Wednesday, April 27, 2011

0
Moshi Moshi

Penunggu Istana


Assalamuailaikum sume...
huhuhu..ari nie nk update psl citer seram nie yg azie tonton pgi td bersama dgn my muchuk....1stly, azie igt kan citer ni hnya lakonana semata2..rupa2nya btl..seram giler azie kt dlm pnggung 2..rsa nk kuar ajer..tp than ajer lah...
klu korg nk g tgk g lah..azie dh g dh..pas nie dh x nk tgk dh citer nie dh..nie kali pertama adn kali terakhir azie tonton..huhuhu
kt bwh nie ad sinopsis psl penunggu istana nie..korg ley lah tgk and bc...sume yg ad dlm filem mmg bnr2 belaka..korg akan rsa len bile menonton filem nie..mcm aku..
hehehe...
dlm filem ini jga tlh meragut 2 org peljar smsa melakukan pengambaran or kajian mereka...


Sinopsi & Trailer Penunggu Istana

Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.


No comments: