Thursday, October 27, 2011

7
Moshi Moshi

TANDA-TANDA KEMATIAN

Assalamuailaikum
hye sume

ok entry kali nie berilmu lah sdikit...nie pun azie dpt dri FB..ad friends azie yg share dgn azie...

sume org tkut mati kan??tp kte kena ingt kematian sntiasa mengerja kite...kematian itu pasti akn terjdi dkt kte..cuma kte x tau bila msanya kte akn pergi meninggalkan dunia nie. cara kematian kte pun.kte x tau....


nie azie amik drpd fb tanda-tanda 100 hari sblum mnjelma kematian kte....


sbgai org islm kte tahu apa tggungjwb kte..azie pun x lah beriman...x lah soleh...solat pun kdg2 x cukup pun 5 wktu...tp azie akn cuba dan berusaha utk mencintai ALLAH SWT..insyallah...

----------------------------------------------------

1. 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar....

2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akanmati di arash akan jatuh dan malaikat maut pundatang kepada orang dengan nama tersebut lalumendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akanmerasa atau nampak kehadiran malaikat mauttersebut dan akan sering kelihatan seperti sedangrungsing.

4. 7 hari : Mengidam makanan.

5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak diantara waktu subuh dan ashar.

9. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusathingga ke tulang solbi (di bahagian belakangbadan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tandayang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiamand jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :“Apabila telah sampai ajal seseorang itu makaakan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkansayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya disyurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihatkedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T.menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.

Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu

Allah S.W.T. berfirman yangbermaksud:“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orangmukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al- Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan matai ni sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapaktanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata AbuBakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat :

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke SyurgaAdnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke SyurgaIlliyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantungdi udara tidak di bumi dan tidak di langit sampaihari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan beradadi gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam nerakaSijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompokmanusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malamdalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

p/s: Sekadar berkongsi Ilmu.....


7 comments:

Anisa Hang Tuah said...

menginsafkan

Elyzatul Nastaysah said...

nice entry dear.kite kne sentiasa beringat psl kematian.sbb ajal tak tunggu kite kan=)

pis_eyes said...

please...sy nk code html awk...
please sgt2..
ni email sy..
pis-star@yahoo.com
blog sy......
pis-star.blogspot.com

Axieana Yumi Life said...

Anisa hang tuah: entry nie just utk mengingat ajer..x ad kena mengena dgn sapa2 pun...

Elyzatul Nastayah: thnk dear, just untk mengingati ajer..ajal dan maut bukan ley tunggu kte pun...tgh ddk pun ley diambil...

Pi_eyes: code apa???and utk apa??

FiM here! said...

good entry dear,,,takut kalau ingatkan bende nie,,,thanks bagi ingt sesame kite...keep it up!

cik wanie Lovela (CWL) said...

bersiap sedia..takutkan.tapi takut bila tak sedia.

Axieana Yumi Life said...

CWL: mmg la...azie pun x bersedia lgi..just sg peringatan utk diri sndri.

:)