Saturday, April 2, 2011

0
Moshi Moshi

Ustaz Amirul

 photo Salam-1.png

Tajuk Drama: Ustaz Amirul

Hari ini, Azie nak update sedikit mengenai drama "USTAZ AMIRUL". Drama ini, dikirakan baru lagi lah. Belum pun tengok sampai habis pun. Disebabkan Azie minta dengan pelakon Ustaz Amirul ini. Jadi Azie tonton drama ini juga. Drama ini memang best, banyak mengajar kita tentang kehidupan manusia pada zaman sekarang ini. Drama ini juga banyak memberi pengajaran terutamanya banyak mencenderungkan diri kita ke dalam ilmu agama islam. 




Jom , Azie nak sambung sedikit mengenai drama ini. Pertama kali drama ini ditayangkan Azie rasa drama ini memang bagus sekali. Drama ini banyak menceritakan kita tentang pengorbanan, kasih sayang, ketaatan kita kepada ibu bapa, ketaatan kita kepada suruhan Allah Swt. Selain itu, drama ini boleh dijadikan sebagi contoh kepada semua manusia. Zaman sekarang banyak kita dengar mengenai fitnah , menganiayai orang, pendendam dan juga orang yang mempunyai hati yang begitu busuk dan kejam untuk menjatuhkan seseorg itu. Tidak kira la melalui cara yang kasar ataupun halus.

Walaupun didalam TV dan juga rancangan agama ataupun dram-drama berunsur kan agama tetap juga ada manusia yang masih tidak puas hati dengan kita. Ada juga yang tidak takut kepada Allah Swt. Insha Allah jika perkara sebegini berlaku ke atas diri kita suatu hari nanti Allah SWT akan membantu kita cuma cepat ataupun lambat sahaja. Azie selalu pegang satu perkara ini, biar orang buat kita, hina kita, keji kita, fitnah kita ataupun sebagainya, suatu hari nanti mereka akan dapat lebih daripada apa yang mereka pernah lakukan ke atas diri kita ini. Insha Allah. CUma hati kita kena kuat dan tabah. Ubat yang paling bagus adalah dengan mendekatkan diri denga Allah SWT. Kita pasti akan jadi tenang.

Azie nak share review drama ini. Jom kita tengok sedikit selok belok drama "USTAZ AMIRUL"

SINOPSIS

Seorang lelaki yang diamanahkan menyebarkan perihal kebaikan dengan gelaran ustaz muda di hadapan namanya bukanlah tugas yang mudah dalam dunia sekarang di mana terlalu banyak kepura puraan, mempermainkan keindahan kepercayaan agama terutamanya dan budaya moden yang memuntahkan terlalu banyak pemikiran songsang dalam hidup masyarakat kita. Itulah yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar USTAZ AMIRUL yang baru tamat pengajian peringkat sarjana (master) dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir. Sekarang ini USTAZ AMIRUL pulang ke kampung apabila beliau mahu memulakan kelas agamanya sendiri. Kembalinya USTAZ AMIRUL ke kampung untuk mengotakan janji dengan ibunya. Andai tiba usianya 30 tahun, masih tiada perempuan yang menjadi calon isteri buatnya, ibu boleh mencari jodoh sesiapa saja buatnya dan dia takkan membantah. Dalam masa yang sama, keluarga USTAZ AMIRUL tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari ADAWIYA(29) yang menjadi punca mengapa USTAZ AMIRUL sehingga kini sukar mencari cinta di hatinya. ADAWIYA gadis yang pertama kali dia suka sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang hendak diijabkabulkan tetapi ayah USTAZ AMIRUL ada impian lain buat anak lelakinya itu. Apabila USTAZ AMIRUL mendapat tawaran sambung belajar di Mesir, ayahnya mahu USTAZ AMIRUL tamatkan pengajian dahulu sebelum terikat dengan perkahwinan. Kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, USTAZ AMIRUL terpaksa meninggalkan ADAWIYA yang ketika itu begitu dilamun cinta pada USTAZ AMIRUL. ADAWIYA kecewa merana, bawa diri ke bandar mengikuti sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Tetapi ianya ditipu, dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam, maka ADAWIYA terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan apa yang sebenar terjadi kepadanya, membuatkan keluarga ADAWIYA kecewa dengan USTAZ AMIRUL. USTAZ AMIRUL mencari ADAWIYA, memohon maaf pada keluarga ADAWIYA dan mahu mencari ADAWIYA semula tetapi usahanya tak berjaya. ADAWIYA hilang entah ke mana. Dalam masa yang sama, di kampungnya itu, seorang gadis agak lincah bernama ANITA(23) yang sangat sukakan USTAZ AMIRUL dan sanggup lakukan apa sahaja untuk memiliki Ustaz Amirul, termasuk mampu memfitnah USTAZ AMIRUL konon cuba menodainya. Tuduhan ANITA itu nanti akan memberi kesan besar pada persepsi penduduk dan keluarga yang memandang tinggi sifat baik USTAZ AMIRUL sebelum ini. Setelah gagal mencari kembali Adawiyah, USTAZ AMIRUL akur dengan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi MUNIRA gadis ayu yang bekerja dengan ayahnya. Semua Persia[pan pertunangan telah disiapkan, setibanya hari pertunangan USTAZ AMIRUL dan Munira, Adawiya kembali muncul dalam hidup USTAZ AMIRUL….Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh dengan amanah Allah, mampukah USTAZ AMIRUL menangani dugaan nya sebagai manusia yang senti

No comments: