma bermatlamat untuk mengubah semula perubahan yang sering berlaku pada pesakit iaitu, inflamasi, penguncupan dan kepekaan saluran pernafasan.

Bagi mencapai matlamat, ada asma seperti habuk, kutu, asap rokok dan sebagainya. selain itu, pesakit juga boleh menggunakan ubat-ubatan bronkodilator iaitu ubat yang berupaya mengembangkan saluran pernafasan dan melegakan pernafasan pesakit dengan cepat seperti teofilin. agonis beta dan ipratropium. Ubat-ubat begini sesuai digunakan apabila serangan asma stelah berlaku. dalam kebanyakkan kes, ia berkesan untuk mengawal keadaan pesakit melainkan asma sudah menjadi lebih serius di mana pesakit perlu menerima rawaan yang lebih rapi di hspital seperti kertikosteroid dalam bentuk suntikan serta terapi oksigen dengan bantuan alat pernafasan tertentu,.

wwaahhhh...pnjangnyer...skdr untuk berkingsi ajer...jgn jdi mcm azie..skunk dh kerap kena asma tp x mau guna ubt..anggp dri nie dh hbt sgt lah...

info nie skdr utk berkongsi...
enjoy read....jaga kesihtan anda sume yer..
bye22...see u later

1 comment:

armouris said...

lagi info tentang asma di SIHAT SELALU - Asma Penyakit Alahan